nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, February 15, 2009

harga sawit naik


Hari ini seperti biasa saya akan membaca berita harian bahagaian ekonomi untuk melihat harga minyak sawit. Alhamdulillah, harga minyak sawit semakin kukuh dan meningkat dari semasa ke semasa. Lalu aku membuat sedikit kira2 untuk menentukan harga belian harian dan aku naikkan harga sawit jepada 300 se tan, semoga ini dapat meringankan beban penduduk kampung.

Tetapi ada perkara yang lebih merisaukan, keadaan cuaca yang tak menentu, menyebabkan pengeluaran kelapa sawit berkurangan. Sudah beberapa hari hujan tidak singgah di kampung saya dan sememangnya bukan sahaja di kampung saya, malah tempat lain juga begitu. Saya sempat berborak dengan orang2 kampung di kawasan lain di sekitar Batu Pahat dan Muar, nampaknya mereka juga risau keadaan cuaca sekarang. Ada sesetengah kebun mereka terbakar dek kerana cuaca sekarang yang teramat panas.

Mungkin ini ujian dari DIA. Kita sama2lah berdoa agar pintu rezeki tidak tertutup. aminnn....

3 comments:

Hanisah Ishak M.D said...

alhamdulillah akhirnya harga sawit naik.

berita baik utk ayah aku juga.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. kiter pun risau.. ayah wat sait gak.. kemarau kan skrg.. ari2 kena siram pokok...

Singgah2 di blog kiter.. ble la ajarkn bhs Jawa.. hehe

irwanmiswan said...

yup...sekurang2nya sawit masih laku...:-)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan