nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, February 9, 2009

hadiahkan alfatihah kepada sepupuku yang telah meninggal dunia

semalam 7/2/2009....hari menyedihkan buat keluarga sebelah ayahku,tengahari semalam, aku sedang sibuk melayan customer, tiba2 ayah aku datang dan menyuruh semua ahli keluargaku, atuk nenek, dan pakcik makcik bersiap utk ke KL..ayah tak beritahu ape sebabnye. Ayah berjumpa ku, die menyuruhku jage ofis dia, yang lain semua akan gerak ke KL kerana....sepupu ku mohd izy, terlantar di wad. Aku terkejut. Bila semua dah gerak, tinggal aku bersama ayahku. Kami akan berangkat setelah ofis tutup.

Ayah memberitahuku, sepupuku izy...telah kembali ke rahmatullah......YA ALLAH.....baru 2 minggu lepas aku menemuinya, aku melawat dia di KL, kerana dia memperkenalkn aku dengan hobi baru, drift car control, kami bermain bersama2...ya tuhan, tetapi air mataku tak mengalir, aku bertahan. Untuk pengetahuan rakan2, beberapa hari lepas, aku mimpi.....

aku berada di tanah kubur, ramai org dtg ke rumah, salah seorg dari keluargaku meninggal tetapi aku tak dpt lihat dengan mukanya, bila aku bangun dari tidur...aku tersedu2, seperti menangis, mimpi tu masih segar dlm ingatan aku, tapi entahlah...mungkin itu hanya mainan tidur ataupun petanda, aku pun tak tahu.

malam tadi..aku tutup ofis pukul 8 kerana ramai orang yang hantar sawit hari semalam, nasib baik pekerja2 ku faham keadaanku. aku pun tak berapa sehat tp aku gagahkan diri untuk ke KL. pkl 9 aku bertolak, smpai di sana pkl 11, arwah dikebumikan pkl 10...ya tuhan...tak dapat aku tatap wajahnya buat kali terakhir. Makcik ku sugul, kosong, dahulu, arwah suaminya meninggal kerana kemalangan, kini, anak keduanya pula. Bila dia turun dari van(baru balik dr tanah perkuburan), aku memeluknya, tak semena2 air mata ku yg selama ni aku tahan, akhirnya jatuh, begitu juga dengan makcik ku. ya tuhan....

aku pulang pkl 1.30 pg kerana hari ni aku buka ofis, sekali lagi aku kesorangan, sekarang, aku sedang menaip, untuk meminta belas ihsan rakan2..menghadiahkan ak-fatihah ke atas sepupu ku, izy bin md tap. Semoga rohnya di tempatkn di kalangan orang2 yang soleh. Semoga isterinya tabah menghadapi dugaan, begitu juga anaknya yang berusia baru beberapa bulan.

Izy, aku sayangkan kau, maafkan salah silapku, kau banyak membantu ku, teringat aku, kau sakat aku, kita bergurau2, aku sayang kau izy, kau anak yang baik, jika rakan2 hendak tahu, dia seorang anak yang sangat baik, setelah bekerja, dia membantu ibunya membuat kuih, pada hari sebelum kejadian, die seperti biasa, tidak cukup tidur. semasa pulang dari tempat kerja pukul 7...mungkin dia mengelak sesuatu, motornya tidak rosak teruk, tetapi izy.....hati, buah pinggang, pundi kencing, pecah.....nenek ku beritahu padaku....muka arwah ada sedikit lebam di mata...tetapi mukanya bersih sangat2............ya tuhan ...tabahkan hatiku...tempatkan Izy dikalangan orang2 yang soleh...dia seorg anak yang baik....

harap pembaca tidak tersalah erti dengan artikel kali ini...aku tak boleh selalu menangis, sebab itu aku luahkan isi hatiku...di blog ini....terime kasih kerana sudi membaca..........

2 comments:

Lea Isnawi said...

al-fatihah...
sabar ek y...
arwah meninggal coz kemalangan ker???
btw..jgn sedih2 yer..
n jaga kesehatan jugak..
xmo la y sakit ok..
take care

aShaBuLz said...

alfatihah buat arwah..

kuatkan semangat ko y..yang pergi tetap kan pergi..

wish u all the best..

amin..

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan