nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, February 4, 2013

Pengalaman menunggang Kawasaki Versys dan ER6N. (Kawasaki Versys vs ER6N)

Bismillah,
Selamat tengahari kengkawan semua. Maaflah lama tidak menghupdate blog. Banyak kerja nak buat di samping mood yang kejap ada dan kejap takda. Kadang masa melabur di jamban, ada idea, keluar jamban, idea hilang. Nampaknya lepas ni aku kenalah bawak pen dan kertas mase melabur huhu. OKLAH, ade ke cerita pasal melabur dalam jamban. Ingat tak dulu aku ade buat entry pasal Yamaha XJ6 600cc? Kali ni, aku nak ceritakan pengalaman aku menunggang motosikal Kawasaki Versys dan ER6N untuk tatapan semua. 

ERMMM...aku dah agak mesti ada yang terbeliak mata dan menggaru kepala yang tak gatal kan? Entah bila masa pulak aku beli motor besor harge sebijik kereta tu. (Bila aku tengok kat internet, harga yang second hand pon dah RM30 ribu lebih)  HEHE. Memang aku tak beli, dan memang aku tak pernah bawak. Aku pernah bawak CBR1000 tu pun pinjam. Dan sememangnya aku kurang minat motor superbike yang memakse aku untuk membongkok. Kurang selesa. Aku sukakan motor yang rileks. Naked bike kalau tak silap. kan? Kalau aku salah, tolong betulkan, aku memang kurang arif bab2 motor ni. 

Nak dipendekkan cerita, aku telah jatuh hati kat Kawasaki Versys ni. Tetapi memandangkan sekarang aku tengah kukuhkan ekonomi diri dan dalam proses mengumpul duit mau kawin, maka aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk memiliki motor ini. Aku memang ade angan-angan nak round 1 Malaysia naik motor. Tapi mungkin aku akan ride dengan motor Lagenda aku tu je hehe. 

Aku telah mendapat info dari http://www.tayargolek.com/ mengenai perbezaan Kawasaki Versys dan ER6N ni. Di bawah ini adalah petikan dari entry tayargolek.com dan ia adalah pengalaman penulis tayargolek sendiri. sebarang pertanyaan boleh la ke blog beliau. Aku hanya ingin berkongsi sebab aku yakin, ada antara kengkawan yang ingin memiliki motor besar. Aku ni lesen B full ade tapi motor besar pon takdak huhu. Takpelah, bile dah kukuh ekonomi diri nanti, insyaallah, akan ku angkat sebiji. Tapi sebiji motor ape tu belom tahu lagi la kan. Buat mase ni Versys...Ape-ape pun tengok duit poket dan tengok duit dalam akaun . Ukur baju badan sendiri. Semoge impian kalian tercapai.

Petikan dari blog TAYARGOLEK.COM

gambar dari tayargolek.com: penulis blog tayargolek.com bergaya dengan Versys kesayangannya.

aku share skit pengalaman menunggang Versys compare dgn ER6N sebelum nih. Ini adalah mengikut pengalaman & pendapat peribadi aku tau..
  • Ketinggian – Versys lebih tinggi dgn ER6. Tunggangan dijalanraya lebih selesa dan stabil (boleh nmpak jelas kenderaan dihadapan)
  • Handling – lebih mudah dicontrol lebih2 lagi bile cornering. Tak perlu senget2 montot..pulas jer throttle sure dia ikut. Memang ketara berbanding ER6.
  • Seat – seat lebih lebih lebar & empuk. Sesuai banget utk long distance.(Bakal dicuba kelak)
  • USD fork – sistem suspensi ‘up-side-down) mampu menyerap hentakkan berbanding ER6. Lebih2 lagi bile melalui jalan yg kurang rata. Korang sure tak belh tido malam punye bile dah merasainya :) (racun skit).
  • Handle bar – handle bar yang lebih lebar dan agak tinggi skit berbanding ER6 menjadikan gaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikawal selain posisi badan yang lebih menegak. Selain tu..nampak lebih ‘macho’ ler..kahkahkah
  • Besar tapi lebih ringan – ni pendapat aku eh..sizenye nampak lebih besar tapi bila sudah ditunggang, terasa lebih ringan.
  • Speed -  motor ni dicipta bukan utk kelajuan atau ‘tork’ yang tinggi. Tapi stakat ni aku dah cuba sehingga kelajuan 200km/j..boleh pulas lagi cuma aku rasa kurang selesa sebab moto ni tinggi (ni info buat korang yg sibuk tanye pasal speed).
  • Tork – tork agak kurang berbanding ER6..tapi boleh belasah dgn kelajuan yg selesa.
  • RPM – RPM agak rendah berbanding ER6. Kalo speed 145km/j..RPM utk Versys hanye 6500rpm sahaja. So minyak save kot?heheh
  • Tank – 19liter utk Versys. kalo stakat perjalanan 400KM..rasanya skali isi jer dah cukup. 19Liter petrol kira2 RM40.
  • Size tayar – size tayar depan/belakang adalah sama dgn ER6.
  • Panel Meter – Panel meter yang menarik: ODO digital, RPM analog, clock, fuel gauge dan 2 trip set..
  • Touring stylo – lebih bersifat ‘touring’..so orang tak kisah samada ko bawak slow ke atau laju ker..takde kes main cucuk-cucuk angin..hehehe.
Tu serba sedikit perbezaan antara ER6 dgn Versys. Bagi mereka yg bukan ‘kaki meroket’ dan tak kisah dgn kekurang ‘tork’..aku rasa korang memang sesuai dgn motor ni. 
Pengalaman menunggang selama 2 minggu ni..so far aku dah dapat 3 ‘thumb up’ dari orang yang memandu kereta ketika di stesen minyak..dan sorang warga asing “Nice bike huh!!”..selain dpd tu..confident level aku ketika menunggang mula meningkat (selepas fobia dek eksiden yg lalu) disebabkan dgn ‘kestabilan’ ketika dijalan lurus..jalan tidak rata maupun berliku. Tapi yang penting “KNOW YOUR LIMITS OK!!”

2 comments:

Nadia Johari said...

fuyoohh

Anonymous said...

salam, jika diikutkan saya mmg suka sgt motor versys tp oleh sebab ketinggiannya membuatkan kaki ku terjengket sket. ye la sbb tak saya ni tak cukup tinggi.. haha. dan saya ni kira baru first time bwk/beli motor besar maka kena la belajar bwk motor ER6 dulu la.. Cuma stage sekarang ni saya nak pasang handle bar riser.. kira ok tak? dpt pemanduan ala-ala versys pon ok la.. :-)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan