Bismillah...
Alhamdulillah masih hidup lagi aku hari ni. dapatlah aku berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi dari seorang abang di facebook mengenai Formula Membeli Kereta. Beliau telah bertanyakan soalan cepu emas kepada rakan-rakan facebook beliau, soalannya: Boleh atau tidak orang yang bergaji RM10,000 sebulan membeli kereta BMW? Kebanyakan jawapan yang diberikan adalah tidak boleh. Kenapa ye? Sekarang ni pun aku tengok cikgu yang baru mengajar beberapa bulan sudah boleh membeli kereta Toyota Vios? Bukan cikgu sahaja, malah kawan-kawan aku yang baru kerja beberapa bulan sudah memiliki kereta baru sendiri. Aku yang dah 5 tahun bekerja masih belum mampu membeli kereta baru sendiri. Sedih bukan? Sebagai seorang bujang, belum berkeluarga dan hanya bekerja kebun, aku rasa lebih selesa menggunakan motosikal. Kereta tu tunggu dah kahwin kot baru beli.
Sekarang ni macam-macam kes berlaku. Baru beli kereta beberapa bulan tetapi kereta dah kena tarik. Kenapa jadi macam tu? Aku ada terbaca kenyataan akhbar, seorang peniaga yang menaiki BMW, kene halang dengan penarik kereta di tengah-tengah jalan kerana gagal membayar kereta selama 15 bulan...apekah??
Apa tujuan kita membeli kereta sebenarnya? Untuk bermegah-megah? Keperluan keluarga? Kepuasan kerja? Adakah harga kereta itu sesuai dengan poket kita? Penjual kereta mestilah akan berusaha meyakinkan kita bahawa kereta itu sesuai dengan kita. Tapi adakah dia akan tolong membayar kereta itu tatkala kita kesesakan wang? Aku bukan nak menyalahkan penjual kereta, itu kerja mereka. Diorang pun cari rezeki. Yang penting diri kita sendiri ni.
Mesti ada yang tanya, kalau beli kereta secondhand macamane?
jawapan aku: sama jugak, kena la buat kira-kira, jangan sampai kita makan pasir tiap kali pertengahan bulan.
Kita hidup tak lama, mesti la nak merasa kereta baru..
jawapan aku: kira-kira mesti dibuat. memang hidup hanya sekali. tak tau bile mati. tapi nak ke mati dibebani hutang bertimbun2?
Jom tengok apa tips yang diberi oleh saudara Alwi Adam, Principal Consultant di EZAZ Wealth Management.
Survey semalam ( Gaji 10k, pakai BMW) nampaknya majoriti yang berpengetahuan tidak setuju.
Jadi apakah guideline kemampuan beli kereta bagi seseorang individu?
Apa yang saya tahu ialah dari perspektif perancangan kewangan ialah;
1) Nilai kereta yang anda sepatutnya beli dengan pembiayaan ialah, bayaran bulanan mesti tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan anda. Dan pembiayaan itu mesti tidak melebihi 5 tahun.
Harga termurah BMW 3 series dalam lingkungan RM250,000.
Pembiayaan 5 tahun = RM 4791/bulan.
RM4791/10000 = 47%. Jadi ia lebih daripada 15%.
Kesimpulan, TIDAK LAYAK.
2) Harga kereta TIDAK melebihi Gaji TAHUNAN.
Gaji bulanan RM 10,000 x 12 bulan = RM 120, 000.
Harga BMW = RM250,000.
Kesimpulan, TIDAK LAYAK.
Jika gaji anda RM10k, anda hanya layak menggunakan kereta dengan downpayment RM1500 (dengan pembiayaan 5 tahun). Nilai kereta anda mungkin sekitar RM80, 000.
Jika anda ingin menggunakan formula kedua, nilai kereta anda maksimum ialah RM120,000.
Kenapa 15%? Kerana anda tidak memerlukan kereta/kenderaan sahaja, kerana portion yang lain adalah untuk tempat tinggal, pelaburan, takaful dan sebagainya.
Oh ya, bila beli kereta, jangan ikut cakap ejen or bank. Sebab maksimum anda boleh pinjam adalah 30%, selama 9-10 tahun.
Sebab tu orang Malaysia, mewah kereta tapi poket kosong.
gambar dari akhbar: kereta BMW yang ditarik kerana tidak dibayar selama 15 bulan.