nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, November 6, 2012

3 model HOT ini bergambar di kebun cili fertigasi gua

SALAM...
selamat pagi kengkawan semua. macamane keadaan kampung korang? semua sedia maklum sekarang ni musim hujan jadi gua nasihatkan korang berhati-hati. jangan dok bawak kenderaan laju-laju. kang bile ada kecemasan dah susah nak brek. mane la tau tetiba bapak babi dok melintas jalan tengah-tengah hujan ni, tak sempat korang nak brek.

gambar 1: keadaan kebun cili fertigasi gua tatkala hujan lebat.

Sejak dua menjak tiga menjak ni gua memang tak berkesempatan untuk melawat kebun cili fertigasi gua. maklumlah, kerja 'full time' gua ni dah tersedia banyak, jadi yang part time (kebun cili) gua mintak tolong kawan gua si Iwan Gondol tolong jagakan kebun gua yang sekangkang kera tu. semalam gua mintak tolong dia petikkan cili sebab ade pelanggan dah tempah. tengah dia petik, tiba-tiba datang 3 orang model HOT. mau bergambar katenye. memandangkan waktu itu hujan lebat, maka Iwan teruja lah nak ambik gambar 3 orang model hot ni. layan gambar diorang kat bawah ni.

Sunday, October 21, 2012

fertigasi cili: cabaran yang telah gua hadapi (bahagian 1)

SALAM sejahtera kepada kengkawan semua terutama kepada pembaca setia blog gua dan peng'like'/pengomen setia facebook gua. walaupon gua hanya berkelulusan SPM dan bekerja kampung, korang tetap sokong gua. terima kasih gua ucapkan.

Bermulalah kisah di mana suatu hari tengah gua kerja, telefon berdering, gua pon tak kenal sape. pakcik tu dapat nombor gua dari kawan gua. dia kata dia dah tua, penat nak usahakan sawit. jadi dia nak tanam lada 1000 pokok. gua bagitau dia terang-terang yang gua tak berani nak tolong. gua perkenalkan dia kepada kawan gua yang lagi lama dalam bidang fertigasi ni. gua pon bermula dengan 200 pokok. gua mula usahakan fertigasi cili ni dari Mei 2012 dan sekarang 21 Oktober 2012. belom setahun. jadi gua belum layak untuk beri tunjuk ajar kepada sesiapa.

sepanjang hampir 6 bulan gua usahakan fertigasi cili ni. macam-macam cabaran yang gua hadapi,

Diri Sendiri (Malas/hangat2 taik ayam)
ni merupakan cabaran paling utama. Ya! diri sendiri. kalau diri sendiri tu malas, memang tak jadi ape la jawabnya. masa mula-mula gua jalankan fertigasi cili ni, ada sesetengah rakan memberitahu yang sistem fertigasi cili ini tidak memerlukan penjagaan yang kerap. cukup sekadar datang ke tapak projek 3 kali sehari. 

amboi2. siapa kata? kalau sendiri belum cuba, belum terbukti kan? untuk pengetahuan semua, bila kita lakukan projek fertigasi cili ni, kita perlu sentiasa datang ke tapak projek tersebut. nak menjaga cili ni bukan senang. ibarat kita menjaga bayi. BENAR!. walaupun gua buat projek ni secara sambilan, paling tidak, 1 hari sekali gua kena datang tengok anak-anak gua ni. mungkin disebabkan projek gua ni projek tidak berbumbung, maka agak leceh penjagaannya, mungkin juga. tapi terpulang pada setiap individu bagaimana mahu memulakan projek fertigasi cili ni. gua tak pergi kursus, gua hentam je buat.


sebab tu gua tak berani nak buat sampai 1000 pokok. gua takut tak terjaga, nanti gua putus asa. gua tak mahu la gua dikata hangat-hangat tahi ayam (gua sendiri pun tak tau tahi ayam tu hangat ke tak). gua sendiri bermula dengan 200 pokok. bila gua rasa gua mampu nak jaga, gua tambah lagi 200. sekarang ni gua dalam proses menambah lagi jumlah pokok cili. tak salah kalau kita buat sikit dahulu. gua ada dengar kisah ada sorang kawan tu buat projek cili fertigasi menelan kos 20 ribu lebih, tapi

Wednesday, October 10, 2012

fertigasi cili: semai cili jadi lada besar

SALAM...
apa khabar kengkawan semua. harap sihat. baru-baru ni kita dikejutkan dengan penurunan mendadak harga sawit. daripada harga RM600...RM500 satu tan..sekarang harian sudah RM350 satu tan. maka kelam kabutlah mereka yang telah membeli kenderaan baru, baju baru, sofa baru, kerusi baru semasa raya yang lepas. apa-apa pun gua harap kita tetap bersyukur kerana sawit masih lagi laku. cuma cara berbelanja sahaja kita kena kawal. kalau susah sangat nak kawal, cuba beli buku ni, Rancang Wang Dari Sekarang karangan Pakdi. 

gambar 1: keadaan benih yang gua semai. memang nampak sangat tak pergi kursus kan?

berbalik pada tajuk utama, gua nak cerita pengalaman gua yang menyemai pokok cili tapi akhirnya menjadi pokok lada besar. pelik kan bunyi nya. hehe. saje je gua nak bagi gempak. sebenarnya ni merupakan kesilapan gua sendiri. alkisahnya begini. bulan lepas kalau tak silap, gua beli benih lada besar. gua letak la kat tapak semai tu 1 lobang 4 biji benih. dekat seminggu gua tengok takde tumbuh pape. gua jadi geram. tak jadi ke ape. kebetulan gua ade buat benih cili sendiri. senang je. gua cari cili merah, gua amek biji-bijinya. tapi kalau nak buat tu kena tahan pedas la tangan tu. gua pernah terkena, mase tangan pedas tu tetibe gua rase nak terberak. lepas berak gua

Tuesday, September 25, 2012

fertigasi cili: gambar pokok cili membesar


SALAM...kat sini gua nak berkongsi dengan kengkawan semua gambar-gambar pokok ci;i gua yang mula membesar. tak sangka gua dah dekat 5 bulan gua membela diorang ni. dah macam baby pon ada. perlu dibelai-belai, kalau salah belai maka merajuklah pokok cili ni. boleh bantut tau. kat atas ni gambar tatkala mereka mula mengeluarkan hasil. hasil pertama kalau korang tengok buahnya, besar-besar, tapi kat gambar ni dah takde yang besar sebab

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan