Gua pun tak tau nak letak tajuk apa untuk entry kali ni. Salah satu cara untuk menarik minat pembaca untuk membaca blog kita adalah dengan meletakkan tajuk-tajuk yang cambest, yang akan membuat pembaca tertanya-tanya apakah yang akan disampaikan oleh penulis. tak caye? cube tanya Dato' Ben Ashaari. Tapi ada sesetengah penulis yang meletakkan tajuk yang panas dan berunsur kelucahan dan sememangnya entry tu pun berbaur lucah. Dulu, gua akui, gua ada letak sesetengah entry gua berbaur ala-ala lucah. Tapi bila fikir, segan gua. mane la tau kalau mak gua baca.
Tapi entry kali ni bukan gua nak bagi nasihat, tidak sekali-kali sebab gua pun bukan baik bebenor. Tadi petang mase kat kebun, sambil gua dok betul-betulkan pokok kacang panjang gua, gua beborak dengan kawan gua. Dia ni rajen datang jenguk gua kat kebun lada + kacang panjang gua tu. Petang tadi, semasa beborak, kitorang banyak menyentuh pasal projek dia. Dia ni merupakan kawan gua, sedare gua, dan juga seorang jurugambar. Orang kampung memanggilnya Apeng. dulu, masa dia mula-mula nak beli kamera DSLR (yang menjadi kegilaan remaja masa kini), gua berpesan kat dia, "kamera mahal gila tu boleh ko beli tapi lagi elok kalau dibuat untuk carik duit".
Tak taulah dia tu ikot kata gua atau dia memang nak beli kamera tu sebab nak cari duit, apa yang penting, sekarang, dia dah mula mengorak langkah, sedikit demi sedikit dia maju ke depan. Kat mane je ade majlis perkahwinan atau majlis rumah terbuka, beliau pasti dijemput untuk mengambil gambar. Oleh kerana minat yang mendalam, dia sanggup menghadiri kelas-kelas teori mahupun praktikal. nak asah skill katanya.
Bila tengok dia, gua lebih faham, minat yang mendalam dalam sesuatu bidang dicampur usaha yang keras maka hasilnya amatlah lumayan. Sape sangka dari hobi, boleh mendatangkan rezeki. Percaya atau tidak, kawan gua si Apeng ni bertemu jodoh dan telah bertunang dengan seorang gadis sekampung bernama Nilam. nak tau macamane cinta mereka boleh bertaut? apabila masing-masing minat dalam bidang yang sama dan mereka kerap bekerjasama dalam bidang fotografi ni maka cinta pun berputik, indahnya...semoge kekal ke jinjang pelamin seterusnya berbahagia ke akhir hayat...
Tapi, jangan salah sangka, ini hanyalah sekadar contoh. Kalau kengkawan nak beli kamera DSLR cek non (Canon) tu pun takde masalah punya. Kawan gua ni sendiri ni bagitau yang dia ada kawan yang berhabis beratus ribu dalam arena fotografi. Beli lens itu ini, beli kamera itu ini. Itu terpulang, korang yang rancang kewangan korang sendiri. Ada orang berhabis duit kerana minat yang mendalam terhadap sesuatu. Tapi jangan pula minat kat bende yang bukan-bukan seperti mengumpul koleksi patung ehem2 mahupon mengumpul bahan bacaan ehem2.
Sebelum tidur, fikir sejenak, apa minat kita...kalau boleh memberi faedah dan mendatangkan duit, lagi bagus. bukan gua mata duitan, tapi gua rasa korang paham apa yang gua maksudkan kan?
Sebelum tidur, fikir sejenak, apa minat kita...kalau boleh memberi faedah dan mendatangkan duit, lagi bagus. bukan gua mata duitan, tapi gua rasa korang paham apa yang gua maksudkan kan?
Kalau nak tahu, dulu, gua pun ada minat jugak. Tapi sekarang dah berhenti dari minat gua tu sebab sekarang gua dah galas macam-macam tanggungjawab. Gua pun terdetik rasa menyesal jugak berhabis duit untuk minat gua tu. Sebab tu sekarang gua kerja keras, nak cari balik duit yang gua bazirkan. Nak tau ape minat gua tu? boleh ke sini.
sekian dulu nukilan gua hari ni. salah silap gua mohon maaf.
3/9/2012, 10:58PM, gua dah ngantuk, tapi banyak kerja perlu dibuat. jom teman gua...
1 comment:
da lama tak mai cni...akak nih ada minat jugak...tapi tulah, tak perlu modal pon, sb modal dah ada depan mata..taip je ari2. tp apa nak kata, idea nih bukan leh dibenih2 pon kan, jd terkadang terbantut jua...huhuhu...
akak minat, mengarang, melukis, mereka cipta benda yg tak pasti, vengong tak ayat...kekke
Post a Comment