nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, April 10, 2013

Tips mendapatkan berak yang ideal

Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. harap semua sihat-sihat belaka la ye. Macamane pagi ni? dah buang air besar (berak)? Orang kata kalau tiap pagi kita berak tu tandanya badan kita sihat. Pernah tak korang merasai pengalaman seminggu tak berak? PERGHHH...aku paling lama pon 3 hari. Itupun dah rasa tak selesa nak buat kerja. Badan aku rasa lemas. Rasa lemah. Rasa serba tak kena. Kalau aku tanya kat bomoh ka dukun ka, kompom diorang cakap aku ni terkena buatan orang, ade orang tanam tanah kubur kat depan rumah la, ade orang hantar santau la dan sebagainya, padahal aku tak berak dah 4 hari. Kat sini aku nak kongsikan tips macamane nak mendapatkan berak yang ideal. Tapi ni mengikut pengalaman aku la, setiap orang mesti lain caranya kan?

Ali Cafe
Haaa...untuk pengetahuan korang, aku ni penyokong tegar produk Alicafe. huhu. Tapi bukan Alicafe kaler yang bukan-bukan. Aku biasa minum yang original, kaler hitam tau. huhu. Kadang-kadang kalau susah nak berak, aku minum satu tin air ni (nak buat malas), kadang mintak Cik Pija buatkan. kompom 2 3 minit lepas tu aku masok jamban setengah jam haha. baca juga: air tongkat untuk panjang dan besar.

Sayur kangkung
Sayur kangkung turut menyumbang dalam proses penghadaman perut aku. Kalau sayur lain tak jalan. Mak aku kadang buat sayur kangkung masak bening, memang kompom berak la aku lepas tu huhu. Berak bukan sebab makanan tu beracun tau, tapi memang perot aku senang melawas kalau makan sayur kangkung ni. baca juga: apa itu sayur bening?

Pisang
Mungkin pisang boleh dikatakan salah satu makanan yang membuatkan perot kita mudah melawas. Tapi bila aku makan ni, peroses aku nak berak tu lambat sikit. Tapi korang boleh mencuba. Tak salah. Baca juga: jangan picit pisang aku.

Buat masa ni, itu jela hehe. Kalau korang ada tips lain, boleh la berkongsi. Secara tak langsung kita dapat membantu kawan-kawan yang ade masalah nak berak kan?

PSSSTTT...
Pergi ke pasar berjumpa nyonya,
Lepas berak, indahnya dunia.

1 comment:

Puteri Diyana said...

hoho..nice sharing dude!
lawak bile bce entry nie..heee :)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan