nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Tuesday, July 26, 2011

aku nak pinjam duit,bulan depan aku bayar...kot

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kengkawan semua. dah sarapan? jangan ngengada nak berdiet. kalau diet dengan betul takpelah gak. susah senang,pahit manis, memang sentiasa akan kita alami,setiap hari. itulah namanya dugaan dan nikmat diberi oleh tuhan untuk melihat sejauh mane kekuatan kita dan adakah kita selalu ingat kat DIA. pernah tak kita alami situasi ini?

Wak Laseng sedang berehat di serambi rumahnya setelah kepenatan membersihkan kebun kelapa sawit. sedang dia mengelamun mengenangkan nasib harga sawit yag semakin lama semakin jatuh,tetiba dia mendapat SMS. "tet..tet..tet", "eh sape la yang bagi SMS ni. awek lame aku kot. eh?? takde name,nombor sape la pulak ni". dia menekan butang 'read'. SMS berbunyi,"hoi wak,pekabo?lme xjmpe,2 tahun kan.sehat?aku la zamri.ak nk mntk tlg ni.ak nk pnjm duit RM2000. tlgla,aku nak buat bisnes la.bulan depan aku bayor". dalam hati Wak Laseng berbisik,"dah le tak bagi salam,hantar mesej pendek-pendek,ni nak pinjam duit pulak..hmm..kawan-kawan,bagi jela"

****Wak Laseng pon pergi ke mesin cash deposit dan bank in duit ke akaun Zamri****
****sebulan berlalu****
****dua bulan berlalu****
****setahun berlalu****

Wak Laseng dengan penuh kesabaran bertanya kepada Zamri akan hutangnya yang masih belum dilunaskan. tetapi Zamri tetap memberi alasan yang macam-macam.......

****bulan berikutnya Wak Laseng mendapat berita yang Zamri meninggal dunia dalam kemalangan ngeri ketika sedang memandu Ferrari****

2 comments:

Munna said...

meluat btul org mcm ni..tahu lah azabnya kalau mati dlm keadaan masih bhutang yg tak dihalalkan.

azwa amani said...

kalau amani, dia lambat bayar mesti ada sebab, kalau dah lama sangat, amani halalkan jerr... malas lah nak pikir2, nanti kat akhirat dia merangkak-rangkak cari kiter nak minta halalkan...kan kesian tu...kita tolong org, nanti org tolong kita pula...mane tahu ada yg tak halal kita buat kat dia, pinjam hanger baju tak pulang ke, terminum seteguk air dia ke.... so halalkan jerr...time mandi, terlupa ubat gigi habis, ambil die punya secalit ke...heeeeehehee,...sekadar pandangan

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan