nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, August 26, 2012

Fertigasi cili: permulaan projek (Mei 2012)

SALAM...
kawan-kawan semua sihat? gua tergerak nak buat entry mengenai fertigasi cili ni sebab ramai kawan-kawan gua bertanya pada gua mengenai kos dan cara-cara nak buat fertigasi ni. OK. sejujurnya gua katakan yang gua betul-betul belum mahir mengenai fertigasi ni. sebabnya? projek fertigasi ni asalnya pakcik gua, wak enal yang beriya nak buat. pada peringkat awal, memang aku tak ambik port sangat. selang beberapa minggu selepas projek bermula, pakcik gua mula pening memikirkan pokok yang semakin membesar dan angin yang bertiup kuat. sejak dari itu, gua yang take over projek fertigasi ni. memang banyak dugaan dan cabaran.

memang tak dinafikan, masa mula-mula gua jaga, ramai yang dok perlekehkan usaha gua menjaga pokok cili ni. ada yang kata takkan balik modal lah. ada yang kata gua akan berputus asa tak lama lagi. tak kurang juga yang kata harga cili ni akan turun sebab dah ramai yang buat fertigasi cili ni. OK. cukuplah. macam-macam lagi yang gua dengar. gua akan ceritakan pengalaman gua dengan pokok cili ni dalam entry-entry yang berikutnya. gua bukan niat mahu mengajar, gua hanya mahu berkongsi pengalaman gua. kalau mahukan ilmu fertigasi yang lebih mantap, korang boleh google "fertigasi cili . takde masalah. macam-macam ilmu ada.

ingin gua highlightkan di sini yang gua takde join mane-mane kursus fertigasi. gua hanya belajar dari pengalaman. memang, belajar dari pengalaman memerlukan kos yang lebih tinggi sebab kita akan menggunakan kaedah try and error. kalau tak menjadi, buat cara lain, sampai menjadi. tetapi gua tak paksa sesiapa yang ingin menjalani kursus fertigasi, setiap orang ada cara tersendiri kan? tepuk dada tanya selera.

sekian dari gua. jumpa di lain entry.

Saturday, August 25, 2012

tertonggeng di pagi raya

SALAM...
salam aidilfitri maaf zahir batin dan salam lebaran kepada rakan-rakan kat luar sana. macamane hari raya kengkawan semua. harapan gua moge hari raya tahun ni meninggalkan seribu kenangan manis kepada kalian semua. gua ingin ceritakan satu kisah yang terjadi di pagi hari raya...kisah ahmad dan fizi...

hari raya ke 5...ahmad bercadang ingin beraya ke rumah fizi. fizi merupakan kawan baiknya sejak sekolah lagi. setibanya ahmad di depan rumah fizi, ahmad berdiri kaku seketika. melihat rumah fizi yang sememangnya mewah. setiap sudut luar rumahnya di hias indah. itu belom dikira 2 biji kereta baru yang fizi beli untuk raya tahun ni. sebuah kereta tempatan yang ade lambang harimau berlampu LED di depan dan sebuah kereta import sporty kegilaan remaja sekarang. 

ahmad memang kagum dengan kemewahan yang dimiliki sahabatnya. ingin dia menjadi seperti fizi. tahun ini, seperti tahun-tahun lepas, ahmad hanya menyambut hari raya dengan cara amat sederhana. maklumlah, ahmad hanya bekerja kebun. 

tiba-tiba ahmad ternampak fizi sedang

Sunday, July 29, 2012

seminggu tak puase?

SALAM...
agak lama gua tak update blog ni. dah bersawang di sana sini. sudah seminggu kita menempuh bulan Ramadhan. gua rasa belum terlambat untuk gua mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka dan selamat bertrawikh kepada semua umat Islam di seluruh dunia. (macam ramai je kan yang baca blog gua ni huhu..perasan.) 

ape pengalaman yang korang hadapi sepanjang seminggu berpuase ni? gua agak letih dan kepenatan di bulan puase ni sebab kekadang kena turun padang gak ikot angkat sawit. lepas tu gua kena cari buluh nak buat pancang pokok lada gua yang tumbang sebab angin kuat. untuk pengetahuan korang, gua ade tanam pokok lada, tu gua akan cerite kemudian.

waktu siang (terutamanya waktu tengahari) di bulan puase ni mesti kite teringin nak beli juadah berbuka macam2 kan? tapi aku sejak awal Ramadhan sampai la sekarang ni, gua cume nak minum air jarang/air kosong je mase berbuka. ntah kenapa, gua dah kurang minum air manis. bila berbuka dapat kurma 3 biji dengan sky juice 2 cawan pon gua dah lega. 

gua harap bulan puasa tahun ni membawa makna kepada kita semua. kalau sebelum ni kita masokkan seringgit kat tabung mesjid, ape kate bulan puase ni kita masokkan dua ringgit pulak. nak lagi bagus, kita pergi cari mereka yang susah dan bantu mereka. sekadar cadangan.....SALAM

Tuesday, June 5, 2012

kata dia, gua muflis kat akhirat nanti

SALAM...
agak lama gua tak mengupdate blog gua ni. maafkan gua kalau gua lama menyepi tapi apedehal, bukan ada orang yang baca blog berlatarkan warna putih dan plain macam blog gua ni. pembaca kan suka blog yang dihias indah dengan bunga-bunga dan lagu-lagu awan nano...

cakap pasal putih. orang selalu kaitkan warna putih itu dengan kebersihan dan kesucian. begitu juga dengan sifat seseorang manusia. bila kita lihat mereka itu putih dan cantik maka terlintas lah dalam hati kita yang mereka itu baik. bila lihat mereka ber@#@^ besar, mula menjeling miang padahal span je tebal. bila lihat penampilan mereka bertudung berkopiah, menambahkan lagi keyakinan dalam hati kita yang mereka itu orang baik-baik. gua tak nafikan ini semua. memang ada di antara mereka ini berpenampilan 'baik' kerana mereka ikhlas dan terbit dari dalam hati mereka sendiri tanpa dipaksa.

TETAPI, gua juga tak nafikan

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan