nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, December 25, 2014

Review iPhone 6 plus

gambar: iPhone 6 plus dalam genggaman gua.

Salam dan selamat pagi kengkawan semua.
Hari ni entah kenapa aku tetibe terajin nak menaip. OK. Kali ni aku nak cerita pasal iPhone 6 plus. Tajuk je gempak. Nak review padahal aku bukan pandai sangat bab gajet-gajet ni. iPhone 6 plus ni pun bukan aku punya. Kawan aku yang punya so aku takleh nak berlagak sangat. haha

Kawan aku memang lama mengidam nak beli iPhone. Kumpul punya kumpul dah 3 ribu lebih duit dia, alang-alang dia terus sebat iPhone 6 plus. Aku pegang pun menggigil beb, Yela, mahal beb dan aku pun pakai Oppo je (itupun tak sempat nak review) huhu.

Apa aku boleh cakap, aku berpuas hati dengan iPhone 6 plus ni. Aku tak godek isi dalamnya. Aku cuma tengok luarannya. Memang cun dan ringan. Aku rasa aku pun akan tak sedar kalau iPhone 6 plus ni ada kat dalam kocek ke tak. Screen pun memang terbaik. Binaan badannya yang buat aku rasa taknak lepas.

Itu je yang aku boleh kata. Maaf kalau review ni tak seberapa. Apa yang aku nak tekankan, kalau korang ada duit lebih dan minat dengan iPhone 6 atau iPhone 6 plus ni, boleh lah membelinya. Kalau korang masih ada komitmen yang tinggi, tak perlulah membazir ya. Jangan sampai pinjam bank atau pun ahlong semata-mata nak beli iPhone 6 ni. 

Tepuk kocek sendiri.
Ukur kocek sendiri.
Susah payah kita tak siapa ambik tahu.

1 comment:

Muhammad Syakir said...

Tak mampu lagi nak miliki iphone, inikan pulak iphone 6. Hahaha btw nice review :)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan