nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, October 7, 2011

pengasas Apple,Steve Job meninggal dunia akibat kanser pankreas

pagi ini, pengguna produk Apple dikejutkan dengan kehilangan pengasas Apple Computers, Steve Jobs akibat kanser pankreas. beliau yang terkenal dengan kenyataan "Think Different" dan "Stay Hungry" telah memperkenalkan dunia dengan teknologi yang hebat.




Ya! aku merupakan pengguna iPhone 3GS. aku antara orang yang terawal menggunakan iPhone 3GS dan ia masih tahan walaupon dah banyak kali jatuh kat kebun sawit dan atas lantai. aku bukan pengguna tegar Apple. tapi bila aku nak gunakan henpon lain, aku macam tak puas dan aku akan kembali menggunakan iPhone aku ni.




jangan salah faham. aku bukan nak mengagungkan pengasas Apple ni. ape yang aku harapkan, lepas ni, graduan2 universiti terutamanya kawan2 aku, dapat menghasilkan teknologi yang lebih mantap. untuk kesenangan penduduk sekitar, dan dunia. bila kita tiada nanti, idea dan sumbangan kita akan digunapakai untuk selama-lamanya.....

untuk makluman, Steve Jobs telah menjadi pengasas Apple tatkala berusia 21 tahun apakah sumbangan kita pada usia sekarang?




semoga Apple terus maju dalam mengeluarkan produk2 berinovasi. aku ingat iPhone 5 akan keluar, rupa2nya iPhone 4s. takpelah. aku setia dengan iPhone 3GS aku ni :-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan