nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, April 26, 2013

fertigasi cili: 23 hari dalam polibeg

Bismillah...
Harap kengkawan semua sihat-sihat la ye. Hari ni aku tergerak nak update blog memandangkan sudah lama blog ni bersawang. Seperti semua sedia maklum, 30 Mac 2013 aku telah siap memindahkan 500 benih cili ke polibeg. Kali ini aku buat di tapak kedua iaitu di tepi rumah tunangku, Cik Pija. Tapak lama akan aku tanam juga tapi ambil masa sedikit untuk aku kemas. Maklumlah, aku bukan ada pekerja. Cili ni pun kira kerja sampingan je. Sebab tu buat sikit-sikit. 

Walaupun tanaman kedua aku di tapak pertama kurang menjadi akibat serangan kulat, aku tetap teruskan usaha aku dalam projek fertigasi cili ni. Ada yang memperlekehkan usaha aku. Ada yang kata ini semua ikut musim. Semua orang nak buat. TAPI ingat... memang ramai yang buat projek fertigasi ni, tapi ramai mana yang bertahan? Aku harap aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Selagi aku mampu, aku akan usahakan sebaik mungkin projek ni. Keluarga aku pun menyokong usaha aku ni. Takkan aku nak sia-sia kan sokongan diorang?

Toksah merepek panjang lebar, kang korang bosan. Kat bawah ni adalah gambar pokok cili aku berusia 23 hari dalam polibeg dan alhamdulillah, setakat ni masih sihat dan ketinggian mencecah 2 kaki lebih.



gambar: Cik Pija suka bergaya di kebun cili ni

gambar: terime kaseh abah bagi peluang aku menanam kat tepi rumah abah hehe

a
gambar: harap pokok cili ni boleh membesar dengan sihat dan kuat.

Wednesday, April 10, 2013

Tips mendapatkan berak yang ideal

Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. harap semua sihat-sihat belaka la ye. Macamane pagi ni? dah buang air besar (berak)? Orang kata kalau tiap pagi kita berak tu tandanya badan kita sihat. Pernah tak korang merasai pengalaman seminggu tak berak? PERGHHH...aku paling lama pon 3 hari. Itupun dah rasa tak selesa nak buat kerja. Badan aku rasa lemas. Rasa lemah. Rasa serba tak kena. Kalau aku tanya kat bomoh ka dukun ka, kompom diorang cakap aku ni terkena buatan orang, ade orang tanam tanah kubur kat depan rumah la, ade orang hantar santau la dan sebagainya, padahal aku tak berak dah 4 hari. Kat sini aku nak kongsikan tips macamane nak mendapatkan berak yang ideal. Tapi ni mengikut pengalaman aku la, setiap orang mesti lain caranya kan?

Ali Cafe
Haaa...untuk pengetahuan korang, aku ni penyokong tegar produk Alicafe. huhu. Tapi bukan Alicafe kaler yang bukan-bukan. Aku biasa minum yang original, kaler hitam tau. huhu. Kadang-kadang kalau susah nak berak, aku minum satu tin air ni (nak buat malas), kadang mintak Cik Pija buatkan. kompom 2 3 minit lepas tu aku masok jamban setengah jam haha. baca juga: air tongkat untuk panjang dan besar.

Sayur kangkung
Sayur kangkung turut menyumbang dalam proses penghadaman perut aku. Kalau sayur lain tak jalan. Mak aku kadang buat sayur kangkung masak bening, memang kompom berak la aku lepas tu huhu. Berak bukan sebab makanan tu beracun tau, tapi memang perot aku senang melawas kalau makan sayur kangkung ni. baca juga: apa itu sayur bening?

Pisang
Mungkin pisang boleh dikatakan salah satu makanan yang membuatkan perot kita mudah melawas. Tapi bila aku makan ni, peroses aku nak berak tu lambat sikit. Tapi korang boleh mencuba. Tak salah. Baca juga: jangan picit pisang aku.

Buat masa ni, itu jela hehe. Kalau korang ada tips lain, boleh la berkongsi. Secara tak langsung kita dapat membantu kawan-kawan yang ade masalah nak berak kan?

PSSSTTT...
Pergi ke pasar berjumpa nyonya,
Lepas berak, indahnya dunia.

Monday, April 8, 2013

perlu ke majlis perkahwinan yang meriah?

Bismillah...
Selamat petang kengkawan semua. Aku baru balik dari kerja. Tergerak nak update blog, bercerita sikit pasal majlis perkahwinan sekarang ni. Zaman sekarang ni, semua orang dah mula nak buat majlis semeriah mungkin. Majlis pertunangan pun dah serupa majlis pernikahan mahupun perkahwinan. Siap ada pelamin dan khemah. Persoalan aku, perlu ke majlis perkahwinan yang meriah? Jawapan aku, terpulang pada kewangan individu. Kalau aku, perlu meriah. Maksud aku meriah dengan kehadiran sanak saudara bukan meriah dengan barangan hantaran yang mahal, pelamin berpuluh ribu, dan sebagainya. 

Mesti ada yang marah bukan? Ramai kengkawan akan berkata, kita jadi raja sehari, kenalah berhabis banyak sikit. Kejap...banyak ke sikit? 

Kat TV pon dah sibuk tayangkan perkahwinan anak dato' dan juga artis-artis yang sangat meriah. Dengan barang-barang yang mahal. Ini yang menghasut pemikiran orang kita sekarang, mahukan majlis yang terlalu 'grand' sampai berhutang keliling pinggang. 



tengok di jam, 1:02:12

Biarlah mereka dengan cara mereka. Aku sebagai budak kampung, hanya mampu membuat semampu aku. Aku dah beritahu hasrat aku kepada tunangku Cik Pija mengenai hasrat aku (namenye norafizah tapi aku suka panggil Pija walaupon dia marah huhu..jahat aku ni kan) . Nampaknya dia faham. Raja sehari, cuma sehari. Kita nak hidup bersama pasangan berthaun lamanya. Takkan kita nak membazir? Berhutang keliling pinggang? Ingat tak cerita P. Ramlee? "ANAK DAH 3 PON HUTANG BELOM HABIS LAGI".

Aku tak halang korang, kalau korang berada, teruskan dengan majlis gilang gemilang. Senang kata, ukur baju badan sendiri. Kalau baju saiz S, jangan pakai baju saiz XL. Moga kengkawan yang bakal berkahwin bahagia ke akhir hayat.

PSSSTTT...kalau baju saiz S tapi berazam nak pakai baju saiz XL tak mengapa kan? Kena tetapkan matlamat dan strategi. (Jangan salah paham ayat ni, bukan aku suruh korang jadi gemok)

Mase panas macam ni la aircond rosak

Bismillah...
Urusan macam2...cuaca panas terik...aircond pulak rosak. Sabar jela. Jangan marah2. Ni dugaan Dia. Ni baru panas sikit. Naseb baek aku tak pernah tepek bedak di muka. Huhu.

Buah ciku dan atuk

Bismillah...
Salam...selamat pagi kengkawan semua. Harap semua sehat2 saje kan. Korang mesti suka makan buah-buahan kan? Yela, kita kan memang digalakkan untuk memakan buah-buahan segar supaya dapat menyeimbangkan piramid makanan kita. Buah-buahan turut menyumbang pelbagai vitamin untuk badan kita. Aku paling suka makan pisang sebab senang aku nak berak. Kadang aku berak susah, sekali telan pisang, terus bersembur keluar. Hehe. Perghh nikmat tau.

Ape la cerita pasal berak plak. Selain vitamin, setiap buah ni mesti ade kenangan kan? Baru2 ni mak aku ade beli buah ciku. Memang dah lama giler aku tak makan buah ciku ni. Bila aku makan tu, teringat aku mase kecik2 dulu lepak kat umah arwah atok aku. Kat depan rumah dia ade pokok ciku. Kalau nak petik kene ramas2...usap2...kalau dah lembut tu boleh petik la. Tapi korang jangan plak usap bayangkan bende lain plak. Haha. Tapi kalau buah betik tu nak petik aku tak pasti kene usap2 ngan picit2 ke tak. Sekarang pokok ciku tu dah takde...camtu juga dengan kedua2 atok nenek sebelah mak aku. Huhu...

PSSSTTT...setiap buah..ade kenangan..korang ade kenangan dengan buah ape?

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan