SALAM...
apa khabar kengkawan semua. harap sihat. baru-baru ni kita dikejutkan dengan penurunan mendadak harga sawit. daripada harga RM600...RM500 satu tan..sekarang harian sudah RM350 satu tan. maka kelam kabutlah mereka yang telah membeli kenderaan baru, baju baru, sofa baru, kerusi baru semasa raya yang lepas. apa-apa pun gua harap kita tetap bersyukur kerana sawit masih lagi laku. cuma cara berbelanja sahaja kita kena kawal. kalau susah sangat nak kawal, cuba beli buku ni, Rancang Wang Dari Sekarang karangan Pakdi.
gambar 1: keadaan benih yang gua semai. memang nampak sangat tak pergi kursus kan?
berbalik pada tajuk utama, gua nak cerita pengalaman gua yang menyemai pokok cili tapi akhirnya menjadi pokok lada besar. pelik kan bunyi nya. hehe. saje je gua nak bagi gempak. sebenarnya ni merupakan kesilapan gua sendiri. alkisahnya begini. bulan lepas kalau tak silap, gua beli benih lada besar. gua letak la kat tapak semai tu 1 lobang 4 biji benih. dekat seminggu gua tengok takde tumbuh pape. gua jadi geram. tak jadi ke ape. kebetulan gua ade buat benih cili sendiri. senang je. gua cari cili merah, gua amek biji-bijinya. tapi kalau nak buat tu kena tahan pedas la tangan tu. gua pernah terkena, mase tangan pedas tu tetibe gua rase nak terberak. lepas berak gua
cebok la macam biase. jadi korang dapat bayangkan la muka aku mase tu camne. berapi punggung gua ni.
cebok la macam biase. jadi korang dapat bayangkan la muka aku mase tu camne. berapi punggung gua ni.
benih cili merah ni gua main tabur je. tabur ka atas benih lada besar tu. pastu tutup dengan tanah. geram punya pasal. selang beberapa minggu. gua nampak banyak tumbuh. makin la gua pening. mane taknya. gua dah takleh beza mane satu pokok cili, mane satu pokok lada. memang hampeh betol la gua ni. takde sistematik langsung. kalau korang nak tanam lada ka cili ka toksah cari gua, nanti korang pon pening. korang carilah orang yang bertauliah. boleh ngajar dengan betul, korang pon tak pening.
gambar 2: keadaan pokok yang gua semai. dah bercampur aduk dah.
pokok lada ataupun cili yang dah agak besar, gua pindahkan ke polybeg. gua tawakal jelah. kalau jadi ye alhamdulillah. kalau tak jadi, gua takkan putus asa, gua akan semai lagi, tanam lagi, sampai keluar hasil. tapi nasib memang menyebelahi gua. tuhan sayang gua dengan pokok cili/lada gua. tadi pagi alangkah gembiranya gua bila pokok lada gua dah keluarkan hasil. tapi gua masih belum pasti bila boleh petik dan adakah pokok lada ni benar-benar sihat. cuba korang tengok gambar bawah ni. OK tak pokok lada dengan lada gua. kalau tak OK tolong bagitau. bagi tips sekali pun boleh.
gambar 3: pokok lada baru nak membesar
mungkin ada di antara pembaca blog gua ni di kalangan otai-otai kebun. jadi gua mohon maaf kalau sepanjang gua buat fertigasi cili dan lada ni banyak kesalahan yang gua buat. gua takde kursus. gua pun main buat je. jadi kalau otai-otai mahu berikan tunjuk ajar, amatlah gua alu-alukan. terima kasih atas sokongan kawan-kawan....gua tanam cili/lada ni sekadar mencari pendapatan sampingan. balik kerja singgah kebun...tenang fikiran...
3 comments:
bestnyaaaaaa tanam pokok cili. tader tips la, bukan pnh tanam pon. tapi kalau ada tanah sket pon, saya sanggup yer tanam pokok cili, sbnya saya sangat suka makan cili. basuh terus makan pon saya boley, sedapp..
Pandai nyerrr, tanam cili. . .
Mau cili berapa kilo kak..
Post a Comment