nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Monday, October 10, 2011

kisah suami, isteri dan anak kembar 11!!

kisah di bawah ini aku terbace dekat facebok kawan aku, Maya. aku rasa ramai yang dah tahu pasal kisah ni, jadi aku ubah siki ceritanya dengan meletakkan nama kawan-kawan aku dengan harapan mereka akan mendapat anak kembar...terutamanya kepada mereka yang kahwin pada usia muda,
 gambar hiasan: aku dan anak makcik aku
Empat orang bakal ayah, Wak Hakim, Bonggol, Ah Lok dan Syahid sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada Wak Hakim, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” katanya dengan riang.
... Beberapa minit kemudian, 
seorang jururawat lain datang memberitahu kepada Bonggol, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation!!
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada Ah Lok, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Syahid mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
soalan aku, korang keje kat mane??hehehehe

3 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

hahahahhahah! pening sudah dia! :)

Pn. Sheila said...

hehehe... suspen syahid tgu ank dia kembar brapa...

Cik TeN10 said...

hahahaha.. patut la dia gundah gulana semacam jekk.. eleven !! haha

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan