nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, June 21, 2009

HERO



Ayah aku tetap hero aku...selamat hari bapa kepada seluruh bapa-bapa kat dunia yang telah bekerja keras, membesarkn anak-anak ayah ni.

Seorang ayah, sanggup meredah hujan, membawa gerabak sawit, mencari rezeki....anaknya berada di asrama, duit tak cukup...si ayah dan ibu sanggup menahan lapar dahaga demi mencari duit untuk anak-anak.
sungguh aku katakan, jika kita tak merasa sendiri susahnya mak ayah bekerja, kita akan leka, duit yang diberikan entah kemane perginya. Aku pun pernah lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Bila aku turut bekerja dengan ayah aku, ya tuhan, bayangkan di bawah terik matahari, berhempas pulas mencari rezeki sesuap nasi.

Semasa aku kecik,hidup kami sekeluarga memang susah. Ayah sampai ikat perut bekerja. Aku pulak sakit..hurm...syukur aku ada mak ayah yang sanggup berkorban untuk aku. Sebab tu bila aku dah besar, aku ikut apa jua yang mak ayah aku minta termasuklah berhenti belajar untuk membantu family di kampung. Ramai yang memarahi aku. Aku tak kesah.

Sabtu malam selepas pulang kerja, aku meronda2 nak cari hadiah untuk ayah. Mungkin jasanya aku tak dapat balas tapi sekurang2nya aku nak sambut hari bapa dan menghargai jasa2 ayahku. Aku belikan kek untuk ayah aku. Sampai je kat umah, aku mesej dia,"ayah,nanti balik jangan lupa potong kek,kitorang tak makan selagi ayah tak potong".huhuhuu....tak sampai 10 minit ayah aku sampai rumah. Kitorang nyanyi kan lagu hari bapa untuk ayah, salam & cium pipi ayah...tiba2 ayah cakap...manis sgt la kek ni...huhuhu...alamak...salah beli plak..huhu...lepas tu kitorang borak2.

Tak kiralah hari bapa ataupun tidak, jika hendak pulang ke hostel atau pergi kemane-mane tempat, kalau sempat, ciumlah mak ayah kita. Selagi mereka ada bersama kita, hargailah mereka.

sayang ayah...sayang mak.
maafkan salah silap.
aku insan biasa.

Saturday, June 20, 2009

Jangan TERLALU memilih...


Salam to all my beloved friends...smile always because it will cure your pain...cehh..main hentam je speaking english padahal memang tak expert sgt pon..
anyway maaflah dah lame sesangat tak update blog ni..huhuhu...

okey,straight to da point!!
Ramai antara kengkawan kite yg dah abes blajar & ade antaranye memilih untuk berehat sekejap kat umah & ade antaranya sedang sibuk mencari kerja.
Kita semua sedia maklum zaman sekarang tak macam zaman dahulu. Zaman globalisasi sekarang perlukan mereka yang benar-benar kreatif & mahir. Ditambah lagi dengan krisis ekonomi yang memaksa banyak kilang2 perindustrian memberhentikan pekerja mereka.

Apa yang boleh saya katakan, harap kepada semua "fresh graduate", don't give up!!
Tidak salah memilih pekerjaan, tetapi jangan terlalu memilih. Kat kampong aku ade antaranye lepasan universiti tapi mereka tak kesah buat kerja2 kampong malah mereka boleh dikategorikan sebagai petani berjaya.

Sepupu aku sendiri, lepasan SPM, tetapi boleh berjaya, dia nasihatkan aku walau ape pon kite buat, usaha penting. Pakcik aku pon cakap, zaman sekarang jangan terlalu memilih kerja. Kalau asyik menunggu je...smpai bila pun tak kerja.

Pada aku, biarlah apa pon kerja kita, jangan kita malu. Biar kita mula dari bawah. Timba pengalaman sebanyak mungkin. Mungkin ade antara kawan2 aku yang cakap hidup aku senang, tetapi pada diorang yg dh tgk cara aku kerja, diorang lebih memahami.


p/s: taniah pada kengkawan yang dah grad, jangan lupekan aku kat kg ni. pada yang still blajar, berjuanglah sehingga titisan pena terakhir.cewahhh

maap andai ada salah silap
-aku insan biasa-

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan