nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, July 11, 2011

papa mama bawah umur

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi (dah nak tengahari dah) semua. hari ni aku tak dapat berbasikal kerana dengan tiba-tiba kemalasan melanda diri. tidak mengapa,insyaallah esok masih ada...mungkin. 

pagi tadi tengah aku mengelamun sambil tangan di dalam boxer,aku teringat kawan aku bercerita mengenai bebudak yang dok syok bercouple di zaman sekarang. tergelak sendiri aku bila teringat balik. kawan aku cerita kat aku kisah adik perempuan dia yang dah berkapel dengan seorang balak yang bukan berkulit hitam mahupun berkulit putih. adik dia ni suka letak henfon nokia 3310 kat merata-rata. 1 hari tu mesej masok dan kawan aku ni yang memang gatal tangan nya (mungkin akibat aktiviti di tandas) pun menekan punat "buka". dia membaca mesej sambil mata terbeliak dan hidung kembang. dalam mesej tu mereka ber'mama' dan ber'papa'. kadang-kadang ber'hubby' dan ber'mummy'. ade juga mesej yang ber'sayang' dan ber'love'. tiada panggilan nama apatah lagi 'kau' 'aku' sesama mereka.

sumber gambar: google

alangkah indahnya hidup berkapel. bermacam-macam panggilan manja diluahkan. walaupon mereka ini masih di bawah umur,tapi sudah pandai menyusun kata. tak seperti aku. nak buat camne. otak aku ini agak bebal untuk bermadah. atau sebab aku dikelilingi mereka yang tak romantik? sebelum berkapel  dan setelah mendirikan rumah tangga pun mereka masih mereka ber'kau' 'aku',ber'abang',dan kebanyakan nye memanggil nama timangan saja. contoh,"hakim sihat?","hakim kurang sehat la iliayana,semalam panjat gunung,tetibe demam". walaupun mereka ini tidak seromantik 'papa dan mama bawah umur' itu,mereka tetap bahagia dikelilingi anak cucu cicit...seterusnye aku lupe,oneng-oneng mungkin.


ahhh banyak sangat aku menaip,aku tidak suka menaip panjang sebab aku tahu korang akan bosan membaca cerpen mahupun karangan. aku tahu sebab aku seperti kamu juga. malas membaca. pada aku,romantik,tak romantik,kurang penting. yang penting kita hendaklah ....................................................(sila isi tempat kosong tak lebih dari 10 patah perkataan) sekian.

6 comments:

Anonymous said...

tgn didalam boxer???

Lea Isnawi said...

yang penting setia :)

ANDAIANNYA said...

setia.....

Sya_Merpati Putih 88 said...

biaselah tue..panggilan manje tue romatik katenye..

SN said...

bdk2 skrg mmg,advance amat.. -_-

kaizen said...

jwpn isi tmpt kosong

niat adalah segalanya

latest entry Bila menderma biar ikhlas... & Urban-or-Disaster

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan