nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, October 6, 2011

hadith nabi, dunia musnah 2012. benar atau tidak?

aku bukan pakar bab agama, tapi aku agak musykil dengan mereka yang menyebarkan kisah-kisah menganai hari kiamat, kelebihan bulan rejab dan yang sewaktu dengannya yang belum tentu kesahihan hadith tersebut. jadi kali ini, aku mintak rakan-rakan baca kisah di bawah dan tolong pastikan sama ada kisah di bawah ini benar ataupon tidak.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


seorang rakan aku Din berkata,"kalo ko tnye aku,aku cakap hadith ni palsu..1st,sebab nabi tak pernah specific kan tarikh atau tahun tentang pape peristiwa..2nd,sebab ada ulamak hadith sebut hadith ni palsu"

terime kasih Din dan Wak

apa yang penting kita sentiasalah berusaha memperbaiki diri.. aku pun, sentiasa lupa akan nikmat tuhan, alpa dengan perintah NYA...tuhan maha berkuasa, Dia lebih mengetahui

2 comments:

Farah Hanim Mohd Alwi said...

kalau tak silap, 'hadis' tu mmg hadis maudhu' (palsu). jgn beriktikad kiamat 2012. kuasa Allah takde sape yg boleh halang :)

Anonymous said...

lagi satu, hadis ini TIDAK PERNAH langsung tercatat dalam 7 Kitab Hadith Sahih.

-penyampaian yang mengandungi mesej baik, tetapi dikaitkan dengan kata-kata nabi (hadis), sedangkan para Ulama' Hadith tiada yang mensahihkannya. Selidikilah dahulu hadith-hadith yang ditemui. Hadith sahih ada periwayatnya, ada sanadnya, dan ada matannya. Sama-samalah kita menambah ilmu dalam salah satu panduan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan