Maaf dipohon kepada rakan2 kerana telah terlalu lama saya tidak mengupdate blog yg tidak seberapa ini. Minggu lepas saya berada di rumah saudara untuk beberapa hari...kemudian setelah pulang ke rumah, saya menguruskan kebun2 milik ayah saya. Ayah membawa 2 pekerja indonesianya meracun, saya pula bersama 2 org lagi pergi membaja. Pekerjaan membaja pokok sawit ni mmglah mudah kerana saya menggunakan baja tabur tetapi bilangan kebun yg agak banyak membuatkan saya benar2 letih dan tiada mood untuk online..maaf yer kawan2....
Seronok bekerja dengan pekerja indonesia ni, banyak pengalaman yang mereka kongsikan dengan saya.
Ketika sedang membawa lori ke kebun ayah, kami berborak dan salah seorang daripada pekerja indonesia ini memberitahu bahawa di Malaysia ini senang, banyak mesin, nak bersihkan kebun pun senang. Di indonesia kebanyakanya menggunakan cangkul dan kapak untuk membersihkan kebun2. Mungkin kata2 itu terkeluar kerana dalam perjalanan ke kebun ayahku, kelihatan kebun2 yang semak tidak terjaga. Mereka memberitahu jika diberikan kepada mereka, insyaALLAH mereka akan kerjakan sehabis baik.
Walaupun saya yang mengupah mereka, tetapi saya tetap turun padang membantu mereka membaja kebun. Saya lebih suka bekerja kampung kerana inilah darah saya. Walaupun penat, saya merasa sangat tenang kerana dapat menghirup udara kebun yang menghijau yang tidak terdapat di kebanyakan bandar2 besar yang kononya membangun tetapi tidak mementingkan sistem ekologi kita. Ya tuhan...nikmatnya.
Dalam masa 3 hari, 15 kebun berjaya dibaja. Alhamdulillah, walaupun kawasan setiap kebun agak luas, kami berjaya menyiapkan tugas kami. pekerja indonesia ku memberitahu, kita kena siapkan kerja sehabis baik kerana tujuan mereka ke Malaysia adalah untuk berkerja, mencari rezeki yang berkat dan halal.
Baru aku faham mengapa ramai majikan mengambil pekerja indonesia untuk bekerja bersama mereka. Mereka tidak memilih gaji dan pekerjaan, apa yang penting rezeki yang halal dan dapat menampung hidup mereka dan keluarga mereka di seberang sana...
Tidak kiralah siapa kita...indonesia...malaysia...myanmar...thailand...apa jua...lakukanlah sesuatu itu dengan ikhlas....

Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)
Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.
3 comments:
trima kasih krn memahami jiwa warga indonesia...sebenarnye x sume org2 indonesia tue bermasalah...dont prejudice...
sejak 1997 sy sering ke indonesia..last skali thn 2006...insyallah tahun nie sy ke sana laie...antara artikel sy de related ngan indonesia de sy tulih dlm blog iskandar :
1.bunga edelweiss.
2.negara seberang.
iyup..sronok tlong ayh kt ldng klpa swit..dr sg..ayh ckp prit..tp BC ckp sungai.. sbb parit die mcm sungai..bley mancing..ske time baja c0z, tabur2 je keliling pkok..angkt buah pkai krte sorong, advnture sbb jln xrata..huhu~ tp BC cme mrse smpai form 3 je c0z, pkok dh tinggi, ayh pn dh upah org Indonesia..ayh xlarat..hoho~
to nagaliar: wah..kerap ke sane yer???nak mencari org disane ke??huhuhu....mereka ni same je ngan kita...tp kan...org indonesia ni lg rajin kn??
to BC: wah BC...bleh keje ngan sayer ye...huuhu...jd akauntan ke....pastu kalau time cuti leh g kebun...kn?kn??...guwau je...anyway baguslah tlg family...nnti kalau diorang dh takde...hm....haihhh
Post a Comment