nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Friday, August 19, 2011

senarai harga barang kawalan hari raya 2011

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh.
selamat pagi kengkawan semua. alhamdulillah kita berjaya menempuhi bulan puasa ini sehingga hari ke 19. semoge kita sama-sama dapat menyempurnakan ibadah puasa ini dengan sempurna. aminnn. aku yakin ramai yang dok buat kuih, kek dan tak lupa juga mereka yang memasak untuk bagi kat jiran sebelah rumah. musim perayaan ini kita akan lihat peniaga mula mengambil kesempatan sesuka hati menaikkan harga barangan. kita pulak jangan tertipu. dan jangan pulak kita ni dok membazir beli barangan yang kurang perlu. 

kat bawah ni adalah senarai harga barang kawalan sempena perayaan tahun 2011 ini. aku amik dari blog illustrasiku.com yang memang sarat dengan informasi. terima kasih.

1. Ayam hidup
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM6.35/kg(borong)/ RM7.20/kg(runcit)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM7.20/kg(borong)/ RM8.05/kg(runcit)
4. Daging lembu tempatan -RM16/kg(borong)/ RM20/kg(runcit)
5. Daging kerbau tempatan -RM17/kg(borong)/ RM21/kg(runcit)
6. Daging kerbau import (India) -RM12/kg
7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) -35 sen/biji
8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) -34 sen/biji
9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) -33 sen/biji
10. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk
kubis Beijing) -RM3.20/kg
11. Cili merah -RM3.20/kg
12. Tomato-RM4/kg
13. Kelapa biji (borong sahaja)-tidak ditetapkan
14. Kelapa parut (runcit sahaja)-RM4/kg
15. Santan (runcit sahaja )-RM3.20/kg
16. Kacang tanah import-RM6.50/kg
17. Bawang merah kecil (India)-RM4.50/kg
18. Ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram)-RM9 hingga RM11/kg
19. Bawang besar import adalah RM3 sekilogram
20. Bawang putih import (China) RM6 setiap kg
Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.
“Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011,” katanya.
Beliau berakta 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.
“Jumlah ini tidak cukup untuk memantau secara keseluruhan jadi kita minta pengguna membuat aduan kepada kita jika ada peniaga menaikkan harga,” katanya. – BERNAMA

1 comment:

Sya_Merpati Putih 88 said...

harap2 takde lah peniaga2 letak harga tinggi sesuka hati lepas nie...=)

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan