nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, October 21, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 1)

SALAM sejahtera kepada kengkawan semua terutama kepada pembaca setia blog gua dan peng'like'/pengomen setia facebook gua. walaupon gua hanya berkelulusan SPM dan bekerja kampung, korang tetap sokong gua. terima kasih gua ucapkan.

Bermulalah kisah di mana suatu hari tengah gua kerja, telefon berdering, gua pon tak kenal sape. pakcik tu dapat nombor gua dari kawan gua. dia kata dia dah tua, penat nak usahakan sawit. jadi dia nak tanam lada 1000 pokok. gua bagitau dia terang-terang yang gua tak berani nak tolong. gua perkenalkan dia kepada kawan gua yang lagi lama dalam bidang fertigasi ni. gua pon bermula dengan 200 pokok. gua mula usahakan fertigasi cili ni dari Mei 2012 dan sekarang 21 Oktober 2012. belom setahun. jadi gua belum layak untuk beri tunjuk ajar kepada sesiapa.

sepanjang hampir 6 bulan gua usahakan fertigasi cili ni. macam-macam cabaran yang gua hadapi,

Diri Sendiri (Malas/hangat2 taik ayam)
ni merupakan cabaran paling utama. Ya! diri sendiri. kalau diri sendiri tu malas, memang tak jadi ape la jawabnya. masa mula-mula gua jalankan fertigasi cili ni, ada sesetengah rakan memberitahu yang sistem fertigasi cili ini tidak memerlukan penjagaan yang kerap. cukup sekadar datang ke tapak projek 3 kali sehari. 

amboi2. siapa kata? kalau sendiri belum cuba, belum terbukti kan? untuk pengetahuan semua, bila kita lakukan projek fertigasi cili ni, kita perlu sentiasa datang ke tapak projek tersebut. nak menjaga cili ni bukan senang. ibarat kita menjaga bayi. BENAR!. walaupun gua buat projek ni secara sambilan, paling tidak, 1 hari sekali gua kena datang tengok anak-anak gua ni. mungkin disebabkan projek gua ni projek tidak berbumbung, maka agak leceh penjagaannya, mungkin juga. tapi terpulang pada setiap individu bagaimana mahu memulakan projek fertigasi cili ni. gua tak pergi kursus, gua hentam je buat.


sebab tu gua tak berani nak buat sampai 1000 pokok. gua takut tak terjaga, nanti gua putus asa. gua tak mahu la gua dikata hangat-hangat tahi ayam (gua sendiri pun tak tau tahi ayam tu hangat ke tak). gua sendiri bermula dengan 200 pokok. bila gua rasa gua mampu nak jaga, gua tambah lagi 200. sekarang ni gua dalam proses menambah lagi jumlah pokok cili. tak salah kalau kita buat sikit dahulu. gua ada dengar kisah ada sorang kawan tu buat projek cili fertigasi menelan kos 20 ribu lebih, tapi berhenti di tengah jalan. kan rugi tu. 
gambar: dalam proses penyediaan tapak untuk fasa ke 2.

penyelesaian:
sebelum buat projek cili fertigasi ni, tanya pada kawan yang pernah buat. ada bukti. jangan tanya kat kawan yang hanya pandai cakap tapi takde bukti. pergi kursus pun boleh, terpulang pada diri masing-masing. untuk makluman, gua tak pernah ke kursus fertigasi. bukan gua nak bangga, kalau boleh, gua nak pergi, tambah ilmu, tapi tak berkesempatan. gua kerja 7 hari seminggu.

sebelum buat projek cili fertigasi ni, pastikan dulu kemampuan diri. jangan buat sekali banyak tapi akhirnya kecundang di tengah jalan. setiap orang kemampuan berbeza, kalau mampu 100 pokok pun takpe. kita mahukan kualiti. tapi kalau kualiti OK, kuantiti lada pon OK. lagi mantap.

gua tak mau korang boring, jadi gua berhenti kat sini dulu, gua akan sambung di lain masa. maaf salah silap. salam. 

6 comments:

CintaZulaikha said...

sapa kata tuan belog tak rajin, sgt rajin lagi adalah. org lain nak ke buat keje2 cam tuan belog..rasanya jauh panggang dari api kut, huhu

CintaZulaikha said...

sapa kata tuan belog tak rajin, sgt rajin lagi adalah. org lain nak ke buat keje2 cam tuan belog..rasanya jauh panggang dari api kut, huhu

Nadia Johari said...

smoga berjaya..awak mmpu lakuknnyer..=)..klo nk berjy usha kne adekn..=)

Anonymous said...

Slamat berjaye awak,

iyan shazlind said...

all the best..sy doakn projek awak success :)

Nor Zilla Sensei said...

wow..sekarang ni ramai yg menuju ke arah kerja pertanian..ok ape, xdela under arahan orang lain kan..keje pun relek je. tahniah utuk tuan blog..anda sama macam kawan saye.semangat tu penting.


bole amik ilmu ni pasal fertigasi

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan