nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, February 17, 2013

Kisah Benar syiling 50 sen


Bismillah,
Selamat Beristirahat di hari minggu kepada kengkawan semua. Hari ni aku ingin berkongsi kisah benar mengenai duit 50 sen. YA! 50 sen yang kadangkala kita rasa tak berharga. Kenapa? Kalau 50 sen tu berharga, sudah tentu kita banyakkan bersedekah. Kan? Lagipun sekarang, pernahkah kita membeli minuman di sekolah dengan harge 50 sen? nasi lemak sambal telur 50 sen? Pau kaya 50 sen? Mamee sambal mungkin dapat kot? Kisah ini diceritakan sendiri oleh Cikgu Azrul di laman facebooknya dan ia telah menjadi motivasi kepada insan yang sentiasa lupa dengan nikmat dunia. Terima kasih kepada Cikgu Azrul atas perkongsian ini. Semoga cikgu dapat berkongsi lebih banyak lagi kisah-kisah teladan untuk tatapan kita bersama. Bermulalah kisah...

sumber gambar: facebook cikgu azrul

Kringggg.. 
Terima kasih cikgu!!!
semua pelajar beredar ke kantin tetapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat. "Awak tak rehat ke Alif?" Ujar saya kepada pelajar ini. "Tak cikgu." Jawab alif ringkas.

"Kenapa alif tak rehat?"

Jawab alif, "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la saya cikgu kalau beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi, saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya pergi kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu." Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya. 

Saya tanya lg, "kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?" 

"Owh...hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh! macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengah pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? 

"Pencetus Inspirasi Usahawan"
Al Syifa Business Centre
Taman Universiti, Skudai.

1 comment:

Nadia Johari said...

nad pun de post psl entry ni

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan