nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Wednesday, July 6, 2011

hadis palsu mengenai bulan Syaaban

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. sunyi sepi blog ni tanpa cerita baru. maaflah. banyak bende kene buat. mungkin aku tak pandai membahagikan masa sampai terabai blog ni. jangan salah kan masa. tuhan dah bagi 24 jam sehari. diri kita ni yang kena pandai bahagikan masa tu sendiri. hari ni aku nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai hadis palsu mengenai bulan syaaban. terima kasih kepada cikgu hakim.
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98 

1 comment:

You-Know-Who said...

Thanks 4 da info!!!!

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan