nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, March 24, 2009

mereka hebat!! aku bagaimana??

salam to all friends. hope all of U stay happy & in good condition :-)

Sedang aku duduk di serambi rumah, aku terfikir, mengapa aku tak macam orang lain yang mempunyai x-factor, ingatan yang tajam, yang pandai berdebat, yang alim, yang pandai berkata-kata...dan macam2 lagi yang aku fikirkan. Aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri. Kenapa aku tak macam diorang? Aku teringin menjadi seperti orang2 yang hebat ini. Kadang2 aku jadi tension, kenapa aku takleh jadi yang terbaik. Sejak sekolah aku nak jadi yang terbaik, tapi aku tak dapat score gak time SPM. Dan sedang prestasi aku meningkat naik di UITM, bapaku meminta ku berhenti belajar dan membantunya di kampung. Takpelah...hidup ni banyak dugaan, aku redha....

Akhirnya persoalan aku terjawab. Setelah selesai membaca sebuah karya Azizi Ali, aku tahu yang, aku kene jadi diri aku sendiri. Semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kadangkala apa yang kita rasa kekurangan inilah sebenarnya kelebihan pada diri kita yang sebenarnya kita tidak sedar. Dan kekurangan kita ini akan kadangkala dibantu dengan kelebihan orang lain. Jika kita pandai merekacipta tetapi tidak pandai memasarkan, org yang tidak pandai merekacipta tetapi bijak dalam pemasaran, akan membantu kita. Sebab itulah kita dilatih mempunyai sikap tolong menolong, bekerjasama kerana kita semua sebenarnya saling memerlukan.MySpace

Walaupu aku kerap dengar ungkapan 'be yourself' tetapi jujur aku katakan, memang susah aku nak aplikasikan ungkapan tu dalam hidup aku. Memang aku hidup dengan cara aku...sentiasa be a simple person but the problem is...aku sentiasa ingin jadi seperti kawan-kawan aku. Yang hebat, pandai memimpin sebuah organisasi, petah bicara, ilmuan dan macam lagi kelebihan yang aku nmpak pada diri diorang yang takde pada diri aku.MySpace

Kadangkala terdetik dalam hatiku, kenapa aku tak sehebat diorang?
Mungkin aku takkan jadi sehebat mereka, tetapi aku akan cuba ubah diriku menjadi yang lebih baik.

aku tetap aku


Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ada berpesan, jika ada masalah, jangan terlalu memikirkan masalah itu tetapi, cari langkah2 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2 comments:

muiz said...

Pada pendapat aku, manusia semua sama. Kita lahir sorang-sorang, mati pun kubur sorang-sorang, dihisab amalan pun sorang-sorang. Yang membezakan kita cuma persekitaran yang sedang kita lalui ini.

Aku pernah terfikir juga pasal perkara ini. Tapi bak kata spiderman, "with great power comes great responsibility". Nanti kita semua akan disoal di akhirat, apa yang kita buat dengan kelebihan masing-masing?

Paling penting sekali pada aku ialah bukan untuk menjadi manusia terbaik di dunia, tapi menjadi manusia yang terbaik supaya dapat menyumbang kepada agama dan sentiasa tunduk kepada Allah.

Semoga aku dan kita semua dapat pengajaran dari post ini. Lastly, this post is really great. Thumbs up!

irwanmiswan said...

thnx muiz atas nasihat, anyway, this is juz an ordinary post, ade byk lg post yg membina di luar sane...thnx bro

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan