Bismillah...
Selamat pagi kengkawan semua. Harap semua sihat. Musim hujan ni jalan agak licin jadi memandulah dengan berhati-hati. Hari ni aku nak kongsi sebuah cerita yang cukup bermotivasi. Seorang lelaki bernama Peng Shuilin berumur 37 tahun yang kehilangan separuh badannya akibat kemalangan dengan sebuah trak. Walaupun kehilangan separuh daripada badannya, dia tetap berusaha untuk hidup. Bukan untuk hidup sahaja, malah untuk hidup berdikari. Mempunyai sebuah pasaraya murah sendiri.
gambar lelaki berbadan separuh. sumber gambar: http://www.islamitusuci.com/
Tidakkah kita tercabar dengan kisah sebegini. Para graduan yang menganggur, jangan mengalah. Selagi tiada kerja tetap, carilah kerja sampingan untuk menampung hidup. Bukan graduan yang menganggur sahaja, malah mereka yang tidak bekerja perlu berusaha berdikari mencari rezeki. Jangan mengharapkan orang yang memberikan duit pada kita. Walaupun aku sudah bekerja, aku tetap rasa tertampar. Kerana apa? Kerana orang yang berbadan separuh ni, yang hampir kehilangan nyawa, boleh bangkit dan membuka pasaraya sendiri, jadi aku yang sihat dan cukup tubuh badan ni perlu melakukan lebih dari itu.
Kisah ini aku baca di http://www.islamitusuci.com/
Islam Itu Suci - Lelaki Berbadan Separuh Tetapi Masih Hidup
ita sebagai manusia perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika Allah mahu tarik nikmat, bila-bila masa sahaja Dia boleh melakukan perkara itu terhadap hambaNya. Ia terjadi kepada seorang lelaki bernama Peng Shuilin. Dirinya ini telah kehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak. Tetapi dia tidak pernah berputus asa! Proses pemulihan yang beliau jalani telah mengagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahun menjalani satu siri pembedahan.
Naib presiden hospital di mana ini lelaki China berusia 37 tahun telah dirawat berkata: “Dia amat mengagumkan dan satu-satunya orang di dunia untuk terus hidup setelah sekian banyak daripada badannya dipotong.” Dia menjalani kehidupan dengan baik sekarang dan telah membuka sebuah pasaraya murah sendiri – yang dipanggil ‘Pasaraya Separuh Manusia Separuh Harga’. Itu luar biasa.
1 comment:
tidak boleh putus asa
Post a Comment