nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, March 21, 2012

result SPM gua yang teruk.

SALAM. selamat pagi kengkawan seangkatan mahupon sekapalan gua. hari ni keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar kan?? makin lama makin maju, kita dah tak payah susah2 nak g sekolah nak tengok result. agak2 segan nak tengok kat sekolah, cek dulu gune SMS, kalau keputusan OK, baru pegi sekolah. hehe. (korang boleh tengok kat bahagian akhir entry ni kalau nak tahu camne nak semak gune SMS, takpon online)

gua teringat dulu mase nak ambik result SPM. macam ni la suasana pagi nya. penuh syahdu. angin sepoi2 bahase. memandangkan gua duduk kat muar dan gua sekolah kat mersing, gua agak lambat sampai ke sekolah. mase dalam perjalanan tu la kengkawan gua mesej, ade yang dapat 12A, 11A, 10A..perghhh tangan dengan kepala gua yang botak ni dah berpeluh macam tunggu bini beranak. rase nak bukak baju je sebab kepanasan. 

sampai je gua kat sekolah, gua dah cuak. yerla, gua tau gua ni bukan pelajar bijaksana, bijaksini ape tah lagi. gua cari nama gua, gua nak tengok keputusan gua. 6A 6B. gua dah buat muke murung. bukan sengaja buat. memang otomatik. gua tau gua dah hancurkan harapan bapak gua yang nakkan gua dapat straight A. bila gua bagitau bapak gua, terpancar sinar kekecewaan kat muke die. maap mak, ayah. gua tau gua dah kecewakan mak  ayah. ayah gua terus jumpe pihak sekolah, nak tahu ape jurusan yang terbaik untuk gua. masok ke IPTA ke IPTS.

nak dipendekkan cerita, lepas SPM, gua lanjutkan pelajaran kat Matrikulasi Tangkak, Johor. lepas setahun kat situ, gua terus ke UiTM Segamat, Johor, ambik kos ijazah dalam bisnes marketing. baru setahun gua kat sane, ayah gua suruh gua berhenti, tolong dia kat kampung. gua tak berenti, gua tangguhkan pelajaran gua. lepas setahun gua tangguh, gua sambung Pengajian Jarak Jauh kat UiTM Shah Alam. dua minggu sekali gua ulang alik. lagi setahun gua nak abes ijazah gua, ayah gua suruh gua berhenti belajar. mungkin die tak sampai hati tengok gua keje sambil pegang buku. gua pon berhenti belajar.


sekarang, gua ade kat sini, kat kampung. tolong bapak gua buat kerje kampung. walaupon gua ade SPM je, gua tetap gembira sebab dapat berbakti pada mak bapak gua. pada korang yang berjaya dalam SPM, ingat, kat depan korang ade banyak lagi cabaran. pada yang kurang berjaya, sabar. banyak lagi peluang depan mata korang. rebut peluang yang ada. jangan berkira.


semak keputusan SPM 2011 guna SMS (gua rembat kat yanmieonline.com/)
Taip  SPM No Kad Pengenakan No. Angka giliran dan hantar ke 15888

kalau mak bapak yang nak tengok result anak gune online pon boleh (gua rembat kat yanmieonline.com/)
1) Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

6 comments:

CintaZulaikha said...

hummm, rezeki masing2 nih lain kan. mungkin ada hikmah kenapa kita hanya idop ngn SPM...tp kita still hepi sokmo..:)

hope en irwan ttp sukses walaupon hanya ada SPM ja..:)

Ckin Kembaq said...

inshaAllah ganjaran orang yang berbakti kat mak ayah ni lebih baik.....doa mereka tu makbul....

p/s : 1st time tau jalan hidup cmni....teruskan je kehidupn yg ada..jgn risau..rezeki tu milik Allah...kita teruskan je... ^_^

syafiqah nabilah said...

salam why, tak boleh negatif lagi ke tajuk entry ko ni? haiyaa.. aku tak suka la ko ungkit lagi kisah silam ko ni..aku tak suka nak dengar, bosan. yg lepas jgn diingat bro. redhakanlah ia, ada hikmah kot atas apa yang jadi kat ko selama ni. Aku yakin, hidup ko lebih gembira dari dulu, kan?
SO chill ah k. Good Luck. Dan doakan tuk aku sekali, setahun je lagi ni insyaALLAH!

Hamba Allah said...

mungkin rezeki anda di tempat lain tapi...klu ada rezeki smbg la blk apa yang t'tangguh tu....mencari ilmu kan wajib...:)heeee

Hamba Allah said...

mungkin rezeki anda di tempat lain tapi...klu ada rezeki smbg la blk apa yang t'tangguh tu....mencari ilmu kan wajib...:)heeee

pwincess Lov3y dOv3y said...

sekarang ade sijil belajar tggi2 pn susah nak dpt kerja.almaklum saingan banyak..x de hal la keje kampung pun kan rezeki halal tu..:)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan