nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, January 9, 2015

Adakah pinjaman ASB merugikan?

Selamat pagi kawan-kawan,
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kat korang semua. Harap tahun baru ni memberi semangat baru pada kalian semua.
Awal tahun ni bank teramatlah sibuk. Pelbagai golongan tak kira tua, muda, sederhana, kaya, botak licin, semua ada. Semua memegang buku biru, ada yang nak mengemaskini buku biru tersebut, tapi majoritinya ingin mengeluarkan dividen dari buku biru tersebut, ya, buku biru tu adalah buku ASB. Aku rasa hampir kesemua pembaca blog aku ni ada membuat pinjaman ASB kan? Tak kurang juga ada yang sekadar menyimpan sedikit demi sedikit.

Aku tulis pasal pinjaman ASB ni bukan sebab aku pakar dalam hal ni. Cuma tergerak nak menulis. Biasalah, dalam kehidupan, ada sesuatu tu mendatangkan faedah kat kita dan ada juga yang mendatangkan kerugian. Kalau fikir dari sudut positif, bagus juga jika korang buat pinjaman ASB ni, sebabnya,

1. Orang kita termasuk aku memang malas nak menabung, duit asyik keluar masuk tak nampak simpanan. Dengan adanya pinjaman ASB, sekurang-kurangnya kita dipaksa menyimpan kan?

2. Mengelakkan kita terjebak dari skim pak mantelo, skim piramid dan sebagainya. Walaupun mungkin keuntungannya sedikit, ASB dapat memberi ruang kepada rakyat biasa macam aku untuk melabur di tempat yang selamat.

Ini sekadar pendapat aku, seorang rakyat biasa yang tak pandai melabur macam kengkawan lain yang bermain saham, forex, emas dan sebagainya,

Sebenarnya aku sendiri pernah membuat pinjaman ASB, tetapi disebabkan terlalu banyak komitmen yang perlu aku tanggung, maka aku batalkan pinjaman ASB tersebut.

Aku tak memihak kepada sesiapa, duit kita yang kita cari dengan hasil titik peluh kita sendiri, pandai-pandailah kita menjaga aliran duit poket kita. Salam.


1 comment:

Anonymous said...

Pinjaman ASB lebih bagus dari pinjaman peribadi.

Pinjaman ASB kena bertahan untuk thn satu dan dua je. jgn keluarkan dividen dan bonus utk tahun 1 dan 2. gunakan duit utk utk bayar balik pinjaman asb utk tahun 1 dan dua. masuk tahun tiga..dah x yah pening nak bayar..just ambik dividin skit utk merasa duit.

kalau pinjaman peribadi.. duit dah lah dapat tak 100% yg dipinjam..terpaksa bayar interest..kalu lewat bayar..tambah lagi interest.

tak salah berhutang tetapi kena bijak..sekadar pendapat.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan