Kejadian ini berlaku beberapa hari lepas. Sedang Abang berborak dengan rakan2 mengenai Air Tebu Abang Y, Abang mendapat panggilan daripada nombor KL, 03. Dalam hati Abang dah target, ni mesti orang insuran ni. Takpelah, Abang angkat.
Insuran: hello, ini encik irwan?
Abang: ya, saya. kenapa ya?
insuran: saya dari .................
Abang: ohh, ini berkaitan insuran ya? bukan apa, saya sudah ada takaful.
insuran: tawaran kami lebih rendah encik. mesti encik boleh bayar setiap bulan.
Abang: maaf ye encik, takpe, saya banyak komitmen.
insuran: encik boleh langgan 2 insuran dalam satu masa. lagipun bayaran setiap bulan kami rendah.
Abang: maaf ye, ekonomi tidak berapa stabil, lagipun bayaran rendah macamanapun tawaran kamu, tetap saya kena yang bayar. Jadi tidak mengapa ya.
insuran: (terus letak ganggang telefon).
Apa salah Abang? Abang jawab cara baik. Terangkan cara baik. Tapi dia letak camtu je?
Disebabkan sikap macam ni, ramai orang malas nak bercakap dengan ejen insuran atau takaful.
Ada rakan kepada rakan Abang yang menerima panggilan dari ejen insuran, kawan Abang angkat call lepas tu biarkan saja.
Diharap ejen takaful dan insuran selepas ini jaga "brand" masing-masing. Kita semua sama manusia, sama-sama penat mencari rezeki. Kita sama-sama jaga hati masing-masing. Cakap elok-elok, berbudi bahasa. Tak salah.
Maaf andai ada tersalah kata.
Yang ikhlas,
Abang Y