nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, January 12, 2014

hidup sederhana, antara ketenangan dan kekolotan

Selamat pagi kengkawan semua..
Beberapa hari lepas aku ada menonton kisah sebuah keluarga yang memilih kesederhanaan dalam hidup walaupun tinggal di bandar. Aku akan sertakan video tersebut di akhir post aku pada hari ini. Terlebih dahulu, aku ingin katakan bahawa aku bukan mewakili mana-mana parti, aku juga agak sedih bila kerajaan menghapuskan subsidi. Minyak naik, tol naik, dan barang keperluan asas juga naik.

Selepas sahaja pengumuman itu, maka ramailah yang marah, menulis perkataan kesat di facebook, ikut sama berdemo dan bermacam-macam lagi. OK. Aku tahu semua marah, aku juga agak beremosi semasa diumumkan harga barang naik. 

Tapi bila kita selok poket, tengok telefon bimbit, bagaimana kita boleh membeli sebuah telefon pintar berharga ribuan ringgit yang kita gunakan hanya untuk membalas mesej, membuat panggilan, bermain game, dan melayari facebook? Bukankah sudah memadai memiliki sebuah telefon bimbit biasa berharga RM90 berbanding membeli sebuah iphone 5s berharga rm2000 lebih? Kenapa? Adakah kita takut dianggap kolot? 

Bagaimana kita boleh membeli kereta yang kita jarang gunakan? Kan lebih baik menaiki basikal atau motosikal? Adakah kita takut diejek kawan-kawan yang sudah berkereta?

Bagaimana kita boleh membeli motosikal berkuasa tinggi sedangkan kita tak mampu dan memilikinya dengan membuat pinjaman 9 tahun? Adakah kita sekadar suka-suka mengikut trend?

Aku bukan perancang kewangan mahupun ahli mana-mana parti. Aku cuma insan biasa yang ingin mengubah diri. Mulai tahun ini aku ingin membuang sebarang keinginan yang aku tak mampu miliki. Aku kena bezakan antara keperluan dan keinginan. 

Aku suka tengok keluarga dalam video yang aku selitkan ini. Mereka tidak mempunyai tanah yang luas. Si bapa dan anak-anak tidak bekerja di mana-mana. Mereka hanya bekerja di kawasan rumah mereka. Dengan menanam sayur-sayuran yang mereka boleh makan. Membela itik, kambing. Bila sayur yang dipetik melebihi keperluan makanan mereka, mereka akan jual. Begitulah kerja mereka seharian. Mereka juga kosong dalam bab fesyen. Mereka hanya membeli baju di kedai bundle.

Aku berazam ingin menjadi seperti mereka. Insyaallah berubah sedikit demi sedikit. Jom sama-sama memilih kesederhanaan dalam kehidupan kerana aku tahu, korang juga setuju, Kesederhanaan memberi ketenangan, kan?

Maaf andai ada tersalah kata.

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan