nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 21, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 3)


SALAM pada kengkawan semua. harap-harap sihat la kan. gua nak sambung cerita pasal cabaran yang gua hadapi sepanjang gua berkebun ni. bukan ape, gua paham ade sesetengah korang yang teringin nak berkebun tapi takde mase nak pergi kursus. Gua pon tak berkursus, gua buat ikut pengalaman orang-orang lain yang dah pernah buat dan berjaya. Tapi yang sebaiknya, korang pergilah kursus ye, ilmu nya lagi la banyak.

OKlah, takmau buang masa, meh gua sambung cabaran ke 3 yang gua hadapi. 

Kos pemasangan yang tinggi.
Kos pemasangan yang tinggi juga menyebabkan hasrat mereka yang ingin berkebun secara fertigasi ni terbantut. Bagi mereka yang 'zero' dalam bidang ini (macam gua masa awal-awal buat dulu) pasti akan meminta bantuan daripada pihak yang menawarkan khidmat pemasangan set fertigasi. Kebiasaannya pihak ini akan menawarkan pakej RM15 sepokok. Minimum pembelian adalah 100 pokok. Jumlah RM1500 ini bukan pokok sahaja, tetapi siap dengan pemasangan mesin pam air, paip dan silvershine. 
gambar: di awal penglibatan gua dalam fertigasi cili.

Eh kejap2...biasenye pakej diorang tu tak termasuk
rumah lindung hujan tau. Rumah lindungan hujan tu macam ni 

gambar: rumah lindungan hujan. sumber gambar.

Kelebihan rumah hujan ni, dah name pun rumah lindungan hujan kan...takkan nak buat bengkel motor plak. :-). Tujuan rumah lindungan hujan ni untuk mengelakkan kelembapan berlebihan kepada tanaman jika berlakunya hujan lebat berpanjangan selama beberapa hari. Ade sorang kawan meng'offer'kan diri untuk memasang set rumah lindungan hujan ni kat kebun fertigasi gua. Tapi hargenye....RM7000 lebih untuk 1 set 20 kaki x 20 kaki. Ternganga mulot aku sampai biawak pon boleh masok. 

Penyelesaian
Kalau kawan-kawan nak gunakan perkhidmatan mereka, memang tiada masalah mahupun paksaan. Tapi belilah dalam kuantiti yang kecil dahulu, pakej 100 pokok contohnya. Tengok macamane diorang buat. Bila korang rasa nak tambah 200 pokok atau terus kepada 1000 pokok, korang dah boleh buat sendiri kan?

Akhir kata, salah silap gua mohon maaf. Gua budak baru belajar. Minta teguran membina.

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan