nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, December 26, 2012

Resipi Burger Bakar gua buat sendiri, hentam lagi!!!



SALAM...
Selamat pagi kengkawan semua. Semalam tengok Hantu Kak Limah tak? Tak jemu tengok ulang kali kan? Memandangkan takde popcorn nak dikunyah mase tengok cerita kak limah tu, gua bercadang membuat burger bakar. ini kali ke 3 gua buat. dan mintak maaf kali ni gua buat tak bakor tapi gua masak kat kuali leper. Dan burger bakar yang gua buat ni takde roti, mayonis, cheese sebab nak cepat. Nanti kalau korang buat, korang tambah la sendiri. Korang boleh cuba sendiri kat rumah ye. Kalau korang tak nak buat sendiri, beli je kat Burger Bakar Muor.

gambar: burger bakor yang gua masak gune kuali leper. nampak buruk tapi sedap tau. terima kasih Bang Uda tolong masakkan.

OKlah, kang cerita panjang lebar, korang bosan, ni dia resipi nya.

Daging kisar
Bawang besar
Sos barbeku
Sos lada hitam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Telur ayam

*gua tak bagi sukatan sebab tiap kali gua buat, sukatan lain-lain. ikut selera korang la ye.

Mula-mula sekali korang potong bawang besor tu bentuk dadu. Gua pon letak la bawang putih sikit. Kan orang kampung suka rempah dan bawang-bawang kan? hehe. ikut suka korang la.

gambar: potong baik-baik bawang tu Cik Pija oi, kena jari kang.

Lepas tu korang campurkan sos lada hitam, sos barbeku, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, telur ayam, garam sikit dengan bawang merah tadi dengan lada kisar. macam kat bawah ni.

gambar: teknik campur bahan masakan ala koboi.

Lepas tu korang gaulkan semua bahan tadi sampai sebati. Kalau nak guna tangan boleh, pastikan tangan korang bebas dari sebarang kotoran. Jangan pulak korang korek hidung, jari tak basuh, terus gaul. Memang terlebih masin la daging tu nanti hehe.

gambar: kalau nak gaul tu jangan ramai-ramai, sorang-sorang aje. hehe. gua dah basuh tangan ok.

Lepas sebati, korang bentuk-bentukkan. Suka hati korang la nak bentukkan macamane. Gua buat kecik-kecik sebab Bang Uda nak jemput kawan-kawan dia rasa. huhu. 

gambar: baun daging yang haruuummm..tengoklah sape yang bancuh hehe

Dah siap bentuk? Apa lagi...bakar la hehe. Lepas bakar, bagi kengkawan rasa. Tanya pendapat diorang. Kalau OK, Syabas. Kalau tak OK, cuba lagi ye.. Ikut kreativiti korang nak buat camne. nak hias camne ye.

 gambar: bebudak kecik menikmati burger bakar. 

  gambar: bebudak otai kereta olskool menikmati burger bakar.

 
gambar: Cik Pija menikmati burger bakar.

Selamat mencuba. Salah silap gua mintak maaf. Sila beri teguran membina. 


3 comments:

Anonymous said...

aduhai. . Memg sedap beger tu . . Malam td dapat makan satu je. .Huhu.uda makan banyak. .

Yana@Nana said...

singah sini... wah pandaiyer buat bugger bakar.. ce bagi resepi.. sebb laki kita asyik ngidam buger bakar memanjg :)

Nadia Johari said...

terbaikla...pasni buka buku resipi..hahaa

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan