Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistemewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab al-Quran sebagai petunjuk. Allah s.w.t juga telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadqr yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah di malam ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
Sebab-Sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah:
* Al-Qadar bermaksud mulia, oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.
* Dinamakan al-Qadar kerana pada malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.
* Kerana ibadah pada malam itu sangar besar kadar ganjarannya.
Tanda-Tanda Malam Al-Qadar:
Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah:
* Pada malam al-Qadar cuaca lebih terang daripada malam biasa.
* Pada Malam itu jiwa manusia menjadi tenang.
* Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.
* Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.
* Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.
* Matahari terbit pada waktu pagi dalam keadaan tidak bersinar, ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik kelangit selepas waktu subuh.
* Ramai orang memberi salam pada malam itu.
* setengah pendapat mengatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.
Kelebihan Malam Al-Qadar:
* Malam diturunkan al-Quran.
* Malam yang dipenuhi keberkatan.
* Malam ketentuan ajal dan rezki pada tahun itu.
* Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.
* turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.
* Malam yang dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.
* Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.
sumber: http://albesuty.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment