nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Sunday, July 31, 2011

aku pun dengar lagu cinta muka buku dari najwa latif. korang?

SALAM ahad semua. grrrr...korang nampak je muka aku ni ganas tapi ape kan daya aku mempunyai sedikit taman bunga dalam hati ni. macamane lah aku boleh dengar lagu najwa latif ni. grrrrrrr. lantak ape orang nak kata. aku punye suka nak dengar lagu apa. 

kenapa aku nampak si najwa ni cute bile pakai baju senam??huk3.aku harap najwa latiff ni maintain simple macam ni, tudung pun tak payah pakai tudung yang bukan2. macam dalam video ni pon dah ok

Friday, July 29, 2011

reaksi rakyat Malaysia selepas perlawanan Malaysia vs Singapura

Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. seperti yang kita tahu malam tadi perlawanan antara Malaysia dengan Singapura berakhir dengan seri satu sama. jujur aku katakan aku bukan peminat tegar bola sepak. tapi bila team Malaysia main,aku tetap sokong. walaupun Malaysia tidak layak ke pusingan seterusnya,aku tetap bangga dengan team harimau kita. kenapa? kerana yang bermain semua orang kita. jom kita lihat reaksi rakyat Malaysia tentang perlawanan semalam.




gambar menarik perlawanan malam tadi:
 solat tetap tak lupa

Thursday, July 28, 2011

keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. jujur aku katekan. aku tak pandai dan kurang minat bab bola ni. tapi bila MAlaysia main, aku akan tengok. dan malam ni aku berkesempatan untuk menonton perlawanan Malaysia dan Singapura. ramai yang yakin Malaysia akan menang 3-0.

separuh masa pertama. masih terikat 0-0. aku agak lega. aku harap separuh masa ke dua Malaysia dapat bergerak lebih pantas mencari ruang yang ade untuk memberikan gol kemenangan. aku agak terkejut sebab bila sampai je minit ke 45, Singapura membuat serangan bertubi dan hampir masuk ke gawang kita. tapi aku ucapkan syabas dan terime kaseh kepada spiderman Malaysia,khairul fahmi kerana berjaya menyelamatkan gawang gol Malaysia dari ditembusi pihak lawan.

tapi aku agak kecewa kerana ada penyokong yang menyuluh laser kepada pemain. ape ni der... segan la...

******berehat sebentar menunggu separuh masa kedua*****


minit ke 57 Malaysia mendapat gol pertama!!! teruskan usaha lagi!!!

minit ke 72 Singapura mendapat gol pertama. aduhai. baek2 cari lagi 1 mata. ni MAlaysia kena cari 2 mata lagi. boleh Malaysia. usaha lagi. rakyat Malaysia doakan kalian!!!!!!

akhirnya Malaysia 1 Singapura 1. takpe. aku tetap bangga kerana pemain Malaysia adalah orang Malaysia. usaha lagi pada masa akan datang. aku takmau ulas banyak sebab aku bukan pandai tentang bola. pada aku. korang dah cuba sedaya upaya.

aku tetap bangga aku anak Malaysia!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

|video| afdlin shauki nyanyi lagu tembikai........

video ni dah lama ada tapi aku saja nak kongsi. mane la tau masih ade yang belom tengok video ni. jom tengok afdlin shauki nyanyi dengan selamba. nyanyian pasal cerita waktu petang...alaaa...aku pun bukan pernah tengok.mase tengah top cerite rosalinda,betty,huhuhuhu

antara lirik lagu,
tembikai wanita venezuela.....
semuanya besar2 belaka....
tak paham bahasa pun takpa....
hahaha damn!!! memang aku tak paham......haha


lepas korang dengar lagu ni.....ade tak macam terasa kat hati korang tu huhuhu

keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura. ramalan anda??

kalau perlawanan pertama dulu Singapura 5 dan Malaysia 3,perlawanan kali ini pula bagaimana? aku harap pemain Malaysia dapat bermain bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama Malaysia. sama-samalah kita doakan kemenangan berpihak kepada kita.



beginilah ragam kawan-kawan aku yang tak dapat tiket untuk menyaksikan Malaysia lawan Singapura malam ini,28/7/2011.

ramalan telordigoreng



Wednesday, July 27, 2011

video lagu zaman sekolah rendah kita yang wajib ditengok

korang rindu zaman sekolah korang? then korang kena tengok video ni sampai habis. cool!!! terima kaseh blogserius.

kerja cikgu ni senang je kan?semua orang boleh buat...kan?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kengkawan semua. ape macam hari ni? sehat? dah sarapan? kalau belom tu,pergi lah sarapan yer. sambil-sambil sarapan tu,cuba korang fikir sekejap,siapakah antara mereka yang telah membantu korang dalam mengecapi impian dan cita-cita korang? 

cikgu atau guru,satu pekataan yang mudah di sebut tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat. memanglah ramai yang akan cakap, 

"alaaaa,senang je jadi cikgu ni,ajar lebih kurang lepas tu suruh budak-budak ni salin bulat-bulat macam dalam buku"

"masuk kelas,tulis kat papan hitam,suruh budak-budak baca,senang"

"jadi cikgu ni senang,siang mengajar,petang dah kat rumah"
dan macam-macam lagi ayat yang biasa aku dengar kat warong kopi cerita akan perihal seorang guru. pada mereka yang menjadi cikgu,ingatlah,itu satu tanggungjawab yang besar,mendidik anak bangsa,membangunkan negara. pada yang pandang remeh akan tugas seorang guru,cuba korang ajar budak sekolah tadika,takpun sekolah rendah. ape korang rase. bagitau aku. 

di bawah ini merupakan petikan kata-kata kawan aku, cikgu usop. renungkan.terima kasih cikgu


Tuesday, July 26, 2011

pensel drumstick untuk belajar dan bermain

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. memang aku akui,dari dulu lagi memang aku lemah bab-bab mengeja ni. sampai sekarang aku masih keliru sama ada nak eja pensil ataupon pensel. harap mereka yang bergelar cikgu jangan marah aku kalau aku salah eja. 
korang semua pernah tak rasa bosan mase belajar, bagitau aku dengan jujur,kalau betul korang tak bosan mase belajor,aku belanje air jarang percuma. hehe. hari ni aku nak perkenalkan sebatang pensel untuk korang gunakan semasa belajar. bila korang mula rasa bosan,korang boleh gunakan pensel ini untuk mengetuk dram,kalau ada dram la. kalau takde dram,meja pon boleh.kawan aku si farid isa tu pun selalu main ketuk-ketuk bila kebosanan belajar ataupon kerje hehe.


aku tak pasti pensel ini tahan lasak atau tak. yang penting kalau korang nak beli pensel ni,korang kena beli sepasang la,bukan sebatang. ade ke orang pukul/ketuk dram tu guna sebatang stik je huhu. korang boleh beli pensel ini kat sini  SUCK UK


aku nak pinjam duit,bulan depan aku bayar...kot

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kengkawan semua. dah sarapan? jangan ngengada nak berdiet. kalau diet dengan betul takpelah gak. susah senang,pahit manis, memang sentiasa akan kita alami,setiap hari. itulah namanya dugaan dan nikmat diberi oleh tuhan untuk melihat sejauh mane kekuatan kita dan adakah kita selalu ingat kat DIA. pernah tak kita alami situasi ini?

Wak Laseng sedang berehat di serambi rumahnya setelah kepenatan membersihkan kebun kelapa sawit. sedang dia mengelamun mengenangkan nasib harga sawit yag semakin lama semakin jatuh,tetiba dia mendapat SMS. "tet..tet..tet", "eh sape la yang bagi SMS ni. awek lame aku kot. eh?? takde name,nombor sape la pulak ni". dia menekan butang 'read'. SMS berbunyi,"hoi wak,pekabo?lme xjmpe,2 tahun kan.sehat?aku la zamri.ak nk mntk tlg ni.ak nk pnjm duit RM2000. tlgla,aku nak buat bisnes la.bulan depan aku bayor". dalam hati Wak Laseng berbisik,"dah le tak bagi salam,hantar mesej pendek-pendek,ni nak pinjam duit pulak..hmm..kawan-kawan,bagi jela"

****Wak Laseng pon pergi ke mesin cash deposit dan bank in duit ke akaun Zamri****
****sebulan berlalu****
****dua bulan berlalu****
****setahun berlalu****

Wak Laseng dengan penuh kesabaran bertanya kepada Zamri akan hutangnya yang masih belum dilunaskan. tetapi Zamri tetap memberi alasan yang macam-macam.......

****bulan berikutnya Wak Laseng mendapat berita yang Zamri meninggal dunia dalam kemalangan ngeri ketika sedang memandu Ferrari****

Proton Saga FLX dengan CVT harga bawah RM45,000.00

Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini melancarkan generasi terbaru Saga, dikenali dengan nama Saga FLX bagi meneruskan kejayaan model terdahulu Saga FL yang dilancarkan pada penghujung tahun lepas. Selepas tiga tahun pengenalan Saga generasi terbaru, penampilan Saga FLX kali ini lebih menarik apabila tampil dengan sentuhan terbaru teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.


Menurut hasil ujian yang dijalankan oleh Proton, tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4 peratus untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya. Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive juga tampil dengan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Namun untuk varian asas Saga FLX Standard, model itu tidak dilengkapi ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.

Kelengkapan dan ciri-ciri standard lain tidak jauh berbeza antara Saga FLX dan generasi FL terdahulu, namun FLX didatangkan dengan warna baru Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga untuk Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.

gelongsor air yang CAMBEST!!!

salam tengahari kengkawan semua. dah makan tengahari belom? pada yag baru melangsungkan perkahwinan mesti sekarang ni tengah berbulan madu kan? atau ade yang masih belom pergi berbulan madu? kalau belum meh aku rekemen 1 tempat yang pada aku cambest. gelongsor air di hotel Citta Del Mare,Sicily. aku memang tak dapat r pergi sane,tapi aku memang teringin nak try gelongsor air tu,geram siot. hehe. aku maen gelongsor air pon kat wet world batu pahat. huhu. kena beratur. hehe. kalau yang ni terpulang korang nak maen gelongsor bape banyak kali. sekali sekala jadi bebudak balik,tak salah kan?


Monday, July 25, 2011

sangat cute: Maddi Jane nyanyi Price Tag. mesti tengok!!!


Maddi Jane,budak cute yang lahir pada tahun 1998,bukan sahaja cute,malah mempunyai paras rupa yang WOAHHH. aku harap dia membesar dengan baik dan tidak terpengaruh dengan dadah dan benda yang boleh merosakkan dirinya.



aku suka ulang bila sampai 1:07. cubelah tengok,tak rugi :-)


kat bawah ni pulak nyanyian live oleh penyanyi asalnya, Jessie J,pendapat korang?


kisah aku, panggung wayang dan air jarang

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kawan-kawan semoge sehat sejahtera hendaknya di samping keluarge tercinta (ayat yang aku biasa guna masa buat karangan tak rasmi masa sekolah rendah dulu). dah sarapan? sarapan apa pagi ni? durian? hehe. mungkin korang perasan aku dah teramat jarang mengupdate blog. aku memang macam ni. bila ada masalah kat pale otak ni,tangan pon mula berat untok menulis. aku pun dah lame tak hang out pergi bowling mahupon wayang.

 air jarang memang sedap diminum bila cuaca panas

bila cakap pasal panggung wayang ni,aku teringat kisah aku di panggung wayang beberapa bulan yang lepas. cerita apa,aku lupa. selepas membeli tiket (aku mintak tawar tak dapat,cis), aku pun melangkahkan kaki ke kaunter makanan (dah macam kantin sekolah pulak). aku berkata kat cashier,"kak,nak pop corn kecik 1 dengan air jarang 1" cashier tu buat muke seposen sambil berkata,"hah?". lalu aku ulangi ayat aku, " pop corn kecik 1 dengan air jarang 1". cashier tu menggaru kepala dan orang kat sebelah dan belakang aku gelak-gelak. aku pelik jugak,kenape ni. ya tuhan!! baru aku ingat. aku sebut air jarang,bukan air mineral/air kosong. adesss. segan aku masa tu. patot abang tu wat muke pelik. adess.

nasib baik la akak tu tak fikir lain,baju jarang ka,kain jarang ka. haishh. tapi banyak aku nampak ramai yang suka pakai jarang-jarang. agaknya nak tunjuk body gebu putih diorang kot.

penutup: kita pun kena paham orang lain jugak,jangan mintak orang lain je nak paham kita. ade paham?

orang putih nyanyi lagu "cucak rowo"

bile nampak orang inggeris,kenape korang panggil orang putih? abes orang melayu kulit putih gebu melepak,kita tak panggil pon orang putih? hehe. korang tau tak lagu cucak rowo? tak tau? ia merupakan lagu dari indonesia. kira lagu dangdut jugaklah. kali ni yang nyanyi bukan orang indonesia,tapi awek orang putih. suaranya aku rasa kalah bebudak akademi fantasia tu. jom tengok.



lagu original nya kat bawah ni. siap lirik lagi. paham maksud nya?hurmmmkadang aku terfikir,lagu dangdut memang dah trademark untuk indonesia. malaysia pulak?

Daihatsu Sirion 2011 telah dilancarkan!!! eh??Perodua Myvi??





PT Astra Daihatsu Motor telah melancarkan Daihatsu Sirion 2011 baharu di Indonesian International Motor Show (IIMS) 2011 hari ini. Daihatsu Sirion baharu di Indonesia merupakan versi Perodua Myvi 2011 baharu yang dilancarkan di Malaysia pada 16 Jun 2011. Ini bermakna Daihatsu Sirion baharu merupakan versi rebadge Perodua Myvi 2011, tetapi dikilangkan sendiri oleh Perodua sebelum dihantar ke Indonesia.


ketahui lebih lanjut di arenakereta dan paultan.


Thursday, July 21, 2011

Blackberry Playbook vs Apple iPad 2

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan semua. semakin lama,dunia semakin dibanjiri dengan gajet-gajet canggih. semua gajet ini dicipta demi memenuhi kehendak manusia yang sentiasa inginkan sesuatu yang sempurna. tapi kadangkala semakin canggih sesuatu barang tu,semakin rumit penjagaanya kan? itu terpulang pada individu yang memakai. 
kepada peminat-peminat gadjet canggih,mesti korang akan tertanya-tanya sampai berkerut dahi memaksa tangan menyelok poket untuk mengambil rokok Dunhill sebatang. tertanya pasal apa? haaaa...mestilah tertanya kat dalam diri tu,mana satu nak beli? Blackberry Playbook ataupon Apple iPad 2? OK! teruskan membaca.

aku masih setia dengan iPhone 3gs aku. huhu. sampai dah calar-calar aku kerjakan. sayang kamu. 

ciri-ciri Blackberry Playbook:
sumber:eyriqazz
1. Rekaan bersaiz sederhana kompak 7inci yang mana pocketable, senang di bawa kemana-mana.
2. Dual Core Processor yang laju dan graphic 1ghz TI OMAP
3. 1gb RAM untuk memori
4. Menggunakan OS QNX Neutrino Reliability yang terbaik
5. Support flash pada internet
6. Skrin kualiti 1024x600 dengan 182ppi.
7. 3mp kamera depan dan 5mp kamera belakang.
8. Solid batery life (8 jam ke 10 jam)
9. Keupayaan gesture control dgn baik ketika surf application
10. Kualiti rekaan yang kukuh dengan hanya berat sekitar 400 gram sahaja
11. Keupayaan Playbook yang multi-tasking.



Blackberry Playbook vs Apple iPad 2
 sumber:eyriqazz
1) BB Playbook 1GB Ram, IPAD 2 512MB ram
2) Lebih ringan, 408g compare to 603g for IPAD
3) Ada gps..Woww...IPAD takde
4)Speed webpage lebih laju
5)Richest content coz support flash
6)html5 java script (apa ni? ) capability, more smooth, internet rendering..

video pentingnya makan keju dan pergi gymnasium! mesti tonton!!





assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kepada kengkawan semua. makan dah? bagus2. ape yang korang makan? berapa kali dalam seminggu korang bersenam? haaaa.... bahaya tau kalau dok makan je tapi tak bersenam. so kat sini aku nak tunjukkan 1 video mengenai kepentingan bersenam,pergi gimnasium dan makan keju.


terima kasih Nurhidayu Ismail

gangguan internet Telekom Malaysia seluruh negara pada 25 hingga 31 Julai 2011

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. apa khabar kengkawan semua. terutamanya kepada pengguna tegar internet. sedang aku berjalan-jalan di blog,aku mendapat info mengenai Telekom Malaysia akan melakukan maintenance pada kabel mereka. mungkin kita akan menghadapi suasana internet lembab dan macam-macam lagi. jadi sama-samalah kita berehat dari tercongok kat depan komputer selama 6 hari yer. setiap yang berlaku ade hikmahnya. lepas ni mungkin makin ramai yang turun joging waktu petang,padang pun mungkin makin ramai orang. pada yang nak berbasikal,jom join aku. hehe


Pada 25 hingga 31 Julai kelak, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah. Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa latency yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara. info selanjutnya di sini, http://amanz.my/

Wednesday, July 20, 2011

gadget: cas handphone kini di pergelangan tangan sahaja!!!

korang pernah mengalami situasi yang cemas? contoh:

situasi 1 (Salmah nak masak nasi goreng)

salmah berkata,"macamane nak masak nasi goreng ni. lupe pulak carenye. nak talipon mak aku kat kampung la macamni. alamak,waktu macam ni lah bateri handphone aku 'kong'. tak masak nasi la nampaknye hari ni. masak megi je la".

situasi 2 (Ahmad menaiki motor)

ahmad sedang membawa motor,sedang dia melalui kawasan perkuburan,motornya tiba-tiba mati. ahmad berkata,"alahaiii,waktu macam ni lah motor ni buat hal. depan kubur pulak tu. nak talipon sape la ni. alamak!!!henpon takde bateri pulak. waktu macam ni la bateri nak 'kong'"

haaaa sekarang kita tak perlu risau lagi,dengan adenye pengecas handphone di pergelangan tangan,anda boleh cas handphone di mana sahaja hatta di tandas sekalipon. "kuasa di pergelangan tangan anda" hehe. persoalan aku,agak-agak bape banyak tenaga yang boleh disimpan?soalan kedua,kenapa mesti alamak?bukan alapak?









teringin nak beli?boleh dapatkan di sini

club can't handle me versi india. mesti tengok!!! can't handle punye!!

pagi-pagi aku dah tergelak tengok video ni. rase nak buat jugak pon ade hehe.


terime kaseh Acab Sinclair



versi asal di bawah ni

elak motor anda dicuri

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi pada si cantik dan si kacak. kita sedia maklum yang motor ni sentiasa menjadi sasararan pencuri. lebih-lebih lagi motor honda EX5,motor yamaha 135LC dan tak lupa juga motor honda petak...errrr...honda petak ade yang nak curik ke? di bawah ini adalah salah satu cara macamane nak elakkan motor anda dari di curi.

terima kasih Bateri Cap Harimau!

safety first!

Tuesday, July 19, 2011

virus dalam facebook. hati-hati!!!

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. perhatian kepada member-member sekalian. korang ade dapat tak chat " hi. how are u?? " korang balas tak?kalau balas ape jadi? aku dapat gak chat camtu. tapi aku pelik. kawan-kawan aku tu semua melayu. mane la nak speaking-speaking ni. kawan aku kalau nak chat dengan aku paling koman pon gune ayat

"Hoiii lakhanatt!!!mane ko pergi....lame tak jumpe...rindu la kat lu" 

....tu jer lah. tak pon 

"Salam Y,pekabo ko?makin gemok sekarang".... 

tengok, takde nye nak berspeaking english dengan aku ni. aku curiga dengan chat " hi. how are u?? " tu so aku tak balas, then beberapa minit lepas tu aku terbaca kat wall member aku.

terime kasih MISS AIN

kesimpulan: bukan naik motor je kena pakai helmet,nak main internet pon kena ade safety tau. sekian

Sunday, July 17, 2011

kedai mamak,bapok dan 2 biji rambutan

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. apa khabar kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog irwanmiswan. dah sarapan hari ni? jangan lupa sarapan yer. malam tadi nisfu sya'ban. bermakna 15 hari lagi kita bakal berjumpa bulan ramadhan. dah sedia nak berpuasa ke?atau korang dah sedia mencari tempat sesuai untuk berbuka di siang hari di bulan puasa? haaa,itu pepandai korang la.
aku dan geng-geng budak kampung telah bertolak ke Marina,Tanjung Emas Muar untuk melepaskan gian memancing. walaupun aku ni bukan kaki pancing,perasaan teruja tu tetap ada,yerla,mane la tau dapat ikan besor anak gajah. keh3. gurau je. sampai je bandar Muar,kami terlihat budak-budak fixie dan tak lupa budak-budak jaguar di sana-sini. baguslah. beriadah di waktu malam. tapi aku harap mereka ni dapat la memasang lampu. keselamatan kena jaga,kan?

gambar hiasan: google

hasil tangkapan malam itu kurang memberangsangkan,mungkin kerana di sebelah port kitorang mancing tu ade karaoke. lagu dangdut. lagu 60-an. ikan pon dok bergelek agaknya. AHHH...pandai kau buat alasan. perot lapar,maka berangkatlah kitorang ke warong mamak berhampiran. order. teh tarik gelas. sup kambing.nasi goreng. air jarang. macam-macam lagi.

***10 minit 30 saat kemudian***

seorang maknyah@bapok@lelaki lembut masuk ke warong itu. aku tak tahu ape nama pakaian itu. yang boleh aku cakap,baju nye macam tuala kecik yang ngam-ngam menutup buah dada dan ngam-ngam menutup kemaluan bawah nya.jangan tanya aku dia ada zakar atau tak. ape yang kitorang pelik,badan bapok ni macam ahli bina badan. berketul sane sini. ahhh biarkan. itu antara dia dengan tuhan. badan tough tak semesti nya straight. 

TIBA-TIBA!!!

"FUGHHHHHHH"..tersembur nasi dari mulut salah seorang member aku. aku tanya lah,kenapa dia tersembur? tersedak ke?ade lipas ke kat dalam nasi tu? kawan aku berkata,"HILANG SELERA AKU,TENGAH MAKAN BOLEH PULAK TERNAMPAK TELOR!!"

ERK!!

makan dengan kadar segera. terus pulang ke rumah. masuk pintu rumah,aku teringat rambutan yang aku petik di rumah kawan ku. tengok plastik. tinggal 2 biji. takpelah. hari ni aku ambil lagi. cuci muka. basuh dan cuci apa yang patut. pakai boxer. tidur.

penutup: korang ade member maknyah?bapok?

Saturday, July 16, 2011

Honda EX5 emas baru 2011 'live' di kampung

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ingat tak entry yang lepas,mengenai Honda EX5 emas 2011 yang baru? belom baca? boleh ke sini.  pada yang belom melihat motor EX5 2011 yang baru ini dalam jarak dekat,entry kali ni akan tunjukkan beberapa gambar motor EX5 emas ini yang telah dimiliki oleh salah seorang penduduk kampung aku. takmau cakap banyak,tengoklah yer,mane tau berkenan. raya tahun ni merasa motor baru ye tak? hehe



lelaki muda tak sehandal lelaki tua?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ape khabar semua? dah sarapan? harap hari ni semua sehat-sehat yer.dah baca suratkhabar hari ni? mesti lelaki muda sekarang tercabar dengan berita muka depan hari ni. lelaki tua berumur 70-an di tangkap khalwat bersama pasangannya yang berumur 29 tahun. bila nak diikat jamin lelaki tua tu tak mahu kerana ahli keluarga lelaki terbabit tak mahu mengikat jamin teman wanitanya. berita selanjutnya di sini

apa yang terlintas di kepala korang sekarang? pada perempuan yang sering mengatakan bahawa lelaki muda ni miang dan kaki perempuan,baik ubah cepat-cepat pemikiran kamu tu. pada mereka yang bertekad tunggu tua baru nak bertaubat,baru nak buat baik,baru nak ingat sejadah,baik lupakan. ubah hasrat tu. mula dari sekarang,sama-sama kita insafi diri. kita tak tahu akan datang kita macamane,kan? 


yang aku hairan,kenapa perempuan ni cari lelaki yang teramat tua untuk diri dia? ditangkap khalwat. kalau berdua,takkan duduk bersembang je? apa yang ada pada lelaki tua ni sampai si perempuan ni nak kat laki ni?ape sebenarnya seorang perempuan cari dalam diri seorang lelaki sampai tak mengenal usia dalam memilih pasangan? dah pangkat atok tu,pun masih laku? macamane dengan kami yang muda belia ini? yang masih teruna. yang perlukan kasih sayang seorang wanita...

aku pun insan lemah.aku pun nak ubah diri aku

Friday, July 15, 2011

aku dapat sambung belajar ke universiti??pukul 12 tengahari boleh semak!!!

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. tahniah kepada mereka yang berjaya memasuki alam universiti. pada yang tidak berjaya,usaha lagi. setiap orang ade rezeki masing-masing. pada yang berjaya,belajar elok-elok. duit bantuan yang diterima,gunakan seelok-eloknya. make your parent proud of you!!(betul ke ayat aku ni?)
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA (IJAZAH PERTAMA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

Saluran 1
:
Lembah Klang
Saluran 2
:
Utara
Saluran 3
:
Selatan
SMS
:
Taip UPU RESULT [No.KP] hantar ke 15888
(Mulai 15 JULAI 2011, Jam 12 tgh) 

 maklumat lanjut boleh ke sini: http://upu.mohe.gov.my/

ingin aku kongsi sedikit kisah aku. aku merupakan pelajar matrikulasi,selepas setahun,aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Segamat. setelah dua semester,ayah aku suruh aku berhenti belajar. ayah suruh aku membantunya di kampung. tetapi ramai yang tidak setuju,maka aku tangguhkan pengajian ku selama setahun. selepas itu aku sambung pengajian ku di UiTM Shah Alam melalui program pengajian jaraj jauh (PJJ). setiap minggu aku berulang alik dari Muar ke Shah Alam. sambil kerja,sambil belajar. sambil kerja,sambil buat assigment. setelah 2 semester,ayah aku sekali lagi memberitahuku supaya berhenti kerana semakin lama semakin banyak kerja perlu aku buat. maka tanggal April 2010,aku ditemani farid,menghantar surat berhenti belajar.

dan sekarang,aku masih bekerja, kerja apa? kerja biasa-biasa saje. bantu keluarga di kampung.pengorbanan aku ni masih kecil kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa kepadaku.

ingat zakar tu mainan ke? suka-suka je potong

salam,dah sarapan? aku agak ngeri bila mengenangkan nasib lelaki yang dipotong zakarnya ni. apelah nasib. kalau ade salah paham,ape kata berbincang dulu. kan lebih elok. dulu main simbah-simbah asid. ni main potong-potong pulak. ingat mainan ke ape. itu la aset lelaki yang berharga tau. tanpe aset tu,macamane perempuan nak dapat anak? macamane keluarga nak bahagia. macamane lelaki nak kencing kalau takde zakar? 



kalau ade perselisihan faham. bawalah berbincang. si suami perlulah menjaga isteri. memimpin isteri agar menjadi isteri yang solehah. jikalau ada salah faham,selesaikan dengan segera. jangan sampai si isteri memendam rasa sampai bertindak di luar dugaan. kita nak kahwin bukan semata-mata kerana nafsu seks. kita nak membina keluarga bahagia,berlandaskan agama. kalau nak lebih faham. pergi lah cari buku-buku agama. dan cari hadith-hadith sahih mengenai rumahtangga. 

sama-samalah kita berdoa semoga kita dikurniakan pasangan yang soleh/solehah. kepada rakan-rakan yang dah berkahwin,semoga berbahagia ke akhir hayat. dan kepada kawan-kawan ku yang bakal menimang cahaya mata, namakanlah dengan nama Irwan. hehe. sekian. 

sumber berita: mymetro

Wanita potong zakar suami telah didakwa 

LOS ANGELES: Seorang wanita berusia 48 tahun yang memotong zakar suaminya telah ditahan dan didakwa, semalam.

Catherine Kieu Becker, 48 dituduh meletakkan dadah ke dalam makanan sebelum mengikat kaki dan memotong kemaluan suaminya di rumah mereka di Garden Grove Isnin lepas.
Dia telah didakwa kerana menyiksa, menyebabkan kecederaan pada tubuh badan dan menyebabkan kehilangan anggota badan dan organ.

Lelaki berusia 51 tahun itu dalam keadaan serius.

Menurut jurucakap Pendakwa Raya Orange County, sekiranya disabit kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup - AFP 

aku tanya: perempuan potong zakar lelaki,lelaki nak potong ape? haih...macam-macam

Thursday, July 14, 2011

basikal khas untuk membeli belah

salam. adakah korang selalu naik basikal untuk ke kedai runcit? adakah korang mengalami masalah untul membawa barang-barang yang dah korang beli? mesti susahkan? tapi aku rasa,75.6% pembaca blog aku ni pergi kedai pun naik kereta. takpun suruh mak bapak je carikan barang. hehe. jangan marah. untuk mereka yang suka menaiki basikal ke mana sahaja dan menghadapi masalah untuk membawa barang,aku dah jumpe penyelesainnya. khas untuk penunggang basikal tegar. hehe.


apa yang korang perlu sediakan adalah sebuah basikal,tak kisahlah basikal ape pon.troli shoping complex. yang ni pepandai korang cari,jangan korang pergi The Store,korang rembat pulak.Socket set. Hex key set. Dremel tool. Utility knife. Zip ties. Screwdriver 

korang dah sediakan semua? bagus. korang gunela barang-barang kat atas tu. pandai-pandai la korang bikin sampai jadi macam kat bawah ni ye.
itu dia. ada berani?

perlu diingatkan. aku tak bertanggungjawab atas ape jua yang terjadi. segala yang berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri. sekian. 

sumber : www.zieak.com

Opena Case iPhone4 boleh buka penutup botol?

korang penah main cepe? jangan tanya aku ape itu cepe. cepe itu merupakan penutup botol minuman. contoh air yang paling aku suka minum ialah air bodo. namanya pelik,tapi airnya memang sedap. kurang gas. botol nya lebih kurang sama dengan botol yang Sudin guna masa suruh Zaiton keluar dalam cerita Bujang Lapok..haa dah paham macamane botol yang aku maksudkan? tapi entry ni bukan nak cakap pasal botol. tapi pasal satu product dari Opena Case khas untuk Iphone 4 yang boleh diguna untuk membuka penutup botol. kalau berminat boleh beli kat sini

pssstttt!!! blog serius pon ade tunjuk case iPhone yang comel dan kreatif tau. jom ke sini.






apakah iframe? siapa penulissenja?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. aku tahu aku sudah lambat untuk buat post ini. sama juga dengan kisah semasa seperti Bersih 2.0 . aku langsung tidak post pasal Bersih. kalau korang nak tahu pasal Bersih 2.0 , korang google la yer. petang ni aku nak luahkan kekesalan aku. kesedihan aku terhadap penulissenja. ade yang kenal,ade yang tak kenal kan? pada mule perkenalan aku dengan blog die.blog die penuh dengan puisi. benar. puisi yang indah. dia pon kerap meninggalkan komen di blog aku. lama kelamaan aku tengok entry dia lain macam. seolah-olah copy paste atau memang benar copy paste? kebanyakannya pasal seks dan kisah pelik. mungkin nak naikkan trafik. 
aku akui aku pun ade guna kaedah copy paste ni tapi jangan lupa letakkan sumber nya.

beberapa hari lepas dunia blog telah kecoh dengan berita yang penulissenja telah menipu kita semua. dengan menggunakan iframe. ape itu iframe? korang boleh ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ape itu iframe. lebih senang, korang google je. terima kasih juga kepada brader izamir ridzwan yang telah mendedahkan apa yang telah dilakukan penulis senja. 



junior satu sekolah dengan aku, azrijohan turut sedih dengan apa yang telah dilakukan penulissenja kerana penulissenja telah membantu azrijohan semasa beliau baru dalam dunia blog. boleh melihat postnya di sini,http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/kenanganku-bersama-penulissenjacom.html

aku cuba singgah ke blognya tapi tak dapat. facebook pun tiada wall. aku harap dia dapat tampil memohon maaf dan memberi sebab yang kukuh. setiap manusia ada kesilapan. tak salah kalau kita akui kesilapan kita. pada blogger dan juga aku,kita berblog,mencari kawan,mencari kenalan,tak perlulah menipu untuk mendapatkan trafik. kalau entry kita bagus,insyaallah, ramai yang singgah.

selak kain: sumber traffic blog irwanmiswan

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ape khabar kengkawan semua. dah sarapan? hari ni aku saje nak mendedahkan rahsia unique view (UV) blog aku yang tak kurang dari 200 setiap hari. alahai. bukan rahsia apa pun. semua orang boleh buat. aku maseh ingat, minggu lepas memang aku tengah down. otak aku serabut dengan macam-macam masalah. mase tu UV dan page view (PV) aku jatuh. dari 308 ke 226. tanggal 10 julai,aku terkejut. UV aku mencanak naik hingga 472. bile aku check balik,traffic aku hari itu datang dari blog ceritamamat.com . aku lupa aku dah beriklan kat blog die. terima kasih ceritamamat.com


korang boleh nampak traffic aku jatuh sikit demi sedikit kerana aku tak mengupdate blog,terime kaseh kepada blog ceritamamat.com kerana telah menyelamatkan graf di atas. singgah sini untuk beriklan di blog mamat. kalau korang nak tahu,dia masih lagi bersekolah,berumur 17 tahun. tapi blog die dah ramai peminat dan pada aku,blog dia mantap. aku harap mamat dapat teruskan lagi usaha untuk memantapkan blog.

di bawah ini pula adalah sumber traffic aku bermula 14 Jun sehingga 13 Julai 2011.

pendapat aku,beriklan di blog kengkawan ni salah satu cara untuk mempromote blog kita yang masih muda. keluar modal sikit je kot. tapi kalau dah beriklan kat blog orang tu jangan pulak kita tak update blog. kena jugak update. alhamdulillah terima kasih jugak kepada google kerana memberi ruang untuk blog aku muncul dalam enjin carian diorang. mungkin kerana pagerank blog aku 2 kot. aku pun tak paham pasal pagerank ni. kalau nak check pagerank blog korang,boleh ke sini.

akhir sekali,aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa singgah ke blog yang paling simple ni yer. aku budak biase. hidup aku biase. blog aku pun biase.

Wednesday, July 13, 2011

pabila vespa dan volkswagen bertemu

lantak korang nak cakap ape,pada aku ini kreatif dan cool. aku pun mencari kombi tapi belom ketemu. kalau ade pon hargenye .....tuhan sahaje yang tahu macamane hati aku bila melihat hargenye yang boleh bawak pergi melancong ke hawaii. cisss...daripada cakap pergi hawaii baik ko cakap nak buat umrah. sejuk perot mak ko.



vespa-volkswagen.sumber

segmen kenali blogger sporting


assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. aku dah lame tak join segmen memane blog. hari ni tetibe terdetik nak join segmen dari seorang blogger. kalau nak join,sila klik sini. senang je nak join. aku kena jawab soklan kat bawah ni:
  • Jantina: kompem la aku ni lelaki. lelaki yang lurus dan botak.
  • Umur: pernah berumur 20 tahun. sekarang 23 tahun 6 bulan 9 hari
  • Status: masih lagi bujang,niat memang nak kahwin,tapi niat je watpe,zahir dan batin belum mampu.
  • Tempat tinggal: Johor, kalau ade kesempatan singgahlah sini. aku belanje asam pedas kat paret jawe.ape macam hehe 
harap-harap dengan join segmen ni aku dapat la kenal dengan blogger yang sempoi keh3

aku layak memohon innity?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kengkawan semua. dah makan? cuaca panas nih. pada yang perempuan tu kalau ade buat kerja kat luar,pakai la topi yer. kang gelap muka tu kang. lelaki takpe. hitam-hitam pun manis. hehe. sila jangan percaya cakap aku. sebab? kalau betul perempuan suka lelaki melayu yang hitam manis macam aku ni kenapa aku tengok kat facebook dok ramai letak gambor artis korea,nape tak letak gambar aku?

korang tau ape itu innity? korang baca dan terjemah sendiri. sebab apa yang aku tahu innity ni boleh beri pulangan yang lebih lumayan.

syarat kelayakan memohon innity:

innity kata blog/web kita hendaklah mempunyai 100,000 pageviews 20,000 unique view sebulan. hah??biar betul?? sekejap,aku nak tengok aku punye pageview dan unique view jap,fuhhh mintak-mintak la dapat.

cis, blog aku ni pageview dengan unique view baru berapa. memang kompom tak boleh mohon innity. takpelah,yang penting ade yang datang singgah dan bace blog aku ni pon dah bersyukur da. (buat ayat sedih).

innity pon bagitau yang blog/laman web kita hendaklah sentiasa di update. hoh? sentiasa diupdate? blog aku ni pon update bape kali je seminggu. alahai.

dengan muka sedih aku mengakui,aku belum layak untuk memohon innity lagi. memang belum layak. blog aku ni pun pengisiannya masih belum mantap. ingat senang ke nak jadi blogger. kena peka dengan keadaan semasa. kena pandai kupas idea. aku ni kupas durian reti la. kalau nak tahu lagi syarat mengenai innity ni,korang boleh la ke sini.  
aku setia dengan nuffnang je dulu. nak bergeliterati dengan nuffnang. walaupun dah lama tak dapat buffered earning. aku tetap bersabar. aku tau aku punya kualiti blog pun masih rendah. ape-ape pon terima kasih pada korang yang sudi meluangkan masa datang ke blog aku ni. yer.


sebenarnya aku nak buat entry pasal perhimpunan Bersih. tapi aku rasa baik aku diam. sebab aku bukan orang yang layak untuk bercakap pasal ni. apa yang penting,tiap hari aku berdoa supaya negara kita ni sentiasa aman dan kami penduduk kampung dapat buat kerja dengan tenang.

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan