nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, July 29, 2010

skim cepat kaye tumbang - credit to sinar harian

salam kengkawan hope sehat2 belake..dh bgn tu teros mndi..bru sarapan haha...jgn le plak kowang mkn nasi lemak lauk air liur basi huhuhu

anyway sesape yg bace surat kabo ari ni mesti taw kn. kisah skim cepat kaye ni. aku takmau la ckp banyak2. bukan ape. aku ni bukan mahir sgt nak menaip2 ni. tangan pon menggeletar je ni haa..maklumla....jarang menaip huhu. kalo kowang terdetik nk kerje or join ngan mane2 company, pastikn company tu betul,kerje nye betul. jangan maen redah je,berani tak bertempat.huhuhu.

ayah aku selalu pesan,



bukan senang nak senang,kene lalui mcm2 dugaan....

ingt,jgn terpedaye ngan kete2 mewah,ingatan ni untuk aku jugak. tapi eh...kalo kowang nk taw, kete yg lame2 lagi org pndang. cayerla. diorng akn kagum bile tgk kite bawak keta2 lame ni (tp yg dh disolek ler) huhuhu.....

semakin lame semakin berharge..... :-)



Skim cepat kaya tumbang

KUALA LUMPUR - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sindiket yang meminta pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.:

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap ‘higher level’ atau ‘upline’ dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ‘mengumpan’ orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

“Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai ‘downline’ bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Menurutnya, bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah ‘down line’ yang disasarkan.

Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan ‘upline’ bagi membincangkan perniagaan mereka. - Bernama

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan