SALAM hari minggu kengkawan semua moge sentiasa sihat. Malam tadi ape projek? Pergi mancing kat kelong? Main futsal? Main snooker? Main badminton? Ke duduk kat warong ngeteh sambil main karom? Mungkinkah juga ada yang dok jadi superman kat atas motor? Terpulang pada diri masing-masing la ye. Memandangkan semalam gua dah kepenatan dok angkat sawit di tengah hujan lebat, gua dengan penuh semangat ingin mencuba membuat Durian Crepe yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang.
Sejujurnya ingin gua katakan, gua tak pernah lagi rasa Durian Crepe ni. taktau saiz dan rasa sebenarnya macamane. Korang dah sedia? Jom kita mulekan....
gambar: Panglima Buncit dah ready nak tunggang langgangkan dapur.
Mula-mula nak masak, mestilah sediakan bahan-bahannya kan? Kat bawah ni senarai bahan-bahan yang korang perlu ada untuk buat Durian Crepe ni.
Tepung gandum
Esen vanila
Pewarna kuning telur
Santan kelapa
Telur ayam
Garam
Whipping Cream
Isi durian
*gua tak bagi sukatan sebab tiap kali gua buat, sukatan lain-lain. ikut selera korang la ye.
Caranya senang je. Haaa...mula-mula korang masukkan tepung gandum, air dengan santan kat dalam mangkuk. Korang kacau la sampai sebati. Lepastu masukkan pulak telur ayam, esen vanila, pewarna kuning dan sedikit garam. Haaa...lepas tu kacau lagi sampai la bende alah tu semua sebati.
Memandangkan gua pertama kali memegang mesin mixer ni maka gua buat kat dalam sinki. Gua takut berterabur bahan-bahan kat dalam tu, sape nak ngemas?. Tapi jangan risau, gua dah pastikan sinki gua bersih dari sebarang kuman. hehe.
Pastikan korang kacau semua bahan tadi sampai adik korang cakap, "Fuyooo, lawanya kaler...terbaik...". hehe ni la yang adik gemuk gua cakap lepas gua kacau bahan-bahan tadi. hehe.
OK, next step. korang ambiklah penapis, tapis campuran yang dah sebati tadi. Baru korang akan dapat cecair yang bebas dari sebarang ketulan hehe. Sebab gua dengar Durian Crepe yang di jual kat bandar-bandar besar tu kulitnya halus mulus sehalus kulit gua (sila jangan percaye).
OK. next step. Bahagian ni la yang gua paling lemah. Nak buat kulit Crepe yang nipis. Gua ni mana la penah buat lempeng. gua pun tau makan jer. OK. dengan rasa yakinnya gua pun mula la mencurahkan bancuhan kuning tadi kat atas kuali leper....hasilnya...Amekawwww.....jadi bentuk apa ini? haishhh...takpe-takpe...gua cuba lagi...
Gua tau korang boleh buat lagi nipis dari gua. Jadi cuba la buat ye. Gua cuma mampu buat senipis ni je.
Lepas korang siapkan semua kulit kaler kuning tu, korang kena buat intinya pulak. Haaa..caranya senang je. korang amek whipping cream tu. masukkan dalam mangkuk. Kalau suka manis-manis, letak sikit gula. Lepastu gaul dan gaul sampai la jadi gebu.
Memandangkan aku ni pertama kali dok gaul whipping cream ni. Gua agak risau, punye la lama gua gaul, gua godak, tak gebu-gebu jugak. gua jadik panik jap. Gua tanya adik gemuk gua kenapa tak gebu-gebu bende ni, masih cair. Adik gua pun terponge...die lagi la tak tau. huhu. Akhirnya setelah beberapa minit menggaul, jadilah whipping cream ni segebu kulit gua yang berwarna hitam gelap ni. Tapi Whipping tu berkaler putih hehe.
Sekarang kulit dah ada. Inti pun dah ada. Masa untuk kita main lipat-lipat. Letak whipping cream yang dah gebu tu dulu, pastu letak isi durian, patu lapik atasnya dengan cream lagi, pastu lipat-lipat.
Percubaan pertama gua lipat nampaknya berjaya. Nampak lawa jer. Percubaan ke dua ketiga dan seterusnya, agak hampeh. Semua bentuk lain-lain. huhu. Nampak benor keras tangan gua ni. Bungkus hadiah pun tak pandai, ape tah lagi nak bungkus kulit makanan ni huhu.
Korang perasan tak ada yang saiz besar dengan kecik. Itu terpulang pada korang nak buat camne. Gua buat pun main hentam je. hehe. Lepas siap lipat semua, masukkan dalam peti ais. Terpulang korang nak letak berape lama. Dah sejuk nanti boleh la korang makan.
Jangan lupe mengemas dapur, kang dapur berselerak, mak marah.
Sehingga artikel ini ditulis, gua masih belum merasa hasil tangan gua, tak tau la sedap ke tak. Sekarang ni gua kat tempat kerja. Balik nanti gua nak rasa. kalau tak sedap, gua cuba buat lagi. Korang pun cuba la ye. Tukarkan durian dengan pisang pon OK. SELAMAT MENCUBA.
Akhir kata, salah silap gua mohon maaf.
2 comments:
hahhaha...mcm2 bntuk je..sedp x..hehe..nad nak wat x terbuat2..okla bro dh wat..pndai pe..
wah...nak sikit durian crepe...!
dah lama teringin nak makan..
mesti cuba resipi nie..thanks berkongsi resipi..;)
Post a Comment