nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, December 30, 2011

gua dan restoran 'westlife'

SALAM...
camne kengkawan petang ni? sehat? tadi aku ade urusan kat batu pahat. aku paling benci bile terpakse bersesak di bandar ni, lagi bengang bila kat lampu isyarat, sampai je turn kita, lampu merah. grrrr. hampeh. so mase tengah lampu merah tu aku berusaha menikmati keindahan sekeliling. mane la tau ade awek lalu kat tengah2 jalan ni hehe, tengah mate aku dok tengok sane sini, tetibe terpandang satu papan tanda sebuah restoran cina. namanya RESTORAN WESTLIFE. mungkinkah restoran itu berkonsepkan makanan barat?tapi korang tau ape yang terlintas kat otak aku?


korang masih ingat zaman kecik korang? aku masih ingat. mase tu dan geng2 aku menyertai seminar menghadapi UPSR. biasa lah kalau dalam sesi motivasi mesti ade lagu kan? haaaaa ni lagu nye...


gua akui, walaupun muke gua ganas, berkawah2, gua pon layan lagu2 slow camni. hehe. kumpulan westlife, banyak lagu diorang yang aku hafal. dulu aku hafal lagu sebab senang nak buat karangan. hehe. ape-ape pon enjoy la lagu kat atas. mane tau korang pon termotivasi gak hehe.

PSSSTTT...di sekeliling kita...banyak bende yang buat kita ingat kisah lama....syahdu..ingin ku putar balik mase ini

blog gua masuk top five untuk blog 'dewasa'?

SALAM...
kabare uwong jowo sekalian alam hehe. gua ni eksyen mau cakap jawe tapi bukan tulen pon gua punye jawe ni. ngomong sitik-sitik yo keneng. ngomong jowo seng akeh-akeh gua ndak reti haha. habes hancur bahase ibunda aku ni hehe. korang semua sihat? baguslah kalau sihat. aku terharu sebab semakin hari, semakin ramai pengunjung blog aku ni. yerla, walaupun aku ni jarang berblogwalking dan jarang menge'ping' entry, korang tetap singgah. insyaallah, ade mase, aku akan singgah blog korang yang senantiase mengomen kat blog aku ni.

semalam aku dapat komen dari saudare awie omar dari blog http://awieomar.blogspot.com/ (jangan lupe singgah blog ini). beliau telah mengiktiraf blogger dengan cara yang tersendiri dan aku amat tabik dengan die. sanggup dok singgah dari blog ke blog dan seterusnya memberi penghargaan kepada blog tersebut. gua tersentuh siot sebab gua dapat masok top five dalam kategori BEST EXTRA ORDINARY BLOG. gua pon tak tau camne leh masok kategori ni. menurut awie, kategori blog best extraordinary adalah blog yang, 


"Blog isu semasa di dalam mahupun di luar Negara, khas untuk pembaca dewasa  kerana entrinya mengenai sesuatu perkara yang tidak terjangkau di dalam otak pemikiran manusia. Penulisan yang original dan olahan bahan cerita yang menyeluruh diambil kira."

perghhh betul ke isi dalam blog aku ni khas untuk pembaca dewase? siap tak terjangkau di dalam otak pemikiran manusia? fughhh ayat ko bro. walaupun top 5, aku tetap gembira sebab kehadiran blog aku diterima orang. kalau korang perasan, aku ada ubah sikit style aku mengupdate entry blog. bahan-bahan yang aku cari. cara aku yang santai. bahasa aku yang hampeh berterabur. aku akan ubah dari semasa ke semasa, mengikut perubahan rambut aku yang kejap botak dan kejap skema belah tepi.

kat atas ni adalah keadaan traffic blog aku yang macam yoyo. ni lah akibat kalau tak berblogwalking dan tak menge'ping'. aku akan ubah diri aku pasni. merajinkan diri untuk berjalan-jalan ke blog lain, terutamanya yang rajin komen blog aku.
kat atas ni pulak sumber traffic blog aku bermula 1/12/2011 sehingga 30/12/2011 , ye, aku tau korang punye lagi banyak

hyshhh banyak pulak aku menaip entry kali ni. kompem korang bosan haha. ku pohon ampun maaf tertaip banyak plak. ape-ape pon aku sayang korang yang sudi singgah blog buruk aku ni. kalau ade teguran tu, silalah tegur secare berhemah. kalau ade yang tegur secare tak berhemah, bermakne diri mereka itu juga belom berhemah lagi.

entry ni bukan niat untuk berbangga diri. blog gua blog kecik je. ramai lagi blogger yang hensem dan cantik penulisannya di alam maya sane......
PSSSTTTT...jumaat lepas aku lupa nak bawak duit, nak masokkan dalam tabung mesjid. harap-harap hari ni tak lupa.

Thursday, December 29, 2011

Dividen ASB 8.8%, boleh la aku pinjam korang hehe

SALAM...
tetibe aku tersenyum sesorang sebab terlupa mau update dividen ASB tahun ni yang naik sikit berbanding tahun lepas. alaa, kalau aku lambat bagitau pun korang dah tau kan yang dividen ASB tahun ni 8.8%. haaaa, untung la sape yang buat ASB tu, nanti korang dah kemaskini buku korang, terus bawak aku pergi makan, mesti lah korang yang belanja hehe. jangan risau, aku makan biasa-biasa je, masak lemak pucuk ubi pun OK, sup gearbox pon OK, keladi goreng pon OK. almaklumlah, orang kampung.

aku kesian tengok pakcik makcik yang dok beratur kat bank. bila sampai je kaunter, nak keluarkan duit, tak boleh, sebab 3 Januari 2012 baru boleh kemaskini akaun ASB. 

dekat bank tu aku tengok, kebanyakan yang rajin masukkan duit tak kire la dalam akaun simpanan ke, akaun ASB ke, semua yang tua-tua. tak tahulah kalau yang muda-muda ni selalu masukkan duit melalui mesin deposit tunai tu kan. tapi kebanyakan orang muda aku tengok dok cucuk keluar duit dari mesin ATM je. hehe

mungkinkah, kita akan mula sedar untuk menyimpan duit ketika usia meningkat? bila mula nak berumahtangga, bila dah ada anak? boleh kalau kita nak mula sedar masa tu. tapi bukankah lagi elok kalau kita sedar sekarang? tengah2 usia kita muda ni? tengah badan kuat bekerja ni. cuba tanya mereka yang dah kawen, ape yang mereka fikirkan bile sentuh pasal duit simpanan?

PSSSTTT...kebanyakan orang, enjoy gila-gila masa muda. cuba kita sama-sama ubah. masa muda ni kerja kuat, dah kawen, ekonomi dah kukuh, baru enjoy dengan bini. merantau ke serata dunia. indahnya...

SOALAN DARI AKU: korang ade buat ASB loan? ape pendapat korang? untung? rugi? kongsila
buku ASB, sumber gambar

di bawah ini adalah petikan dari mymetro,
KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.
“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

biar gambar bercerita - hasil 2 tahun mengumpul syiling

"wan,aku nak tukar duit syiling ni,dah 2 tahun aku kumpul,semuanye rm900." 

"mak aih beratnya baldi ni"

seorang pakcik datang jumpe aku dengan sebaldi duit syiling yang dia kumpul sikit-sikit selama 2 tahun. ni baru duit syiling yang dia campak dalam baldi. duit simpanan? siapa tahu...

PSSSTTT...dulu aku selalu rembat duit syiling bapak aku yang die letak kat atas meja makan kat umah, hehe. sekarang dah besor, aku tetap merembat duit syiling dia hehe

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan