nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, March 31, 2017

Selit di kain.

Ke masjid nanti selit seikhlas hati not RM di kain pelikat untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. 
.
Beritahu kepada adik2 kecil tu sekali ya. 
.
Mencorak kain putih dengan corak yang cantik.

Thursday, March 30, 2017

Tabung Merah dan Tabung Hijau

Jika kalian masih ingat, bermula awal tahun Abang ada mengajak rakan2 membuat;

Tabung Hijau (RM5 setiap hari) untuk di masukkan ke dalam Tabung Haji (permulaan simpanan kecemasan)

dan

Tabung Merah (RM10 setiap hari) untuk persiapan Hari Raya Puasa (tol, minyak kereta, pulang ke kampung jumpa ibu bapa, DLL)

Jika konsisten, ini adalah jumlah ke dua-dua tabung itu sekarang;

Tabung Hijau: RM5 X 89 hari = RM445.00

Tabung Merah: RM10 X 89 hari = RM890.00

Bermula sedikit tetapi konsisten.

Wednesday, March 29, 2017

Autoshow UTM Skudai

29 Mac 2010. Kisah 7 tahun dahulu. Buat pertama kalinya waktu ini Abang memandu lori membawa 2 biji motor sampai UTM Skudai.

Waktu ini motor Abang mendapat tempat pertama kategori airbrush & Kcb Motor mendapat tempat pertama kategori stiker.

Sekadar mengimbau kenangan lama. Yang lagi best, ikatan persahabatan antara rakan-rakan permotoran masih ada sehingga sekarang. Saling menyokong satu sama lain.

Yang lebih penting masing-masing perut sudah ke depan huhu.












Tuesday, March 28, 2017

Kisah seorang makcik cleaner berumur 75 tahun.

28hb. Mar 2017 1:11

Bismillah..

Usia telah 75 tahun bekerja seawal 5.00 am setiap hari , menyampu sampah di depan premis Kifayah .

"Mak cik kena kerja suami sakit di wad , mak cik tinggal berdua sahaja dengan suami. Kalau mak cik tak kerja apa kami nak makan." .

" mak cik ada anak " tanya saya.

" ada 8 orang ......... "

Sangat panjang ceritanya . Moga Allah lapangkan rezeki mak cik dalam usia begini agar dapat berehat tak perlu bekerja lagi.

Lalu kita masih tidak bersyukur?

Sumber: FB Sifu Sham


popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan