nuffnang

dari irwan miswan

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tidak seberapanya ini. Kalau kawan-kawan ada info berguna, atau ingin menegur kesilapan aku, dipersilakan, tapi tegurlah secara positif sebab aku akan lebih hargai mereka yang menegur secara positif dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sekian.

Thursday, June 30, 2011

wardina safiyyah ingin saman bloggers?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. pagi ni kita telah dikejutkan dengan berita seorang pengacara dan juga bekas pelakon spanar jaya yang popular,wardina safiyyah ingin menyaman blogger. kenapa? kerana beliau telah dikaitkan dengan parti keadilan rakyat.


kisah ini perlu menjadi iktibar kepada kita dalam dunia blogger. kita tidak boleh sewenang-wenang nya menyebarkan sesuatu perkara tanpa diketahuai kesahihanya. aku pun masih dalam proses belajar berblog dan sama-samalah kita berusaha jadikan blog kita dikenali kerana penulisan yang berhemah dan bukan semata-mata mahu pencari populariti. bila kita berblog dengan berhemah dan menghormati orang lain,dengan izin tuhan,kita pun akan dihormati.



keratan kosmo online
KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.
Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian. baca kisah selanjutnya di sini

buka aib orang? kelak aib sendiri terdedah jua

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan seantero malaysia! yang kat luar malaysia pun ape khabar? dah makan? aku masih belom makan lagi. sarapan pun belom. pagi tadi bukak mata,lepas solat subuh terus bawak fixie oren ku menjelajah kampung. masuk opis,dah start sibuk. huhu. kejap lagi la aku makan yer.
tengah aku dok angkat sawit hari tu,tetibe terlintas kat fikiran aku. makin hampir je nak pilihan raya,makin banyak bende kurang enak untuk didengar. maaflah,blog aku ni bukan blog kisah politik dan aku pun bukan paham sangat bab politik. aku pun tak berapa minat pasal politik. pasal undi? biarlah rahsia. aku nak tengok siapa yang akan pimpin kawasan aku,macamane orangnya. adakah beliau cume seorang yang dekat di hati rakyat ataupun cuma nampak kelibat bila pillihanraya saje.

aku tak mau cakap panjang lebar. aku cuma terfikir. perlukah kita membuka aib seseorang? tak kira lah siapa kita. dari pemimpin hingga ke rakyat jelata termasuklah aku. aku pun akui kekadang aku ni pun terlepas cakap jugak kan? biasalah,manusia,tak lepas dari kesilapan. seboleh-bolehnya elakkan lah dari mengata mahupun membuka aib orang. ape guna kita buka aib orang kalau diri sendiri pun belum cukup sempurna. apa perasaan kita kalau orang bukak aib kita?

penutup: ingatan ini adalah untuk diri aku sendiri sebab aku tak suka orang mengata mahupun mengutuk aku dari belakang. maka aku pun tak maulah membuka aib mahupun mengutuk orang...adil la...kan? 

hanya tuhan sahaja yang tahu segalanya......

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi). sumber


Tuesday, June 28, 2011

cara menunda kereta (towing) paling RARE!!


aku terkejut dengan cara pakcik ni menunda ataupun bahase glamernye towing sebuah kereta di okinawa,jepun. 1 je soalan aku,ape yang korang rasa bila kereta korang di 'towing' dengan cara begini?

fixed bike a.k.a fixie: kegilaan anak muda sekarang?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan tak kira di mana jua anda berada. maaflah hari ni otak agak beku jadi segala idea yang aku ada,aku cume catat dalam nota. bila otak dah cair nanti baru aku huraikan idea-idea aku tu huhu. korang perasan tak sekarang ni? tengah demam dengan basikal fixie. mula-mula aku pun tak tau ape bende basikal warna warni ni. dulu aku kerap nampak bebudak muda bawak dekat dataran Batu Pahat takpun dekat dataran Tanjung Emas Muar. sekarang,kat area kampung aku pun dah ada. 
fixie bike, sumber gambar:http://fixedgearsclub.blogspot.com/

apebende fixed bike ni?
aku nak cakap pun susah,tapi ape yang penting gearnye mati. maksdunye kalau korang kayuh kedepan,memang kedepan la kan. pastu kalau korang kayuh ke belakang,roda pon turut berpusing ke belakang. kebiasaannya mereka yang bawak basikal fixie ni tak guna brek. 

harga fixed bike mahal tak?
apa yang aku tahu dari sumber yang boleh dipercayai,harga barang-barang mahupun harga fixed bike ni sendiri lebih murah berbanding mountain bike. tapi bergantung la pada jenis dan aksesorinye yer. kalau tak caye cube korang pergi kedai basikal sekarang jugak.

sekarang ni,basikal ni seolah-olah menjadi kegilaan budak-budak sekarang. padahal dulu pun kita main basikal kan? agak-agak korang la kan,ape yang membuatkan basikal fixie dan tak lupe juga mountain bike ni popular.?

penutup: aku rasa nak tubuhkan kelab remaja buncit  lepas tu pakat ramai-ramai naik basikal round kampung,amacam? ade berani?hehe

pendedahan!! bukti kondom merbahaya

korang tau apa itu kondom? tak tahu? senang saja. pergi ke 7 eleven mahupun stesen  minyak berhampiran dan tanya kat kaunter,"boleh mintak kondom perisa strawberi?" huhu aku main agak aje,kondom ni ade ke perisa.? kalau ada pun untuk apa? ahhhh aku takmau fikir sebab aku tak pernah guna dan takkan guna kot. nak tahu kenapa? korang baca keratan akhbar yang aku dapat dari internet di bawah ini. kalau tak paham bahasa inggeris,tanya mereka yang paham. tapi jangan tanya mereka yang berumur bawah 20 ye. sekian.


penutup: teringat aku dulu kalau tak silap ada kempen pengagihan kondom secara percuma. agak2 la kan...ape kesannya pada masyarakat? err...yang aku pelik,kondom pon ade perisa. buat ape la perisa yang macam2 tu kan

Monday, June 27, 2011

amaran!! jangan biarkan anak anda bawak skuter

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. zaman sekarang orang sukekan kenderaan yang mudah. memang terbukti skuter menjadi pilihan mereka yang telah berkeluarga. tapi pernah tak kita terfikir yang skuter ni merbahaya? terutamanya untuk anak-anak kecil. bukan salah skuter ni,tapi cara kita menjaga anak-anak kita tu macamane? (aku belum kahwin lagi yer.harap maklum).


di bawah ini adalah satu video peringatan untuk mereka yang suka bawa skuter tapi tidak mematikan enjin ketika berhenti untuk membeli sesuatu. saksikan dengan penuh ketabahan

unique view 129 dalam sejam? macam tak caye

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. hari ni aku baru singgah tak lebih dari 5 blog dan baru ping 2 tajuk entry sebab aku malas nak mengeping. korang tengok la facebook. bila nak ping je mula la mintak code itu ini. tapi hari ni aku betul-betul terperanjat. mane taknye,dalam sejam,UV blog aku mencecah 129???hyssshhh tak pernah dalam sejarah blog aku ni. aku bukan nak riak. ni sekadar diari kenangan untuk aku lebih bermotivasi untuk berblog. terime kaseh kepada mereka yang menyokong.jangan lupe like page blog aku kat facebook yer. 


penutup: aku tengok blog aku ni simple ya amat tapi ramai yang singgah. terharu sangat2. kalau yang singgah tu belanje aku makan asam pedas lagi la aku terharu huhuhuhu. 

geoduck: kerang laut yang pelik

assalamualaikum wa rohmatullohi wabarokaatuh. selamat tengahari semua. ape khabar?dah makan? belom makan?puasa ganti? ape-ape pon semoge korang sihat-sihat hendaknya. tengahari ni ape kata korang makan kerang yang diberi nama geoduck ini. kerang ini sangat besar dan panjangnye antara 15 hingga 20 sentimeter. nape ada panjang pulak? kerang yang bisa kita makan tu takde panjang mana pun? huhu. tak caye? tengok gambar di bawah.


amacam?terkejut tak? nak tahu macamane nak tangkap dan masak kerang ni? jom tengok discovery channel,dirty job by mike rowe di bawah. jom lah. sambil menambah pengetahuan kan?



dah tengok video? amacam? sanggup makan. aku lebih rela makan masak lemak pucuk ubi kot huhuhu. jangan tanya aku kenapa aku tak sanggup makan uhuk3..

sumber info: wikipedia dan youtube
sumber gambar: google.com



semakan peminjam PTPTN yang disenarai hitam

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. pada mereka yang ada meminjam duit dari PTPTN,bayarlah balik. ingatlah perjanjian yang kamu tandatangani dahulu. jangan menyesal tak sudah. dapat PTPTN buat g enjoy sape suruh? duit tu kan untuk membiayai pembelajaran kita. kalau nak semak sama ada nama korang dah disenarai hitamkan atau tidak,boleh ke sini.


pada yang belum memohon PTPTN dan akan memohon. fikir elok-elok. duit tu gunakan sebaik-baiknya ok. ingatan ini untuk diri sendiri dan rakan2. sekian.

sumber idea: http://suterakasihyann.blogspot.com/

hati2 wanita: kes raba punggung dalam lif

di bawah ini adalah satu kisah pengajaran untuk lelaki dan perempuan. semoga selepas ini kita lebih berhati-hati bila menaiki lif.


Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata,

"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!"

Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.

Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...

Nurul: Ya, saya percaya.

Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free.
Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?

Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu...


moral: jangan ngengada dok himpit-himpit,gesel-gesel dalam lif bila isteri anda ada.sekian.


penutup: aku takut nak naik lif,rasa cam nak terbang je huhu.ape pengalaman ngeri dan tragis anda dalam lif?tak mau kongsi?


sumber: bom321.com

Proton Persona R bakal berada dipasaran,nantikan kehadirannya

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. jujur aku katakan,aku bangga dengan pencapaian rakyat Malaysia yang berjaya mengeluarkan kereta-kereta yang mampu berdaya saing dengan kereta luar negara. lihat sahaja kereta proton wira yang masih menjadi kegilaan remaja walaupun telah lama berada di pasaran. baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kereta proton inspira dan perodua myvi baru. dan kini,kita mungkin akan dikejutkan lagi dengan 1 lagi kereta keluaran Proton iaitu Proton Persona R. mungkinkah proton bakal menggugat kedudukan perodua myvi yang telah menjadi kereta paling laris di Malaysia??siapa tahu...




ape pendapat korang? terasa nak kumpul duit beli kereta tak?

sumber info dan gambar: arenakereta.com

penutup: aku belum terfikir nak beli kereta apa,cukuplah aku tunggang 135 LC Transformers aku dan Honda petak katak hijau ku.

pagerank blog aku 2/10. jauh lagi perjalanan

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi semua. maaflah tak update blog. bukan ape,sibuk dengan kerja kan. plak tu lepas satu,satu masalah timbul. hari ni aku tergerak nak tengok pagerank blog aku sebab aku ada terbaca kat 1 blog pasal pagerank ni. aku pun tak tau ape bende alah pagerank ni. tapi yang aku dapat paham makin tinggi pagerank,makin tinggi lah peluang blog korang diletakkan di senarai tangga teratas google. err....betul ke kepahaman aku ni?kalau aku salah bagi info tolong bagitau yer. maka dengan hati yang berdebar-debar,aku check pagerank aku. entah bape la agaknya. dan keputusannya adelah:

perghhh rasa nak tersentap jantung aku. baru 2??huhu. sebenarnya aku tak paham lagi pasal pagerank ni. dapat 2 pon jadilah huhu. mesti korang punya dah banyak kan??huhu. jujur ni aku nak tanye,sapa yang lebih tau pasal pagerank ni?tinggalkan la link kalau korang ade info. aku malas nak google sebab aku nak kawan2 yang baca blog aku ni bantu aku,terangkan kat aku yer. terime kaseh.

nak check pagerank korang? singgah sini

Saturday, June 25, 2011

Samsung Galaxy S 2 kini dipasaran!!!

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. seperti yang semua sedia maklum,samsung telah mengeluarkan satu lagi produk yang bakal menjadi pencabar kepada telefon pintar lain dipasaran. aku yang pakai iphone ni pun gian tengok henpon samsung galasi s 2 ni. pada kengkawan yang henponye rosak dan teringin nak pakai henpon pintar macam samsung galaxy s 2, bolehlah membelinya di pasaran tetapi jangan guna duit ptptn mahupun biasiswa pelajaran yer. guna duit hasil titik peluh anda bekerja ok. lebih puas kan? 



apabila semua buffered earning menjadi metered earning

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. aku baru perasan yang aku dah lama tak semak pendapatan aku kat nuffnang. sekali aku tengok. semua buffered earning yang aku dapat pada bulan 5 dah jadi metered earning. terima kasih kepada nuffnang dan pihak yang sudi meletakkan iklan dalam blog aku yang simple ya amat ni. berikut ialah total earning aku dalam nuffnang.walaupun baru RM200 lebih,dah kira ok la tu pada aku. rezeki. bersyukur je la. jangan merungut je :-)


penutup: agak-agak la kan,bila la nuffnang nak bagi buffered earning lagi? kejap lagi nak puasa, pastu dah nak raya. macamane aku nak bagi duit raya kat sedara-mara aku nanti huhu

dah 5 bulan konon aktif berblog,ape aku dapat?

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi semua kengkawan. dah sarapan?sarapan apa pagi ni? takkan baru bangun kot. mentang-mentang tengok maharaja lawak,jadi alasan bangun lambat yer. aku lupa pulak dah 25 jun. aku sebenarnya dah lama ade blog ni. tapi mula aktif masa 22 februari 2011. aku tak tahu kenapa aku berblog masa tu. macamane aku boleh aktif. tapi pada korang yang mengikuti perkembangan blog aku (kalau ikutlah) mesti nampak perubahan yang cuba aku buat. 

5 bulan,boleh tahan lama la kot. ape yang aku dapat? macam2. teguran membina,tak membina semua ada. terima kasih atas semua teguran tu. walaupun kadang2 rasa macam makan dalam dan mencucuk dada ni,aku terima dengan hati terbuka. berblog ni bukannya senang. silap taip sikit dah jadi isu. bukan boleh suka2 kan? malas nak cakap banyak, kat bawah ni adelah analitik yang aku dapat setelah 5 bulan berblog. memang masih sedikit pengunjung blog ni. takpelah.biar bersederhana. terima kasih kepada mereka yang singgah.




 di bawah ni pulak adelah ranking blog aku dalam malaysia. masih belum cukup mantap lagi. takpelah. slow2. nak kejar apa pun. aku bukan blogger sepenuh masa. isi dalam blog ni pun merepek ajer huhu,

penutup: terlintas difikiran.ape lah yang diorang cari kat blog yang sangat simple ni?

sepah juara maharaja lawak 2011. tahniah orang johor!!!




assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ape macam. betul tak jangkaan aku. memang sepah akan menang punye. siap ade dafi datang tu. tahniah kepada sepah. memang salute!! tugas korang lebih besar. kena cari lagi idea yang besh2.



tak lupa pada jozan yang mendapat tempat ke dua. tahniah jugak. walaupun korang memang dah popular tapi persembahan korang memang tak mengecewakan. aku rasa hafiz af pon gelak2 nengok. hehe



nabil. tempat ketiga. 150 ribu ko sorang dapat. aku harap lepas ni nabil lebih kreatif. bukan senang nak buat lawak bila solo ni kan? tahniah nabil.

jambuuuu kenapa korang nombor 4!!! takpe jambu. lepas ni korang usehe lagi. aku suka persembahan korang dengan zila bakarin. superb!!!!

penutup: jangan kutuk2 lepas ni.hehe. kita semua ada bakat maseng2. yang terpendam. jom tido. selamat malam


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 24, 2011

betulke nak jadi blogger hebat dan popular?




assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang semua. cuba kita tanya diri. kenapa kita berblog? sebab suka2? kalau betul la untuk suka2, buat apa sibuk pasal buffered earning (BE) nuffnang dan ping entry kat facebook? ini adalah soalan untuk aku aku sebab aku cakap berblog sebab suka2 tapi kenapa sibuk pasal BE dan ping entry?

sebenarnya aku pun masih belum ada jawapan. tapi pada aku, bila nampak analitik kat nuffnang meningkat, aku lebih bersemangat untuk berblog. walaupun sehari UV baru seratus sudah memberi semangat untok aku menulis. bila dapat buffered earning, lagi la banyak idea aku nak merepek. hehe

yang pasti, aku takmau jadi blogger yang hebat mahupon dikenali ramai. sebab tu aku dah jarang blogwalking dan ping entry. aku blogwalking kat blog yang komen entry aku je kadang. pastu entry aku dah seminggu aku tulis, baru aku ping. mungkin aku akan blogwalking dengan kerap lepas ni. tapi bukan untuk promote blog. cume sekadar kunjung mengunjung. yela. kan dah nak raya hehe. cisss puasa pun belom daaa

aku bukan ape. entry kat blog aku ni pon banyak yang merepek kan. jadi segan la aku nak promote blog ni. aku macam ada ingat 1 ayat. "semakin hebat kuasa, semakin besar tanggungjawab" jadi pada aku, kalau blogger tu dah otai dan hebat. maka paham2 lah ye tugas anda untuk membantu blogger baru macam kami ni :-)

penutup: maafkan salah silap. sedang berusaha menjadi blogger yang tak kuat merepek huhu :-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

aku harap sepah juara maharaja lawak 2011

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. malam ni mungkin aku tak dapat tengok final maharaja lawak sebab tv aku masih belum siap dibaiki. aduihhh rasa rugi je langgan astro warna tapi tak dapat tengok maharaja lawak. aku langgan pun sebab mak aku beriye nak tengok. kesian mak aku. jangan sedih ye mak. nanti Y tolong downloadkan untok mak huhu.

aku harap malam ni sepah yang menang sebab lawak- lawak yang diorang memang melayu. tu yang aku suka. sambil melawak ade selit kisah dan prngajaran. contoh macam kisah nk satukan anak perempuan dengan sorang laki yang pondan dengan harapan laki pondan tu berubah. kan ke bagus tu kan?daripada korang sisih dan kutok. cube kite pimpin mereka menjadi lelaki sejati.

jadi, sesape yang banyak kredit tu undilah sepah ye. aku bukan tak mau undi. aku punye kredit dah low. bos aku plak belom bagi aku upah motong sawet. huhu.so belom ade duit. korang yang banyak duit tu pegi la mengundi yer.

penutup: jep tu dah macam p ramlee. mamat plak macam sudin. si soep tu plak dah macam ajis. hehe. aku plak? perot ni dah macam doraemon dah huhu


- Posted using BlogPress from my iPhone

blog aku sunyi hari ini




assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat petang kengkawan yang sudi singgah ke blog aku ni. minta maaf sebab tak update blog hari ni. (buat ape nak mintak maap. bukan ada yang bace pon blog ni).

aku kadang- kadang terfikir untuk membuat dua atau tiga blog yang mempunyai kandungan yang berbeza. 1 blog untok diari aku. 1 blog untok isu semasa. 1 lagi mungkin untuk kisah pelik ke kan. tapi aku rasa cukuplah 1 blog ni. sebab nak update pun kadang tak sempat kan. macam nak berbini jugak. kalau tak mampu nak pasang 2 ke 3 ke. cukoplah jage sorang bini kan? hehe

hari ni aku tak sempat nak pegang keyboard. mungkin esok atau lusa. pagi tadi aku dah standby kumpul bahan untok pembaca setia blog aku ni tapi sayang sekali hari ni agak kelam kabut.

apa- apa pon jage diri korang. mungkin ayat aku macam syol sendiri. tapi peduli ape aku. kalau pembaca setia blog aku ni cuma sorang dua pun aku dah cukup syukur. :-)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 23, 2011

"nostalgia ayah" bersama rakan facebook ku

assalamualaikum wa roh matullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan semua. dah makan belom? kalau belom tu pergi lah makan,jangan dibiarkan perut tu kosong. kang kena gastrik kesian kat mak ayah korang. kena antar korang pergi klinik hehe. setiap orang ada kenangan bersama ayah. aku berkesempatan bertanya kepada rakan-rakan facebook ku mengenai kenangan mereka bersama ayah masing-masing. jom tengok kisah mereka.

heheh ni merupakan member aku masa kat uitm segamat. fitri namenye. kalau korang tengok mukenya memang skema ya amat. tapi mase kecik pon nakal gak. habis kena sebat dengan bapak die hehe. korang nak tau toler tu ape? cari sendirik keh3

yang kat atas ni pulak namenye kak su hehe. aku anggap dia akak la sebab atas aku kan. kak su ni memang gorjes wa cakap lu. cantik dan ayu. rupa-rupanya nakal jugak sampai kena pukul dengan ayah dia. aduhai huhu

member satu tempat kerja. orang panggil dia wak laseng. yang aku takleh blah ade ke dia mintak bapak dia pinangkan nurul syuhada nurul ain? mane boleh!!! wa belom masok line maaaa hehehe

hehehe ni kawan aku mase sekolah rendah dan tadika. dah lama tak jumpe dia. tau-tau je dah besar camni,siap pandai bergaya lagi huhu. pengalaman die pun same cam yang lain. kena pukul dengan ayah gak. tapi dia ni malas nak pergi sekolah, tu yang kena pukul hehe.padan muka

hahahah besh aku baca komen si syahid haron ni. member aku mase kat SBPI Mersing dulu. dia ni memang power bab study. sekarang kat france kot. hahaha entah aku lupa. tapi dia memang genius. baru aku tau kenapa dia jadi bijak. korang bacalah komen die..pahamkan hehehe

hahaha padan muka ko farid isa hahaha. inilah kawan yang bagi semangat kat aku mase aku tengah frust berhenti belajar sebab nak tolong family kat kampung. sampai la aku dah keje ni pun dia tetap ambik berat kat aku. thank alok. lupa pulak,dia ni pun gila2 tengoklah,sanggup paw duit bapak dia sebab nak beli mainan digimon hahaha. masok peringkat daerah tu. damn!!!ko tipuu haha

hahaha yang kat atas ni member aku gak,baru kenal tahun ni padahal belajar sama-sama kat uitm segamat tu. kenangan die paling besh sebab hari-hari pergi kebun tolong bapak dia..bagus. boleh jadi peladang berjaya hehehe

aku terkedu baca komen kawan aku si buyat. hurm. sedih pun ada. ingat lah kawan-kawan,tatkala kita bersuka ria dengan family kita,ada insan lain yang dahagakan kasih sayang ibu bapa kerana ketiadaan mereka. selagi ibu bapa masih ada,jagalah mereka sebaik-baiknya. jangan derhaka kepada mereka. ingatan untuk diri ini.

penutup: rakan blogger takmau kongsi kenangan ke kat sini. kongsikan la. meriah sikit :-)

bilionair beri bonus 6 juta lepas dapat cucu

lee shau-kee,83, yang menduduki tangga ke 28 senarai bilionair Forbes akan mengagihkan bonus berjumlah RM6 juta kepada 1500 kakitangannya selepas menantunya melahirkan cucu keenamnya.

aku kagum dengan sifat pemurah orang kaya ini. bila die gembira, dia nak orang lain pun merasa gembira. 6 juta untuk 1500 orang bermakna seorang dapat rm4000. harap bila kita senang nanti, kita pun pemurah macam beliau. rezeki yang kita dapat ni pun dari tuhan. perlulah kita kongsi. kan?

penutup: kadang-kadang, bila kita bantu orang dengan ikhlas pun orang mengata kita nakkan jawatan. apa nak jadi dengan masyarakat kita.



- Posted using BlogPress from my iPhone

kejam: ibu bakar anak cacat

orang lain susah bak dapat anak. perempuan ni senang-senang je nak bakor. moge kita dijauhkan dari perbuatan yang kejam. kalau anak tu cacat, bermakna tuhan nak uji kita.



penutup: teringat aku mase tengok program bersamamu kat tv3. walaupun miskin, si ibu tetap menjaga anaknya yang cacat

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 22, 2011

belog irwanmiswan@budakkampung39 dah ade facebook page nohh!!!

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. setelah berhempas pulas aku dok godeh sane sini akhirnya facebook page untok belog irwanmiswan ataupon budakkampung39 ini. walaupun dah lama kengkawan aku suruh buat page ni,aku maseh belom tergerak nak buat. entah kenapa petang ni aku tergerak nak buat page ni walaupun aku yakin tak ramai yang "like". 
aku harap dengan adanya page tu,hubungan sesama blogger semakin erat. bukan ape,aku tau ramai yang segan nak komen kat blog ni dan aku juga tau ramai yang takde blog tapi turut bace blog ni. (ko ni perasan sangat kenapa?macam la ramai sangat bace blog ko ni). huhu ciss,maaf yer. aku ni kadang2 over sikit. padahal tak ramai pon bace blog ni. tapi dengan adenye page ni diharap ade yang sudi menegur dan berkongsi ape jua bagi memantapkan blog yang tak berapa nak mantap ni.


sekian sahaje kata-kata merepek dari gua.segala sokongan korang aku ucapkan ribuan terime kaseh (ayat ala-ala ketua bilik darjah)

penutup:ade blogger nak join kalau aku buat geng muke berkawah. korang macamane. keh3

akibat keluar tak minta izin suami

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. keratan akhbar di bawah ni dah lame aku simpan dalam laci gambar henpon aku. kalau dah jadi macam ni. salah siapa? kenapa perempuan ni melancong ke luar negara tak bagitau lakinye? kenapa si lelaki tak mahu ajak bini nye berbincang?



kesimpulan: mintalah izin sebelom keluar rumah wahai isteri tersayang. agar hati kami si lelaki ni tak risau.


- Posted using BlogPress from my iPhone

gambar: wanita paling banyak tindik berkahwin

persoalan yang bermain difikiran: macamana la malam pertama, kedua, ketiga dan seterusnya bagi diorang....bahagian alat sulit pon ditindik...




- Posted using BlogPress from my iPhone

laman web 'orang cantik' hanya untuk orang cantik

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari kengkawan semua. makan ape tengahari ni? eh? puasa ganti? ok2. selamat berpuase la ye. nanti buka jangan membazir pulak. biar buruk rupa jangan buruk perangai hehe


tadi pagi aku terbaca petikan akhbar mengenai 1 laman mencari jodoh. yang mengumpulkan mereka yang cantik. dan hanya mereka yang dirasakan cantik sahaja boleh mendaftar sebagai ahli.

huh? macam tu ke? orang tua lat kampong aku cakap kalau nak cari jodoh jangan pandang rupa saje. macam buah jugak. luar nampak cantik. tapi kalau dalam ade ulat sape yang tau kan? buah ape tu aku tak tau la kan. korang pandai2 la cari buah ape.

mungkin laman web tersebut ada alasan tersendiri mengapa hanya mengambil mereka yang cantik sahaja untuk mendaftar. aku harap mereka yang mengurus laman web tu pun kenalah cantik kan? kalau tak cantik, paham2 la kan

penutup: aku ingat
nak tubuhkan "geng muka berkawah" la. agak2 ada yang nak join tak hehe

gambar: pekebun moden

sempat lagi ko maen facebook ye. tak takot kena potong gaji? hehe


- Posted using BlogPress from my iPhone

hujan lebat, mateku layu

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat tengahari. aku masih kat opis. hujan lebat di sini. tempat korang pulak macamane? panas terik? hujan lebat?

hujan lebat beserta guruh yang kuat. teringat aku kisah kawan aku. rumahnya disambar petir. mase tu family die dah tutup suis semua. kilat tu menyambar, habis tv lcd dan set home teater nye meletop. bila hantar betulkn kena Rm4000. serupa beli 1 set lagi.

pengajaran: kalau ade ribut petir. kilat sabung menyabung. CABUT PLUG. jangan matikan suis sahaja. cabut terus. peringatan untuk diri dan kawan2

penutup: kita merancang. tuhan yang menentukan



gambar di tempat kerja aku. hujan lebat. 12:10 pm.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Yamaha XJ6 600cc RM39,000.00

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi semua. aku rasa ramai antara kita yang masih belom mempunyai impian memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. tak salah untuk aku katakan lepas ni korang boleh mengimpikan untuk memiliki motor yamaha XJ6 600cc berharga RM39,000.00 . aku rasa motor ni akan menjadi pencabar hebat kepada motor kawasaki er6n yang telah lama berada di pasaran. aku rasa rakyat Malaysia yang minat dengan jentera berkuasa tinggi mampu untuk memiliki motosikal ini kerana harganya pada pendapat aku berpatutan (padahal aku pun tak mampu beli motor yang berharga sebiji kereta ni). apa-apa pun,sebelum beli,ukur baju kat badan dulu yer.
menawan kan?aku pun tergoda ni. huhu. sumber gambar


penutup: harap-harap ade lah member aku yang beli. aku nak pinjam. lesen b full aku ada,tapi naik honda petak je huhuhu

di bawah ini adalah petikan berita dari kosmo online

HONG Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) melancarkan motosikal terbarunya iaitu XJ6 Diversion di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jentera dalam segmen middle sports itu merupakan produk yang dipasang tempatan di kilang Yamaha di Sungai Buloh, Selangor.

Aktiviti pemasangan tempatan itu menjadikan Malaysia sebagai negara kedua selepas Brazil untuk menjalankan aktiviti pengeluaran model XJ6 di luar Jepun. Tujuannya adalah untuk membuatkan jentera bersesaran 600cc itu lebih mampu dimiliki.

Yamaha XJ6 Diversion dilengkapi enjin empat silinder sebaris dengan sistem penyejukkan cecair dan pancitan terus bahan api yang sama seperti model YZF-R6. Ia berupaya menjana kuasa maksimum 57Kw@10,000rpm dan tork sehingga 59.7Nm@8,500rpm. 

Pengarah Urusan Hong Leng Yamaha, C.H. Ng berkata, model berkapasiti 600cc pertama keluaran Hong Leong Yamaha itu akan menawarkan pengalaman tunggangan mengujakan yang sesuai untuk gaya hidup berbeza, sama ada bagi kegunaan dalam bandar atau pengembaraan santai.

“Unjuran jualan XJ6 Diversion adalah sebanyak 600 unit setahun. Kami juga mahu mencapai penguasaan pasaran lebih besar daripada jumlah keseluruhan industri motosikal bersesaran 250cc ke atas,” katanya pada majlis pelancaran model tersebut.

Hadir sama ialah Pengurus Projek XJ6 Diversion Yamaha Motor Co. Ltd., Shin Yokomizo dan Pengurus Kanan Pemasaran Hong Leong Yamaha, G.S. Tan. 

Yokomizo merupakan individu penting di sebalik pembangunan model R1 dan R6. Berhubung model terbaru itu, beliau memberitahu, konsep XJ6 Diversion adalah casual sports iaitu mudah dikendalikan, badan jentera lebih kompak dan sesuai untuk semua orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hong Leong Yamaha dilihat komited dalam mengetengahkan rangkaian model motosikal dengan ciri inovatif dan berdaya saing. Lihat sahaja model-model street bike seperti FZ150i, 135LC enjin Diasil, Nouvo LC dan Ego LC yang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair. 

Yamaha XJ6 Diversion ditawarkan pada harga RM39,000 seunit yang tidak meliputi cukai jalan, insurans dan nombor plat. Ia didatangkan dengan pilihan warna metalik biru atau hitam. Jentera itu boleh diperoleh menerusi 100 pengedar sah Hong Leong Yamaha di seluruh negara.

Sultan Johor menegur mereka yang "tidur"

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. selamat pagi kepada kengkawan blogger. harap hari ni semua kawan-kawan pembaca blog budakkampung sihat-sihat belaka. memandangkan cuaca tak menentu maka ramai antara kita yang kurang sihat. itulah lumrah. kita diberi sakit supaya kita tak lupa akan nikmat yang tuhan bagi. biasanya kita ni alpa. bila tuhan bagi nikmat,kita lupa. bila kita diberi jawatan dan tugas,kita leka.

hari ni di muka depan akhbar terpampang berita,sultan johor murka. kenapa murka? boleh baca di sini.

kepada mereka yang telah diberi tugas,harap jalankan lah tugas dengan sebaiknya. janganlah kamu "tidur" dan hanya makan gaji buta. 

kepada diri aku dan masyarakat lain,sama-samalah kita menjaga kebersihan. jangan mengharapkan orang lain yang membersihkan kawasan kediaman kita. 

penutup: aku takmau ulas panjang takut korang bosan. sebab dari kecik kita dah di didik tentang kebersihan kan?

gadget: untuk mereka yang susah nak ingat jalan

sumber

popular post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

artikel dari blog kawan-kawan