nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Saturday, January 4, 2014

fertigasi cili: bermulanya...projek cili di Tapak A

Selamat Tengahari kengkawan semua...
Hari ni aku tergerak nak update mengenai projek cili di tapak A yang telah agak lama aku tinggalkan. Untuk pengetahuan semua, aku telah memulakan kembali projek cili di tapak A ini pada 26 Oktober 2013. Korang mesti ingat mengenai kebun cili di rumah tunang aku kan? Memandangkan majlis kitorang semakin hampir, maka aku pindahkan semua barang-barang dari tapak rumah tunang ku ke kebun ini. Aku gunakan kembali paip-paip, besi-besi dan barang-barang lain. 

Aku tahu ramai yang kata projek fertigasi ni memerlukan modal yang besar, ia, memang benar. Sebab tu aku sarankan pada sesiapa yang nak mulakan projek cili ni atau ape jua tanaman, tanya kepada mereka yang pernah buat. Terutamanya tanya kepada mereka yang gagal. Aku pun korek duit simpanan aku untuk projek fertigasi ni. Aku rasa lagi elok kalau mereka yang sebaya denganku buat projek ni daripada duit dihabiskan membuat perkara tak berfaedah. Aku tahu aku pun banyak buat perkara tak berfaedah satu waktu dahulu sebab tu aku jadikan pertanian ni hobi aku. Pengalaman dapat, hasil dapat, duit pun dapat, kan?

Okey, kat bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan korang. Sejujurnya apa yang aku coret di blog ni sekadar pengalaman aku. Aku pun masih belajar jadi mungkin korang akan nampak kebun aku tak tersusun, cara aku tak berapa nak sistematik.



Friday, December 27, 2013

Dugaan si bapa dan 4 orang anak comel (kisah benar)

Selamat pagi kengkawan semua..
Maaflah sebab lama tak update blog ni. Kawan-kawan semua dah sarapan? Hari ni aku makan lempeng cecah sambal tapi aku makan separuh je. Dah beberapa hari ni memang aku agak kurang berselera untuk makan. Macam-macam masalah yang timbul dalam perniagaanku. Sampai seminggu aku terperap dalam bilik. Balik kerja je aku terus terperap kat dalam bilik. Aku rasa macam tak mampu nak hadapi dugaan ni semua. Belom bersedia nak hadapi dugaan yang berat-berat. Otak aku macam dah buntu nak fikir jalan penyelesaian. 

Hari selasa yang lepas aku mengambil kesempatan melawat bakal abang ipar aku kat hospital. Aku pergi ke bilik rehat/bilik pelawat untuk berjumpa tunang aku dan bakal mak mertua aku. Masa tu aku terlihat 4 kanak-kanak kecil. Tak kelihatan pula ibu bapanya. Oh, bapanya mandi, ibunya? Masuk dalam wad kerana penyakit strok dan buah pinggang bernanah. Astaghfirullah....

Aku tersentak. Tersedar. Terkesima. Terkejut.

gambar: Cik Pija bersama 3 daripada 4 anak yang comel, tabah, dan memahami...

Aku tengok bapa kepada kanak-kanak berumur 6 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 1 tahun (masih merangkak) ini masih muda. Umur di awal 30-an barangkali. Bekerja sebagai bomba. Ambil cuti tanpa gaji menjaga isteri di hospital. Yang aku kagum, anak-anaknya seolah-olah memahami dugaan yang dihadapi ibu bapa mereka. Langsung tidak merengek. Tak menangis. Bila bapa muda ini suruh mereka tidur, mereka baring di sekeliling bapanya. 

Bertambah terkejut lagi aku apabila mengetahui ibu mereka yang sedang sakit itu sedang mengandung. Doktor pun takut untuk memberi ubat kerana takut memberi kesan negatif pada anak di dalam kandungan. 

Bila aku fikir semula, walaupun aku hampir buntu dan pening memikirkan masalah perniagaanku, aku masih ada keluarga. Aku juga masih dikurniakan kesihatan. Pada aku, dugaan keluarga ini amat berat. Lebih berat dari dugaan yang aku hadapi. Aku cepat-cepat bangkit walaupun belum pulih sepenuhnya. 

Aku harap tuhan permudahkan urusan keluarga itu. Kuatkan hati mereka semua. Semoga anak-anaknya menjadi anak yang baik. 

Untuk aku, aku kena usaha, ikhtiar, dan berdoa...jadi lebih kuat.

Tuesday, November 26, 2013

fertigasi cili: perbezaan batang pokok (cahaya mencukupi vs kurang cahaya)

Di bawah ini adalah perbezaan batang pokok yang terdedah dengan cahaya matahari (sebelah kiri) dan kurang mendapat cahaya matahari (sebelah kanan). Sebenarnya aku bukan sengaja nak buat eksperimen ni, tetapi kebetulan ada pokok cili yang aku tanam tu letaknya di bawah pokok bunga kertas. Memang tempatnya tak kena cahaya matahari langsung dan kat bawah ni lah hasilnya. 

Mesti korang masih ingat masa kita belajar sains masa sekolah dulu? Tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan. Apa nama prosesnya tu...alaaa....lupa pulak..haa...fotosintesis. Jadi bila tak kena cahaya matahari, macamane tumbuhan nak buat makanan? Ni kira pengajaran untuk aku jugak. Aku ada gak nampak orang tanam pokok cili ni kat bawah pokok sawit, pokok durian. Itu terpulang masing-masing tapi kena pastikan pokok cili ni mendapat cahaya yang mencukupi untuk membuat makanan seterusnya menghasilkan cili yang segar. Sekian.


fertigasi cili: umur 8 bulan, tiba masa untuk dicabut

24/10/2013, 6:00 PM
Sudah 8 bulan ku jaga, tiba masa untuk dicabut. Pada awalnya tanam 500 pokok tetapi ketika negara dilanda jerebu tebal, banyak yang terkorban dan hanya 376 pokok sahaja yang masih bertahan. Hasil yang dicatat adalah lebih kurang 550kg. Kesilapan aku pada kali ini adalah tanam terlalu rapat, tidak mengikut jarak yang sesuai. Sepatutnya 4 kaki x 2 kaki tapi aku buat 3 kaki x 2 kaki. Kesannya, kerja meracun serangga agak susah dan kerja memetik amat menyulitkan. Masalah ini akan aku cuba atasi untuk tanaman akan datang. Terima kasih kepada yang masih menyokong dan sudi memberi idea walaupun tanaman aku ini tidak banyak.

Terima kasih juga kepada keluarga bakal mertua kerana mengizinkan aku menumpang menanam cili di kawasan rumah mereka dan terima kasih tak terhingga kerana membantu aku memantau pokok pokok cili yang aku tanam di situ.


popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan