nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, June 20, 2009

Jangan TERLALU memilih...


Salam to all my beloved friends...smile always because it will cure your pain...cehh..main hentam je speaking english padahal memang tak expert sgt pon..
anyway maaflah dah lame sesangat tak update blog ni..huhuhu...

okey,straight to da point!!
Ramai antara kengkawan kite yg dah abes blajar & ade antaranye memilih untuk berehat sekejap kat umah & ade antaranya sedang sibuk mencari kerja.
Kita semua sedia maklum zaman sekarang tak macam zaman dahulu. Zaman globalisasi sekarang perlukan mereka yang benar-benar kreatif & mahir. Ditambah lagi dengan krisis ekonomi yang memaksa banyak kilang2 perindustrian memberhentikan pekerja mereka.

Apa yang boleh saya katakan, harap kepada semua "fresh graduate", don't give up!!
Tidak salah memilih pekerjaan, tetapi jangan terlalu memilih. Kat kampong aku ade antaranye lepasan universiti tapi mereka tak kesah buat kerja2 kampong malah mereka boleh dikategorikan sebagai petani berjaya.

Sepupu aku sendiri, lepasan SPM, tetapi boleh berjaya, dia nasihatkan aku walau ape pon kite buat, usaha penting. Pakcik aku pon cakap, zaman sekarang jangan terlalu memilih kerja. Kalau asyik menunggu je...smpai bila pun tak kerja.

Pada aku, biarlah apa pon kerja kita, jangan kita malu. Biar kita mula dari bawah. Timba pengalaman sebanyak mungkin. Mungkin ade antara kawan2 aku yang cakap hidup aku senang, tetapi pada diorang yg dh tgk cara aku kerja, diorang lebih memahami.


p/s: taniah pada kengkawan yang dah grad, jangan lupekan aku kat kg ni. pada yang still blajar, berjuanglah sehingga titisan pena terakhir.cewahhh

maap andai ada salah silap
-aku insan biasa-

Monday, May 11, 2009

mama....mama...mama...mama...mama

Salam to all my frenz especially kepada mama-mama di seantero dunia.

Ibu, ibu,
engkaulah ratu hatiku,
bila ku berduka,
engkau, hiburkan aku,
ibu,ibu,
engkaulah ratu hatiku......

Kawan-kawan semua, dah wish selamat hari ibu kat mama-mama masing??Dah kiss mama korang? Memang tak dinafikan ada di antara kita yang berkata, "alaaa...bila2 boleh kiss mak kita"..."ala....tak payah wish pun takpe"...."alaaa....nak beli hadiah ape ni...."

Geng, tak payah fikir semua tu, pergi jumpe mak korang, salam, cium tangan, kiss pipi diorang, sekurang-kurangnya kita membuatkan mak kita terharu, gembira, rasa dihargai dan rasa bersyukur sangat sebab melahirkan kita.

Kisah ini diceritakan oleh adik kawan aku :
Kawan aku, sanggup naik motor dari kluang balik ke muar semata-mata nak wish selamat hari ibu kat mak die.
Tiba di pertengahan jalan, die lapar, die beli 2 bungkus roti tapi dia tak jamah langsung roti tu. Sampai kat rumah, dia berikan roti tu kat mak die. Mak nye pelik,"Nape ltiba2 balik rumah ni? kan jauh. Kenapa tibe2 belikan roti ni, dah tau lapar, makanlah roti ni kat tengah jalan tadi"..dengan selamba kawan aku cakap, "kan esok hari ibu"...ibunya terharu... tak sampai hati nak makan roti tu..

Geng, walaupun roti tu murah, tetapi keikhlasan si anak betul2 membuatkan si ibu terharu.

Geng, walau sape pun mak ayah kita, mereka tetap mak ayah kita.
Zaman sahabat Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat mencari hamba Allah yang bakal menemaninya di syurga kelak. Bila beliau terjumpa hamba Allah itu, alangkah terkejutnya apabila die terlihat hamba Allah itu sedang memandikan 2 ekor khinzir. Bila sahabat Rasulullah s.a.w bertanya mengapa hamba Allah ini memandikan dan menjaga dua ekor khinzir ini dengan baik sekali, hamba Allah ini berkata, "inilah ibu bapa ku, mereka telah dibalas oleh tuhan atas kesalahan yang telah mereka lakukan"

Bukannya ingin menunjuk pandai, tetapi sayangilah mak ayah. Mereka sudah membesarkan kita sepenuh hati mereka. Turutilah kemahuan mereka selagi tidak menyimpang dari agama. Bila mereka tiada nanti, barulah kita rasa kehilangan yang teramat sangat. Selagi mereka ada, berbaktilah kepada mereka. Apa jua yang kita lakukan, pastikan kita meminta restu daripada mereka agar apa yang kita lakukan itu, diberkatiNYA.

Maafkan salah silap. Jika ada kesilapan dalam penulisan ini, harap ditegur.

Sayang mak
Sayang ayah

Maafkan aku


-aku insan biasa-


Wednesday, May 6, 2009

How to forget him/her?

Salam senyum, salam muhibah kepada pembaca setia blog 'Budakkampong' ni ye.huhuhu
Aku teringin nak petik lagu dari kumpulan Kopratasa ..masih kah kau ingat....masihkah kau ingat sekuntum bunga itu, di tapak tangan ini, ia menjadi layu, lalu ku genggam, ia menjadi debu, masihkah kau ingat...masihkah kau ingat.....cewahhh...ada bakat gak aku menyanyi..huhu

Kali ini aku tertarik dengan soalan daripada rakanku, dia juga merupakan pembaca setia blog ini. Aku cukup berterima kasih kepada kawan aku sowang ni kerana dia banyak menyumbang secara tak langsung dalam penulisan aku kat blog ni. Suatu hari, dia bertanyakan soklan yang betul2 buat aku terfikir, yerla bukan senang nak bg jawapan. ni soklanye:

how to control our mind and emotional to forget someone in the past??

Haaaa...amacam?boleh tahankan soalanye??

Memang tak dinafikan majoriti kita semua mempunyai masalah dan persoalan sebegini kan? Biasalah, bila dah bercinta, dah menyemai kasih sayang, masuk pula ke jinjang pelamin, tiba-tiba panas di tengahari tak tahan lama.

Bila sudah berpisah, susah pulak nak lupekan si dia.

Aduhai, aku bukanye reti nak cakap pasal benda ni. Apa yang aku boleh cadangkan.

Think Positive
Kawan-kawan aku penah bagitau aku, bila diorang berpisah dengan boyfriend or girlfriend diorang, diorang akan bagitau pada diri diorang, mungkin kali ini diorang berpisah sebab akan datang, ada lagi teman yang terbaik untuk diorang.

Focus
Maksud aku kat sini, focus dulu pada apa yang korang lakukan sekarang. Kalau tengah study, focus on your study first, yang lepas jangan dikenang. Kalau tengah kerja, focus on your work,stabilkan ekonomi korang dulu pastu baru boleh jaga anak orang, kan?

Entahlah, aku nak cakap lebih, aku pun bukanya pandai, kalau ada sape2 yang berpengalaman, ringan2 kan tangan untuk memberi komen dan pendapat ye. Memang tak dinafikan, susah nak lupekan orang yang dah kita sayang.

Tapi, the MOST IMPORTANT THING IS......YOUR FAMILY :-)
Apa-apa pun yang U all lakukan, restu family tu penting :-)

maafkan salah silap
-aku insan biasa-




Thursday, April 30, 2009

Luarannya alim, tetapi.....

Salam rindu kepada kawan2 ku sekalian.

Pada yang sentiasa membaca akhbar, mesti anda semua terbaca tentang kisah2 pak-pak alim kita yang menipu rakan sesama agama? Masih ingat lagi kisah orang alim yang kononnya membuat projek menternak ikan keli, dia berpakaian jubah, serban, mengaku sebagai professor tetapi sebenarnya dia menipu orang2 yang telah melabur puluhan ribu ke atas projek tersebut. Kedua, masih ingat lagi kisah orang yang berjanggut, berkopiah, tampak alim, datang ke rumah dengan alasan ingin mengubati anak pelangganya yang sakit, tetapi akhirnya dicabul? ketiga, baru2 ini, masih ingat kisah ustaz prepaid? yang membaca ayat2 pelaris dan akhirnya semua duit orang yang melabur denganya lesap??? ada banyak lagi sebenarnya.....

Untuk pengetahuan korang, kawan aku sendiri, kene tipu, penipu tersebut datang ke ofis, lagak alim, denga pangkal namanya Haji, dia ingin meminjam duit, setelah diberi pinjaman, akhirnya orang itu lesap entah kemana. Bila dibuat report, rupa2nya syarikat2 lain pon terkena juga.

Dan baru sahaja sebentar tadi, kawanku telah terjumpa satu laman web pengedar topap, lengkap dengan kalimah2 Allah.. kawan aku pada mulanya terdetik ingin mencuba kerana keuntungan yg disediakan cukup lumayan, tetapi dia tergerak untuk check.....dan akhirnya, terbongkarlah siapa di sebalik ayat2 manis...rupa2nya...alamat yang disertakan dalam setiap laman web nya berbeza2....dia juga menjual produk yang berbagai2.....

Maaflah kalau artikel kali ini agak panjang lebar, bukan maksud aku hendak memperkecilkan golongan alim ulama' . Ape yang aku kesalkan, mengapa ada orang yang menyamar sedemikian rupa semata2 untuk menganiaya orang lain.

Entahlah, agaknya apa kepuasanya buat macam tu? ada ke ketenangan?
biarlah kita hidup sederhana tetapi rezeki kita semua tu diberkati.

BERHATI- HATILAH KAWAN2,

LUARAN YANG TAMPAK MANIS TAK MENJANJIKAN YANG ELOK DIDALAMNYA SEPERTI PELAM YANG ELOK LUARANYA TETAPI DIDALAMNYA TELAH DIMAKAN ULAT

maafkan salah silap

aku insan biasa,



popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan