pagi yang hening di sebuah sekolah...
"bangun! selamat pagi cikgu!",ketua darjah, Hibbaturrahman dengan segak memekik sampai nak terkeluar anak tekak.
"selamat pagi cikgu!", rakan-rakan lain mengikut rentak.
"selamat pagi murid-murid, boleh duduk ye semua", kata seorang guru kelas berbaju kebaya menampakkan susuk tubuh dan berlesung pipit menambahkan lagi keayuannya. Cikgu Suzana namanya
"kalau aku dah besar nanti, aku nak cari bini macam cikgu aku ni. cun. putih. gebu.", kata Aizudin Azrin pula. budak nakal, pemalas, tapi bercita-cita tinggi.
"dua kali dua...errr empat..empat kali empat...errr....lapan..eh...nam belas..34...28...30....ehhh ape ni huhu", Yazid Torpedo mengira dalam hati. budak yang teramat rajin. kadang2 kat tandas pon sempat hafal sifir
"dah nak periksa ni, tapi aku masih tak pernah dapat A dalam exam, takpelah, aku akan usaha lagi, aku nak tunjuk kat mak bapak aku, aku boleh", kata Khakim Fanani dalam hati. seorang murid yang paling miskin di dalam kelas,balik dari sekolah, dia akan membantu bapanya di kebun.
ketiga-tiga mereka tidak pernah mendapat A dalam kelas dan sentiasa mendapat tempat terbawah
"baik ye murid-murid, peperiksaan semakin hampir, cikgu harap kamu semua dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik ye" kata cikgu itu dengan suara yang boleh menggetarkan hati si jejaka yang mendengar.
"cikgu ada pengumuman, sewaktu peperiksaan nanti, tiga orang murid dari kelas kita dilarang sama sekali untuk mengambil peperiksaan kali ni. mereka ialah......khakim fanani, aizudin dan yazid. ini kerana mereka tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan dan ditakuti prestasi sekolah kita akan jatuh disebabkan mereka"
kata-kata cikgu itu menyebabkan satu kelas diam, tertunduk kebawah. senyap. bagaikan ada malaikat lalu
bagaimanakah nasib mereka ini?
kawan-kawan ku....kalau korang nak jadi cikgu, jadilah seorang cikgu yang bertanggungjawab. jangan kerana mengejar glamer, pangkat mahupun harta, anak-anak bangsa kita terabai. bila korang takde kat dunia ni nanti, takde ape yang korang bawak melainkan ilmu yang dah korang curahkan kepada anak-anak bangsa.........amalan di dunia....dan doa anak yang soleh.
aku bukan budak baik, aku budak biasa yang tak mahu anak aku kelak menerima nasib macam ni..sekian
gambar hiasan:google