dari irwan miswan
Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.
Friday, November 14, 2008
TaNiAh StUdEnt UPSR!!!
salam to all upsr student....dikesempatan ini sayer ingin megucapkan taniah pada student upsr yg dh mncatat kputusan yg amat mmbanggakan........sayer juger ingin mengucapkan taniah pada adik sayer,nurliana a.k.a V yg berjaye mndapat 5A.....abang akan belikan hadiah utk V tp nanti2 la yer :-)
petikan akhbar:
myMetro,Jumaat, 14 November 2008
Keputusan UPSR 2008 lebih baik berbanding 5 tahun lepas
PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.
Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.
Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment