salam pada kawan2...aku tergerak untuk mengambil post dr irfan khairi sebab baru sahaja semalam aku mendapat emel spam ni.....harap2 kawan2 aku yg lain kat luar sana tak tertipu dengan email spam yg menggunakan nama irfan khairi......kalau ade antara kamu yang nak membaca tips2 dari saudara irfan khairi...sila klik di sini.
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Bincang-bincangSejak kebelakangan ini berlaku penyebaran email SPAM di Internet menggunakan nama saya sebagai penghantar email mempromosikan skim membina jaringan networks sambil mendapat pendapatan.
Harapnya, anda TIDAK MEMPERCAYAI email sedemikian oleh kerana saya tidak pernah pun melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mencari network atau downline melalui Internet.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/penting.htm untuk kes-kes yang sering berlaku yang menggunakan nama saya.
Sering kali juga saya mengambil tindakan undang-undang untuk menangani isu ini dan pemilik perniagaan akan dikenakan tindakan.
Contoh email spam yang menggunakan nama saya:
====================
From: irfan khairi
Sent: Tuesday, December 23, 2008 8:52:29 PM
Subject: ((BARU)) RM50 JE.SETIAP HARI DAPAT RM300 - RM1000
Salam
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kehadiran email ini.Hanya sekadar untuk berkongsi sahaja.
Sekiranya anda tidak ingin menerima email ini lagi sila sekat email irfan121212@gmail.com
Setiap hari saya mengutip purata RM300 - RM1000 sehari terus ke Akaun Maybank saya.
sila lihat bukti bayaran terkini 22/12/08 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
saya baru je join pada 6/12/2008 dah dapat RM17,700.00 (lihat id mentor dalam xxxxx)
klik disini untuk lihat bukti
klik sini utk daftar
Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertai xxxxx melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50)
Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya. Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!
Kini saya tidak lagi teragak - agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang JPA masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Bila dah macam ni, Barulah saya Terfikir Mengapa Irfan Khairi sukakan perniagaan Internet…
Ia betul2 Menjadi dan Memang Internet Sungguh berkuasa!
So, kepada Anda yang berminat untuk menyertai kami di xxxxx untuk cari duit lebih, sila aktifkan akaun anda segera melalui laman web berikut:
Selepas anda membuat pendaftaran dan mengaktifkan ID anda, secara automatik saya akan dapat tahu anda berada dibawah group saya melalui e-mail yang dihantar oleh Admin
xxxxx.
DALAM RANGKAIAN SAYA,
(ANDA DIBERI PILIHAN)
PLAN A - JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
PLAN B - ‘SLEEPING PARTNERS’
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..BIAR SAYA YANG CARIKAN DOWNLINES UNTUK ANDA.
SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 – 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SAYA AKAN SUSUNKAN DIBAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.
(Nota: Sesiapa yang menyertai group kami juga akan diberikan cara bagaimana untuk mendapatkan BERIBU - RIBU e-mail list bagi mempromosikan ID anda melalui Yahoo Groups)
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!
KELEBIHAN
1. New babies. Biz ini TIDAK akan menjadi TEPU!!!! (klik FAQ web untuk detail)
2. Spilover (Limpahan keluar). Dengan formula (SLEEPING PARTNERS) ini, tanpa menaja tapi masih boleh dapat income.
SETIAP HARI, BERPULUH - PULUH orang di SELURUH NEGARA join ekoleksi.com. ( cuba lihat disebelah kiri web xxxxx bhgn ‘Latest Member’ tiap- tiap jam ada sahaja penyertaan baru yang masuk.). Jangan tunggu ramai orang dah masuk baru nak aktifkan ID, kerana bila network dah jd besar dan berkembang ID anda akan terkebawah!!!
“Dunia bisnes internet, baik yang berupa penjualan produk ataupun perkhidmatan adalah suatu yang baru dalam budaya bisnes kebanyakan bangsa didunia. Masyarakat di negara kita juga kurang faham, menjadi takut dan bimbang untuk berurusan bisnes melalui internet. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk merintis jalan melaksanakan bisnes internet. Anda perlu mengambil inisiatif, melangkah terus menguasai dan memahaminya dan keyakinan serta tindakan positif, anda akan berjaya kelak. Dunia adalah pasaran. Pasaran dunia memberi dimensi baru dalam bisnes internet.”
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”
====================
Semoga anda tidak percaya email-email sebegini dan pesan-pesanan kepada kenalan anda yang terima email sebegini.
Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya
Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya. Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang!
Jadi golongan yang mudah tertipu sebegini pastinya bukan pembaca Tip Satu Minit kan?
No comments:
Post a Comment