nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, August 19, 2011

Harussani: Azan saja guna pembesar suara

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga berkata pengurusan masjid atau surau tidak perlu menggunakan pembesar suara selain untuk tujuan azan, tetapi menegaskan pihak berkuasa tidak perlu mewujudkan garis panduan yang baru. Kata beliau, hanya untuk tujuan azan yang perlu menggunakan pembesar suara manakala bacaan-bacaan lain tidak perlu.

 
“Hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara, yang lain tidak perlu. Bacaan lain hanya gunakan (pembesar suara) dalam masjid sahaja.

“Tak usahlah nak ganggu orang lain, lagipun tak disuruhkan dalam Islam gunakan pembesar suara selain azan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Harussani, peraturan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk azan juga tidak perlu kerana ia garis panduan sudah sedia ada.

“Saya ingat ia (peraturan) sudah ada, cuma kita tidak laksanakan.

“Apa-apa pun bagi saya, hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara. Yang lain tidak perlu,” katanya.

baca berita penuh di: kl-today.com (terima kasih 'aku Seorang Wak  for the link)
di bawah adalah petikan dari berita harian 15/8/2011

Larangan guna pembesar suara untuk bacaan al-Quran bukan fatwa tapi nasihat

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini, berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. 

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

baca selanjutnya di sini: bharian.com.my

5 comments:

Lea Isnawi said...

err?
owh negeri ni la ye x benarkan pasang bacaan Quran kuat-kuat...hm

CintaZulaikha said...

alahai...kan best kalau pakai pembesar suara. bukn ggu org pon..dari jauh pon leh dgr pak imam bg ceramah, terdetik juga yg buta hati tuh nak gi solat, kann~~

apadaaa~

Anonymous said...

Dari Abu Sa’id al-Khudri, katanya:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat.” [HR Abu Daud]


saya sertakan pesan nabi, iaitu hadis yg jadi rujukan hukum-hakam tersebut dikeluarkan.. sila sertakan dalil yg menolak hadis sahih dr Rasulullah jika anda yg beragama Islam rasa tidak setuju dengan larangan mengeraskan (sama ada merdu atau tidak) oleh agamawan berkenaan...

saya Islam, dan saya tidak menolak Hadis dr Rasul saya.. (^_^)

Cik Penulis said...

Hurm. Mungkin ada benar.

Hamba Allah said...

Assalamualaikum.

Sebagai seorang yg memeluk agama Islam, al-Quran dan Hadis adalah perlembagaan kita yg tertinggi.


Dalam hadis Nabi SAW, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi SAW berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Hurian:

Dalam hadis ini Nabi SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya (dipetik drp drmaza.com).


Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml) (dipetik drp drmaza.com).


Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah) (dipetik drp drmaza.com).


Perlis telah terlebih dahulu melaksanakan larangan tersebut iaitu sejak tahun 2007. Larangan ini juga disokong oleh Mufti Perlis Dr Junda Jaya dan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Jadi sama-samalah kita berhijrah ke arah yg lebih baik demi mencari keredhaan Allah. Usahlah kita pertikaikan isu ini lagi.

Wassalam.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan