nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, February 7, 2013

sugar glider gua dah 11 ekor, macamane nak jaga sugar glider ni?

Bismillah...
Nampaknya dah lama gua tak bercerita pasa Sugar Glider gua ni. Dulu gua ade cerita pasal sugar ni kat sini, "sugar glider ku sayang, bila mereka dah jadi gila" bertarikh 9 Disember 2011. Nampaknya sudah setahun lebih aku menjaga sugar glider aku ni. huhu. Tapi kene berterima kasih kat mak aku dan adik-adik ku yang rajin memberi makan. Aku ni kekadang je dok belai dan bagi makan. Selebihnya, mak dan adik-adik aku la yang tolong. Makanan nya pulak, senang je. Aku bagi je makanan anak kucing. Kadang bagi makan timun. Kadang buah epal. Macam2. Alhamdulillah. Diorang sihat je. Takde yang saket2.

gambar: Sugar Glider ku yang masing-masing berebut nak makan.

Cuma aku rancang nak buatkan sangkar besor sikit. Kesian diorang makin sempit tempat tu. Dulu 3 ekor, sekarang amek ko, 11 ekor!!! Hebat korang ni ye. Subur macam yang tuannya hehe. Ehem2...tuannya belom try lagi. Doa-doa lah tuan korang ni panjang umur, sihat, rezeki bertambah, cepat tuan korang ni kawen. hehe. Oleh kerana aku tak dapat membezakan yang mane satu Dolah, Zabedah, Zainab, Man, Jemah, Sameon, Rokiah, Timah, Samad, Seman dan Jeman, maka aku panggil semua sugar glider ni Baby. haaa....senang. Semua Baby, jangan salah panggil pulak ye. Kang mak marah hehe. Jangan pulak korang anggap aku letak nama Baby tu sebab aku suka dengar lagu Justin Bieber tu. Eh? Sape die? Ntah.

Gambar: Sugar Glider yang nyenyak tidur. Macam-macam gaya ada.

Makin melalut aku menaip ni. Tu lah, nak cakap pasal penjagaan sugar glider, aku dok cakap pasal justin bieber buat ape. haaa. Kalau korang tanye macamane aku mandikan sugar glider aku ni, senang je aku jawab. Aku tak pernah mandikan. Kadang aku basuh sangkar diorang guna sabun Glo, aku biar diorang kebasahan kat dalam tu. Mase aku bilas dengan air paip pun diorang kat dalam tu. Habis basah. Mesti korang ingat aku ni kejam kan? Memang aku ni kejam. Tapi yang kejam2 ni lah tempat diorang bermanje. hahaha. Tapi jangan pulak korang buat macam yang aku buat ni. Mungkin sugar glider aku ni jenis tahan lasak. Kang korang punye jenis manja-manja, mati pulak. Dah aku yang kena. huhu

Gambar: Sugar Glider yang nak makan lagi walaupun dah makan. apa aku cakap ni?

Pasal nak jinakkan diorang? Mula-mula memang susah gila. Asal masukkan tangan dalam sangkar je, diorang mula la buat suara yang macam hape ntah. Sakit telinga aku. Korang kena slow-slow belai badan diorang. Urut-urut belakang badan diorang, tapi ingat!! jangan sesekali korang buat cakar rimau pulak kat badan sugar glider tu. Mati kang. Belai je lembut-lembut. Lama-;lama diorang akan jadi manja. Makan pun mintak suap. Kadang aku nak kuarkan tangan dari sangkar pon diorang tak bagi. Mintak disuap lagi. Ade yang pegang tangan aku tak bagi lepas, ada yang bertenggek atas aku. GRRR...ohhh dulu bukan main sombong korang dengan aku ye. Dulu mase belom jinak, asal diorang takot je, diorang akan kencing dan berak kat tangan aku, naseb baik tak bau petai. Kalau bau petai memang aku sangkutkan korang kat pokok petai. hahaha.

Maaflah kalau ayat aku berserabut. Sebenarnya aku tengah tension dengan kerja tapi demi korang, aku menaip jugak. Lepas satu, satu masalah timbul. EH, apa mengeluh pasal masalah kat sini ni hehe. Abaikan, tak elok mengeluh, kang cepat tua hehe. 

Ape-ape pon, kalau ade sebarang pertanyaa pasal sugar glider ni, boleh la hantar kat email aku ka, kat ruangan komen ka, kat facebook ka. Aku berkongsi setakat yang aku tahulah. Sekian. Selamat membela.

15 comments:

CintaZulaikha said...

jual 1 boley...

Tunsha Ayunie said...

Wa jeles ni... jujur wa nak sangat bela... macam best je... depa manja tak?? kenal tuan tak?? melekat dengan tuan macam baby kangaroo tak??? lu mmg nak bikin zoo sugar glider ke pacik???

Nadia Johari said...

gila la..11 ekor tu

Aliaa said...

Dia tido dekat situ ja ke ? Tak letak sleeping pouch ?

haniee said...

Owh..cm gns gak awk jg ia..sy bru ja beli td..umr bru 2bln..mhl btl siap nk brg2 ia..tp sy suka..tq sb bg pgtahuan kt sy

Anonymous said...

wey ada pulak bg mkn makanan kucing??? mandi guna sabun glo?? apa ke bangang ko ni haa?? agak2 lah nak bela pun.. jgn smpai mendera.. sleeping pouch mana?? smpai 11 ekor ko jaga mcm ni bek xpyh lah... kasi org lain jaga dgn penuh rasa kasih syg.. tension tahap bengap ak baca posy ko.. SHIT !

Unknown said...

askm....jual tak sugar glider ni dik......

Anonymous said...

Hye stupid..napela ko nak menyeksa binatang mcm..klu bela binatang tu biarla maintain kn nature dy jgn menyeksa n menzalimi mcm ni..walaupun ko bela 11 ekor sg..belum tentu 11 eko sg ko ni doakn untk ko yg zalim kat dorang ni..mmg skang ko rse bangga kt orang rmai smpi post kt blog sume yg ko ni berjaya bela smpi 11 ekor..tp kt akhirat nanti ko akn dituntut n disoal sbb menyeksa binatang..xknla mak ko yang dok bg makan kt dorang tu xrse kesian dgn cre layanan ko kt sg2 tu..uhmm ntah2 like mother like son..oppss sorry..p jual la sume sg2 ko tu n enjoy the money better than ko keep seksa dorang..

Anonymous said...

sbb sugar glider kene abis mak org..aku rasa sugar glider ada akal,die x nak amek ko jd owner die..cakap elok2 la..stupid

eyka said...

Nak sepasang ley??...nak sangat jaga

Anonymous said...

Mungkin mak kau kot bodo.Mulut biadap like mother,father and generation

Anonymous said...

bangang ke apaaa. kesian bodoh suggies tu. haih

Anonymous said...

Tolong berak dan salap di muka kau.. Eh ape kene ngene???? Kikiki

nr'natsha said...

I kind get it if anonymous nak marah but you're suppose bagi komen yang membina not just jump in and made your own conclusion.Is that need all the swearing ? cursing ? Do you know makanan yang baik untuk otak came out from good and positive words Well i bet actually you're the one who got concussion in your scum brain :)Anyway all the best for the owner tak cepat melenting and made it.11 little tinies ? it's actually quite amazing and I'm actually impressed by your hardwork for this little buddies.Good job !

marshalizadotcom said...

wah banyaknya SG dia..

emput ke blog ye

http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan