nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, April 20, 2009

Lelaki tak guna?? Tuduhan atau realiti??

Baru-baru ini aku dikejutkan oleh sebuah emel yang datangnya dari salah seorang pembaca setia blog aku. Namanya biarlah aku saja yang tau, apa yang penting adalah kandungan e-mel tersebut:

i want to give u a suggestion la for ur blog, pe kate u tulis...lelaki tercipta untuk kikis harta wanita.. kn kebykan lelaki nk kawen pn cr wanita yg kaya then soh pompuan 2 benti keje.. kbykan lelaki kan bengap,xleh dtegur,n ntah pape...

Kepada kaum adam yang membaca, harap bersabar, pada kaum hawa pula, jangan lekas tersenyum. Biasalah, masalah jantina memang takkan selesai jika dibincangkan dengan emosi dan akal fikiran yang tidak seimbang. Apa yang penting adalah kewarasan akal fikiran dalam menilai sesuatu.

Aku bukan mahu memihak kepada adam ataupun hawa. Tapi realitinya, kedua-duanya sama cuma ada di antara kita yang belum berjumpa dengan orang yang bersikap seperti apa yang dikatakan oleh pembaca di atas.

Kawan-kawan, inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tak semua lelaki macam tu, aku sendiri dah standby kumpul duit untuk anak bini aku nanti. Aku taknak diorang susah cam aku. Aku pun bukan jenis org yang suke bergaya. Pakai ape yang ada. Buat ape aku nak kikis duit pompuan?? Kan lagi berkat cari rezeki gunakan kudrat sendiri.

Boys & girls, Adam & Hawa dicipta untuk melahirkan kita semua. Lelaki dan perempuan dicipta untuk membantu antara satu sama lain, kita semua dicipta untuk saling berhubung memakmurkan dunia ini. Terserah pada kita bagaimana kita hendak melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita.

Apa yang penting, kerjasama, memahami dan tolak ansur

salah silap mohon maap
aku insan biasa





Sunday, April 19, 2009

Dr. Rubiah dan familyku

salam to all my frens..
nampaknye dah lame sangat aku tak menconteng-conteng dalam blog ni.

Semalam(18 april 2009) penceramah bebas, Ybhg. Dr. Robiah Kulop Hamzah telah dijemput untuk memberikan ceramah di sekolah kebangsaan kampungku dengan ceramah yg berkisar mengenai motivasi keibubapaan. Mengikut kata ayahku, memang ramai yang hadir & tidak kering gusi dibuatnya. Dari awal hingga akhir ceramah, semua tak tahan gelak. Pada malamnya pula beliau dijemput menyampaikan ceramah mengenai maulidurrasul di masjid berhmpiran kampungku. Suasananya berbeza pula kerana dari awal hingga akhir, semua yg hadir terpaku, ade yang tertunduk insaf, tiada sebarang gelak tawa.

Apa yang meggembirakan aku ialah kesudianya untuk berehat di rumahku. Pada mulanya bila dijemput, beliau bertanyakan mengenai hotel, ialah, sebelah petang dan malam beliau kena berceramah so kena la berehat. Ayahku mempelawanya supaya duduk berehat sahaja di rumahku. Alhamdulillah, beliau bersetuju. Dr Rubiah menggelarkan dirinya umi.

Aku pulang dari kerja agak lewat, sekitar pukul 7 lebih. Sampai di rumah, umi sedang berbual dengan mak ku. Aku pun join la borak. Ya tuhan, memang peramah orangnya, senang nak berborak...dah macam family sendiri.
Umi, mak, dan aku
Umi sempat memberi kata2 semangat kepadaku........"wan,walaupun wan dah berhenti belajar di universiti, wan sebenarnya belom berhenti lagi, wan pun tengah belajar, belajar dalam suasana yang lain, wan anggaplah wan sekarang dah tukar fakulti k, just think positive.".....itu katanya...katanya lagi..."wan sekarang dah temui jalan short cut....wan cume perlu pertahankan"...aku pula beritahu pada umi..."tapi umi...walaupun wan dpt jln shortcut, ia ibarat wan kena tempuh jalan raya yang banyak dengan batu umi."...umi pula beritahu lagi.."memang wan...wan kene sabar...wan minat kan dengan ape yang wan buat sekarang???wan selesakan??so go on...just think positive k...work hard"
adik, umi, mak
Umi memang kuat makan..huhu...sambil berborak2 sambil mengunyah kacang yang memang sedia ada di meja umah aku. Pada sebelah malamnya, umi pergi menyampaikan ceramah di masjid, aku pula membawa anak lakinya pergi membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Selesai sahaja ceramah, umi mntak izin untuk bergerak terus ke pontian kerana mengendalikan kursus pada hari ini(19 april) bersama2 Dato' Fadzilah Kamsah. Sebelum berangkat, umi mencium ibu & adik2 ku. Umi sempat berpesan...wan...work hard.....aku faham maksudnya...tiada kerja yang mudah...semua ada dugaan dan cabaran.....

Umi...insyaALLAH jika tiada aral melintang, wan akan datang ke rumah umi :-)


Friday, March 27, 2009

terbaru!!!: karya ramlee awang murshid-MIKHAIL

MIKHAIL
KINI DI PASARAN!

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

CLICK DI SINI



Tuesday, March 24, 2009

mereka hebat!! aku bagaimana??

salam to all friends. hope all of U stay happy & in good condition :-)

Sedang aku duduk di serambi rumah, aku terfikir, mengapa aku tak macam orang lain yang mempunyai x-factor, ingatan yang tajam, yang pandai berdebat, yang alim, yang pandai berkata-kata...dan macam2 lagi yang aku fikirkan. Aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri. Kenapa aku tak macam diorang? Aku teringin menjadi seperti orang2 yang hebat ini. Kadang2 aku jadi tension, kenapa aku takleh jadi yang terbaik. Sejak sekolah aku nak jadi yang terbaik, tapi aku tak dapat score gak time SPM. Dan sedang prestasi aku meningkat naik di UITM, bapaku meminta ku berhenti belajar dan membantunya di kampung. Takpelah...hidup ni banyak dugaan, aku redha....

Akhirnya persoalan aku terjawab. Setelah selesai membaca sebuah karya Azizi Ali, aku tahu yang, aku kene jadi diri aku sendiri. Semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kadangkala apa yang kita rasa kekurangan inilah sebenarnya kelebihan pada diri kita yang sebenarnya kita tidak sedar. Dan kekurangan kita ini akan kadangkala dibantu dengan kelebihan orang lain. Jika kita pandai merekacipta tetapi tidak pandai memasarkan, org yang tidak pandai merekacipta tetapi bijak dalam pemasaran, akan membantu kita. Sebab itulah kita dilatih mempunyai sikap tolong menolong, bekerjasama kerana kita semua sebenarnya saling memerlukan.MySpace

Walaupu aku kerap dengar ungkapan 'be yourself' tetapi jujur aku katakan, memang susah aku nak aplikasikan ungkapan tu dalam hidup aku. Memang aku hidup dengan cara aku...sentiasa be a simple person but the problem is...aku sentiasa ingin jadi seperti kawan-kawan aku. Yang hebat, pandai memimpin sebuah organisasi, petah bicara, ilmuan dan macam lagi kelebihan yang aku nmpak pada diri diorang yang takde pada diri aku.MySpace

Kadangkala terdetik dalam hatiku, kenapa aku tak sehebat diorang?
Mungkin aku takkan jadi sehebat mereka, tetapi aku akan cuba ubah diriku menjadi yang lebih baik.

aku tetap aku


Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ada berpesan, jika ada masalah, jangan terlalu memikirkan masalah itu tetapi, cari langkah2 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan