nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, December 27, 2012

bahaya SEBENAR panadol yang perlu kita tahu

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua harap semua sehat hari ni ye.

Korang mesti pernah baca mengenai bahaya panadol. Ada di laman web tertentu yang memberi info doktor pun tidak mengambil panadol. Panadol boleh mendatangkan kemudaratan. Kalau sekarang makan panadol, usia 30-an nanti dah kena penyakit buah pinggang. Kalau sekarang makan panadol nanti masa bersalin perlukan dos yang tinggi untuk tahan sakit. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini semua?

gambar: soalan yang gua tanyakan di facebook gua

Jadi gua telah bertanyakan soalan ini di facebook gua dan beberapa kawan gua yang juga telah memberikan penjelasan mengenai panadol ini. Jika ada di antara korang yang ada sumber yang sahih, boleh kongsikan dengan gua OK.

Kesimpulan: Kalau korang dah habis baca kenyataan diorang kat bawah ni, korang mesti terkejut. Apa yang dicanang di laman web tertentu tentang bahaya panadol sesungguhnya tidak benar. Baca sampai habis OK. Gua bukan copy dari facebook lepas tu paste kat sini tau. Gua taip balik tau. Jadi kalau korang sayang gua, baca sampai habis. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberikan ilmu yang berguna.

Daripada Ummu Ammar (belajar di Universiti Alexandria, Egypt)

Panadol ni nama ubat yang ada dalam tu ialah acetomenophen. Dia adalah sejenis ubat penahan sakit, ubat demam dan anti keradangan. Dalam banyak-banyak ubat tahan sakit, acetomenophen (atau nama lainnya paracetamol) merupakan ubat yang paling selamat, maksudnya paling kurang kesan sampingan. Kesan sampingan sangat minima. Antaranya merosakkan hati sebab ubat ni di metabolize di hati. Ni kesan sampingan paling popular la untuk ubat ni tetapi kalau nak kena tu kena la makan banyak macam orang nak bunuh diri, telan segenggam. Kalau setakat demam pening telan 2 biji, takde ape, tapi tetap ada dose. macam sehari tak boleh banyak sangat. Sakit buah pinggang pun boleh tetapi kalau paracetamol dia sorang buat, taklah. Sakit buah pinggang ni boleh kena kalau dia ada penyakit lain sekali. Contoh penyakit popular effect buah pinggang ialah darah tinggi dan kencing manis. Kalau tak makan ubat untuk penyakit tu, confirm buah pinggang rosak. Bukan buah pinggang rosak sebab makan panadol (ni salah faham yang popular jugak)

Ubat tahan sakit ni ada banyak jenis, contoh yang paling sikit sekali kesan sampingan yang macam aku cakap tadi, paracetamo/panadol/acetomenophen. Jenis kedua adalah ubat dalam kumpulan non-stroidal anti-inflammatori drugs (NSAIDs) contohnya aspirin. Kalau ubat ni memang selalu effect buah pinggang. Selain tu ubat ni kene ambil time perut penuh sebab kalau tak, boleh buat gastrik atau ulcer perut. Berbeza dengan paracetamol yang boleh diambil ketika perut kosong. Ada banyak lagi contoh ubat tahan sakit yang lain tapi cukuplah setakat ini, wallahu a'lam.

Setakat ni kalau sakit kepala, demam atau sakit apa-apa, telan je panadol 2 biji. Ia panadol selamat. Kalau sakit kita memang kena usaha ikhtiar nak sembuhkan. sesungguhnya yang menyembuhkan hanyalah Allah. Ubat tu sebahagian sahaja. Doa banyak-banyak.

Mengenai kesan panadol masa beranak nanti, memang takde kaitan apa pun. Kalau tahan sakit beranak, tak payah ambik ubat. Kalau tak tahan sakit, ambik ubat. Tu je.

Daripada Syafiqa Belle (lupa dia ni belajar kat mana, tapi bahagian perubatan kalau tak silap)
Betul apa yang Ummu Ammar terangkan tu. By the way, doctor is the worst patient. Maksudnya doktor ni kalau demam ke sakit ke paling susah nak pergi klinik or makan ubat. Entah, tapi selalunya begitula. Ko pernah dengar isteri Dr Sheikh Muszaphar guna kaedah bersalin dalam air? Walaupun dia sendiri doktor pakar bius tapi dia tetap guna kaedah semulajadi. Itulah salah satu contoh doktor is the worst patient.

Daripada Sakinnah Naim (belajar di Universiti Tanta, Egypt bahagian perubatan)
Minum Nescafe, cerebral vasoconstriction sebab headache adalah vasolidation si it will help IA. Panadol tu drug paling selamat sebab dalam dunia ni takde satu ubat pun yang boleh bagi baik sakit kepala. Kita kena belajar nak prevent sakit kepala. Ubat kena ambik masa aura bukan attack. Aura tu mase macam agak-agak rasa nak kena. Sebab sakit kepala biasa, lama-lama dia subside.Sakit kepala tu sebab vasodilatation masudnya blood vessel mengembang sebab terkumpulnya metabolites dan doktor cakap, dalam dunia ni takde satu drugs pun yang boleh wash away metabolites.


Daripada Jannah Firdausi : 
boleh gantikan dengan air zam zam atau habbatussauda'.

Daripada Nilam Ariff (Budak Kampung Photographer) 
Sape yang rajin ambil ubat takkan ada masalah jika dia banyak gila minum air masak.

Daripada Ismi Fitri (Unit Trust Consultant)
Amek panadol atau ubat ubatan moden terlalu banyak memang boleh merosakkan buah pinggang, pada aku la, cari alternatif perubatan Islam. Kalau selalu sakit kepala, minum air banyak-banyak. Kau tu perlu banyak rehat jugak. Manusia bukan robot. Al-Quran sebaik-baik penawar.

Daripada Musliim Jamian (belajar di Universiti Sains Islam Malaysia)
Panadol tu antara ubat yang paling selamat kalau makan ikut arahan doktor (sekali makan tak boleh lebih 2 biji dan 1 hari tak boleh lebih 12 biji), dan perubatan moden juga merupakan perubatan Islam, sebab Islam bukan hanya sekadar habbatussauda ataupun madu. Islam itu sangat luas, perubatan moden yang mementingkan bukti daripada research. Kajian mendalam dalam setiap ubat juga sebahagian daripada Islam. Dan untuk setiap ubat, kalau tak pasti, kenalah tanya dengan doktor ye.

Sekian sahaja. Salah silap gua mohon maaf. Harap beri teguran membina.

4 comments:

CintaZulaikha said...

panadollah ubat paling senang nak elokkan sakit kepala...sedey kalau tak boley makan lagik...apakah!!

Hana Syed said...

dah lama artikal ni tapi baru jumpa.. Tahniah di atas kesungguhan anda mengumpul maklumat. Seharusnya sesuatu kabar berita seharusnya diperhalusi sejauh mana kesahihannya. Good job!

Anonymous said...

Panadol selamat. Manada effect buah pinggang. Cuba tanya pharmacist. Doctor mana tau pasal ubat sangat melainkan specialist. Painkiller yang selalu kait dengan sakit buah pinggang.sbb metabolized dekat biah pinggang and itu pun ikut type.dalam pharmacy ada bab pharmakokinetik. Dekat situ kita brlajar pasal cara ubat proses dalam badan. Absorbed,distributed, metabolized and eliminated. Try type dekat google rahsia farmasi + panadol , nanti ada laman web seorang pharmacist ni ulas pasal panadol. Kalau rasa dia tipu. Try call pusat racun negara. Usm punya. Diorg ada penjelasan

Anonymous said...

Satu pihak kata bahaya...satu pihak kata tak bahaya...Rasulullah kata kalau ada perselisihan, kembalikan pada Quran dan Sunnah...doktor memang kata tiada ubat boleh hilangkan sakit kepala sebab ubat yang dia belajar kau universiti dia tu hanyalah ubatan kimia..saya juga seorang doktor dan dulu saya pun mempunyai pendapat sebegitu...tapi lama kelamaan saya bosan dengan bidang ubatan moden yang tidak merawat punca penyakit, maka saya belajar pula herba...yang hanya saya mampu ucapkan adalad maha suci Allah yang mencipta tumbuhan yang pelbagai dengan molekulnya yang sgt kompleks untuk merawat manusia yang juga sangat kompleks strukturnya..saya rasa semua doktor patut tahu ini..KKM patut tukar ubatnya dari unsur tumbuhan..ubatan kimia ini dibuat dari batuan dan hasil galian yang sangat toksik untuk tubuh..bahan kimia sintetik ada merata2 dalam kehidupan kita...sabun, syampoo, makanan proses, minuman ...masya Allah ...inilah punca penyakit...cuma doktor dikabur dan ditipu dengan mengajar mereka yang kesan sampingan dadah itu adalah kesan dari penyakit...sebab itu punyalah dah jadi macam aqidah percaya yang penyakit kencing manis menyebabkan renal failure, heart disease..bla..bla...padahal it is all the side effects of the drugs...so doctor..no matter how hard you try, you can never ever cure people using drugs...you are just the respective drug distributor for the drug company..maaflah, bunyi kasar sikit...tapi saya pun doktor jugak kan...cuma saya nak semua doktor bangkit dan sedar akan fakta penipuan ini...kalau tak percaya cuba tengok RAAS system dan bagaimana ACE inhibitor menyebabkan darah tinggi x kan sembuh...padahal tumbuhan menyembuhkan darah tinggi dengan membetulkan punca pembebasan renin

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan