nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, June 13, 2014

Tarikh iPhone 6 berada di pasaran Malaysia dan harganya

Selamat pagi semua..
Hari ni gua saja nak bercakap pasal iPhone sebab sebelom ni pun gua ada pakai iPhone 3gs. Lepas gua kena rompak tahun lepas (kisah hitam itu gua tulis di sini) gua pakai henpon Nokia lampu picit je. Lepas dua bulan gua tergerak ingin membeli sebiji telefon pintar. Gua ingat nak beli iPhone 5 masa tu tapi setelah sebulan gua survey2..gua pun ambil HTC one tapi gua guna kontrak Maxis sebab gua memang dah bertahun pakai bil Maxis.  

OKlah. Apa yang gua melalut ni kan. Bukan apa. Gua tahu ramai yang tertunggu tarikh iPhone 6 berada di pasaran dan harganya. sekarang ni pun harga iPhone 5s di pasaran masih RM2100 ke atas. Gua rasa iPhone 6 nanti mungkin mencecah RM2500 bila tiba di Malaysia nanti. Gua dengar iPhone 6 dijangka sampai kat Malaysia bulan September nanti. Tak tahulah. 

Gua cuma nak bagitau kat adik-adik yang masih belum ada kerja yang stabil, yang masih berbelanja guna duit poket mak bapak, jangan sekali-kali mintak mak bapak korang belikan iPhone 6 ni melainkan mereka memang mempunyai duit yang
 terlebih lebih bagaikan larva yang muntah dari gunung berapi. Bila mak ayah tak mampu belikan, korang jangan pula mengikut nafsu meminjam duit dari ahlong untuk membeli henpon canggih digilai ramai itu. Jangan juga korang melacur diri untuk mencari duit membeli iPhone 6 tu nanti.

Kalau korang buat perkara gila semata-mata nak beli iPhone 6 tu, ketahuilah, sesungguhnya korang hanya akan gunakan iPhone itu untuk melayari facebook, twitter, instagram, bermain candy crush, clash of clans sahaja. Apa produktifnya korang beli henpon mahal2 kalau macam tu? Oh ya, sebagai lambang kemegahan dan kekayaan ke? Sebab gua perhatikan yang menggunakan iPhone ni memang golongan atasan, golongan berada, golongan yang mempunyai kewangan yang kukuh.

Sebelum adik-adik ke, abang-abang ke, kakak-kakak ke marah gua, gua nak bagitau, gua langsung tak melarang korang nak memiliki sebuah iPhone ni. Tak kisah lah iPhone ka, atau henpon2 mahal yang lain. Tapi gua nasehatkan diri gua dan korang, apa tujuan kita nak beli henpon tu? Mampukah kita? dan yang lebih penting, adakah itu suatu keperluan atau kehendak?

PSSSTTT...gua akui gua pun teringin nak beli iPhone 6 tu. nafsu gua membuak2. rasa tak tahan pun ada. Tapi gua kena fikir, gua pun banyak tanggungan. Banyak komitmen, jadi gua kena tangguhkan atau lupakan hasrat gua ni. Nafsu...nafsu...

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan